Baik. Aku sebenarnya dah malas nak promote program-program yang menjalankan Program PPL dalam promosi diorang. Sebab aku tahu tujuan diorang hanya untuk capture lead sahaja. Bukan salah untuk capture lead. Tak salah. Tapi janji yang mereka buat itu membuatkan aku rasa bengang dan sengal dengan diorang. Mengapa aku berkata demikian? Ok. Situasinya begini, mereka hanya minta kita confirmkan link confirmation yang dihantar ke email kita untuk melayakkan kita download ebook atau laporan percuma mereka bukan? Betul tak? Ok, jadi kita confirmkan dan dapat download ebook tu macam biasa. Ok. Satu perkara dah selesai. Tapi kebiasaannya diorang juga akan bagi kita satu link untuk masuk ke dalam mailing list diorang dan ayat yang digunakan adalah, jika kita mahu dapatkan makluman terkini tentang ebook tersebut atau tip-tips internet atau yang berkaitan dengan produk yang berkaitan dengan ebook yang lepas, kita. Biasanya kita akan click dan confirmkan aje dan kita tak tahu yang sebenarnya kita dah ditangkap masuk ke sistem mailing list diorang. Adakah ini salah? TAK. Langsung tak salah jika mereka betul-betul bagi apa-apa yang berkaitan dengan niche atau ebook yang lepas.
Ok. Apa yang membuatkan aku bengang? Ok. Ebook yang lepas, tentang Seks atau Photoshop. Kemudian, tiba-tiba hantar email promosi yang mempromosikan tentang ebook adsenselah, ebook clickbanklah, ebook itulah, Program Pay per leadlah, ebook inilah dan pelbagai lagi promosi dan ada kalanya sampai 2-3 kali sehari. Apa kes nih? Aku tak pernah sahkan yang diorang layak untuk hantar promosi sebegitu. Aku cuma sahkan email aku untuk download ebook percuma yang diorang berikan. Bukan untuk terima email promosi sedemikian. Dan biasanya diorang akan mintak maaf sebagai mukadimah dan bla bla serta bla. Hujungnya buat ayat promosi untuk ajak kita download ebook percuma ataupun beli ebook dengan tawaran-tawaran maut diorang tu. Salah ke buat bagi tu? Bagi aku itu satu kesalahan besar sebab korang tak jelaskan dengan terang.
TAPI, lain pula jika dari awal-awal lagi diorang dah kata bahawa diorang akan hantar apa-apa email promosi yang berkaitan dengan perniagaan atau buat duit pada kita dan meminta kita untuk subsribe atau tak mailing list tersebut. Itu aku tak kesah. Tapi hampi 50% daripadanya tak memberitahu dengan jelas. Ini kena jelas. Jika korang berniat nak buat promosi selepas buat capture lead, terangkan awal-awal dengan ayat yang jelas dan baik. Aku yakin ramai orang bengkek dengan situasi tersebut. Tapi diorang wat bodo aje sebab mengenangkan korang otai yang hebat dan mungkin newbie yang baru nak belajar. Ada orang kata inilah dunia mailing list dan kegunaan mailing list. Kita kena kuasai dan eksploitasi sepenuhnya. Jika kita tak buat, orang lain akan buat. Kepala hanggok korang. Kalau nak promosi, bagitau awal-awal dengan jelas sebelum kitaorang confirm link confirmation tu. Ini tak bagitau dengan jelas. Dan kesudahannya, email kita orang penuh dengan email promosi yang macam-macam tu. Aku yakin ramai yang tak kesah jika email promosi itu berkaitan dengan ebook yang lama itu, tetapi jika setiap kali ada program PPL atau produk baru keluar, mulalah semua orang yang ada mempunyai mailing list yang banyak akan mula tembak list tersebut. Jika ebook lama tentang ebook buat duit, takde masalah kalau nak promote PPL atau ebook2 yang berkaitan dengan ebook buat duit dan kebiasannya memang diorang akan bagitau dengan jelas yang mereka akan bagitau tips atau berita terkini dan apa-apa yang berkaitan dengan “buat duit”.
TAPi, kita orang dah bagitau awal-awal. Jika tak suka, boleh unsubsribe mailing list kita orang. Haa, ni lagi satu. Memang betul. Jika tak suka, boleh buat demikian. Itu salah satu jalan penyelesaian dan dalam masa yang sama ianya membuktikan satu lagi kekurangan ajar dalam diri korang bila trik dan teknik eksploitasi digunakan dengan cara yang sedemikian. Maaflah, jika ada yang buat berfikiran begitu. Memang aku akan jarang sungguh beli ebook yang mereka tawarkan atau download free ebook tu. Ya, aku tahu korang tak peduli aku download/beli atau tidak. Tapi itu baru 1 orang. JIka ada 100 orang, korang dah kehilangan 100 orang yang berpotensi untuk beli apa-apa produk dari promosi korang. Apalah salah jika korang tulis dengan jelas pada awal-awal dulu ketika nak ajak kitaorang masuk ke mailing list korang dulu? Tulis dengan jelas dan terang dimana korang akan blast apa-apa promosi pada masa hadapan. Beri pilihan untuk kami berfikir. Ini tidak, jika kita tak buat confirmation, kitaorang takkan dapat download ebook percuma tersebut. Dan takdelah kita orang terasa atau bengang dengan taktik promosi korang tu. Asal ada produk baru, semua blast mailing list masing-masing. Tak kiralah produk tu kena dengan produk korang yang lama atau tak kena langsung. Janji blast dan duit masuk.
Aku tahu, ada yang terasa bila aku tulis benda macam ni. Tapi aku dah tak kesah apa korang nak kata sebab ini yang aku rasa. Sekurangnya aku jujur dengan perasaan aku. Sebab tu aku kurang mengemari teknik mailing list. Aku tahu jika kita bijak eksploitasi cara ni, 1-10k memang dalam tangan aje dalam sebulan. Buktinya dah banyak. Ramai yang menjadi otai bila menggunakan cara ini. Ada yang betul-betul buat seperti yang aku sarankan, ada yang jenis tak kesah. Janji dia capai matlamatanya dan boleh buat duit dengan kencang walhal dia tak tahu dia menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan subsribernya. Ramai yang terasa. Aku tahu. Betul tak? Sampai ada antara mereka yang terpaksa create 1 akaun email baru yang khas untuk subscribe semua benda tu. Sebab apa? Diorang dah tak ada daya nak kata apa-apa sebab memang WAJIB dan MESTI akaun email diorang akan kena blast setiap kali ada produk baru dilancarkan dan juga program Pay Per Lead baru diwujudkan. Betul atak tak. Itu hakikatnya.
Aku cuma mintak satu. Sila terangkan dengan jelas yang korang akan buat promosi tentang program-program buat duit, PPL dan info tentang produk lama korang jika korang berniat untuk capture lead. Jika tak berniat buat capture lead, tak payah offer kita orang masuk mailinig list korang. Letak kat ziddu atau mediafire aje. Biar kitaorang download terus. Â Itu lebih afdal dan tak menyusahkan ramai orang.
Secara jujur, aku juga sangat seronok dengan program Pay Per Lead nih. Cuma aku dah tak gemar email-email aku dicemari dengan ribuan email promosi yang membosankan tu. Jika ianya benar-benar berkaitan dengan produk yang lepas. Itu aku tak kesah sebab ianya perlu. Update tentang produk yang lepas itu perlu. Tapi jika ianya tidak dijelaskan dengan baik. Beginilah akan terjadi. Mungkin aku sorang je yang terasa. Jadi, abaikan aje artikel aku nih. Anggap aje aku merepek sebab perut masih lapar. Tapi jika ada lebih dari 2 orang yang dah terasa selepas membaca artikel aku ini. Mungkin korang boleh buat sesuatu sebelum blash email promosi korang. Lagipun aku tahu, korang bukan kesah pun aku tulis camni. Apalah sangat kan dengan apa yang aku tulis nih. Macam mencurah ke daun keladi aje.
Ps: Ada orang kata aku kerek. Ada orang kata aku sombong. Ada orang kata aku bangang. Ada orang kata aku hebat. Ada orang kata aku boleh cakap macam tu sebab aku otai. Ada orang kata aku boleh kutuk dan kata macam-macam sebab aku dah lama dalam bidang ni. Ada orang kata aku suka cari pasal dengan ramai otai dan blogger. Aku dah kata dari dulu. Kalau aku suka, aku kata aku suka. Kalau aku kata aku tak suka. Takkkan korang nak aku kata aku suka juga pada benda yang aku tak suka? Itu bangang namanya!
Pss: Ada sedikit ayat aku yang lintang pukang. Tapi aku yakin korang faham maksud aku dan sampai ke tujuannya. Huh, Tengok. Aku dah agak. Ada yang dah buat muka tak puas hati dah. Ha
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Bayaran Komisen ke 22 dari Text Link Ads | Komisen ke 13 dari Linkadage »














dulu time ad mailing list ade jgk buat skali 2…skrg da xde mailing list (sebab kene halau da..haha..) da x buat dh…buat promosi melalui blog jer…lg best xde org marah2.. Ade sales syukur, xde sales x rase terkilan pun..sbb mmg x berharap sgt…
kalau promote melalui mailing list, agk terkilan gak sket kalu xde sales.. hehe…
PPL terbaru ada juga mulanya dia kata ebook ni boleh download percuma ada la tip2 pasal ………
then dia kasi download link pahtu cakap disebabkan ada yang komen negatif pasal ebook tuh dia pon blur2kan isi penting dalam ebook percuma tuh…
so nak wat apa download kalau ebook tuh isi pentingnya di blur2…
ni pon kepala hanggok juga aku rasa
kebiasaannya kita nak tahu apa yang berlaku selanjutnya pada produk (ebook) yang kita download dan mungkin beberapa produk dari sumber yang sama.
tetapi sejak kebelakangan ini mereka seperti hilang punca pula. mulalah satu hari masuk 3 4 email yang bukan-bukan.
malah yang paling aku tak suka, email tersebut duk minta maaf atas kesilapan. huh!
aku bersetuju satu perkara .. pasal capture e-mail dgn bagi free ebook tu . Mula2 antar pasal ebook yg kita setuju dpt free tu , lama2 mai plak ebook lain .. pasal yg kita tak minta pon masuk e-mail .. tulis pun tak “terang” . nak guna kesempatan tu le ..
kadang2 kita akan dpt 5-6 email yang sama tp dr orang yang berlainan..
skang ni, kalu de email aku bc tajuk jer..terus delete
Tak puas hati gak benda ni.
Orang yang wat macam ni aku pandang sebelah mata je kredibiliti die orang.
ada saja.bukan aku tak minat.rasa tak
seronok pula.ada yang dah tak langgan.tapi masih juga terima emel.
apa cerita ni?
Aku setuju jugak. Tapi aku ada buat salah macam kau cakapkan. Cuma dalam sebulan tu ada gak aku blast macam tu kat email aku ni. Tu pun sebulan sekali. kadang kala takder lansung.
Cuma kalau ebook free selalunya aku promote guna mailing list. ada untung ke takda untung, aku blast jer. hahaha.
Apa apa pun teguran kau tu dah bagi idea kat aku. hahaha.
terima kasih titan
Sy pun byk mdapat emel drpd pemilik yg sama berturut2. Klu dalam seminggu entah brp kali dpt emel promosi, sampai tak larat nak buka…
kesimpulan, jangan terpesong daripada maksud asal kita atas tujuan bermailing list
dazz. Macam-macam sebenarnya kalau kita tak puas hati. Tapi kita bersabar aje dengan karenah diorang tu. Sekali 2 kali email hantar. Kalau hari-hari..malas betul dah nak baca email promosi diorang tu. Kalau unsubscribe, rasa cam tak support plak IM tanah air kita nih..Tapi bila support, depa ambil kesempatan plak..
merahkatak. Mungkin itu pilihan yang paling bijak yang kita ada..
Nadiah. Biarlah income aku tak selebat diorang. Janji aku tak buat diorang sakit hati dengan cara begitu. Nak sakit hati, biar masa diorang baca blog aku..
mazuki. Memang kepala hangguk pun.
megat. Trik minta maaf tu memang dah biasa dikalangan IM lokal dan international. Diorang masukkkan element emosi dalam surat. Sebab tu kita kekadang terkesian juga dengan diorang. Bukan tak suka, cuma cara depa tu wat kita rasa ________ (hah, isi lah sendiri tempat kosong tuh..)
Ammbiz. Kalau depa bagitau awal-awal dengan cara baik. Senang. Ini tidak, memang la kita rasa macam kene main dengan diorang. Bila kita kata macam ni, depa kata ni teknik email marketing. Haa..ni lagi satu kepala hangguk!
Miziology. Itu dah jadi kebiasaaannya. Yang aku tak tahu, siap boleh offer kat sesiapa yang nak promosi produk baru, leh blast kat mailing list diorang pada harga tertentu. BUkan untuk sesetengah produk, tapi untuk banyak produk. Fuhh..tu pasal dapat iklan macam-macam. Tau la macam-macam ada..
Zaidi. Memanglah. Sebab memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sebab tu aku kata, kalau aku sorang aje tak puas hati. Diorang boleh teruskan apa yang diorang nak. Tapi aku rasa beribu yang tak suka dengan apa yang depa buat..
Matkool. Entahlah. Depa nak buah dadu ke, buah nanas ka, buah durian ka. Lantak depa la. Tapi kalau aku tak suka, aku kata tak suka..
Fazli. Sebab tu aku bagitau bahawa diorang nak tak kesah dengan semua tu. Disalahgunakan atau tak, aku rasa diorang tak fikir itu satu kesalahan yang besar. Ini virus dalam pemikiran orang kita. Depa rasa, jika depa buat apa yang kita nasihat, kalau sorang je buat. Takde effect apa-apa. Sebab diorang tahu lagi ramai orang akan buat juga. Sebab tu, alang-alang baik depa blast aje. Sebab ada otai yang selamba badak aje buat begitu..
Safar. Itu mungkin ada segelintir antara diorang yang kurang ilmu tentang autoresponder atau email marketing. Yelah, dah dimomokkan bahawa kita kene guna email marketing. Baru boleh buat duit dengan mudah..
Pakteh. Aku memang tak ok dengan benda nih..
Taukey. Baguslah kalau ko dapat sesuatu dan ada niat nak ubah. Yang aku tak berapa nak terima bila diorang blast banyak kali benda yang sama untuk 1 produk. Itu baru 1 produk, lom lagi produk yang lain. Sesuka hati blast aje..
Kakeru. Sape la nak buka topik camni. Lagi-lagi kalau orang biasa macam kita. Bukak topik camni, diorang baca aje. Actionnya takde. Silap aribulan, kene kutuk lagi ada la. Aku dah biasa kene kutuk. Tu lom lagi yang cakap belakang. Ahh..biasalah tu..sebab tu aku cakap lepas aje menda nih. Sape terasa, biar dia terasa..
Afzai. Memang ada yang ok dan awal-awal lagi bagitau yang depa akan hantar email promosi dan tips2 internet tu. Tapi jangan main-mainkan kita. Kita bukan tak faham apa yang diorang tulis. Ini tidak, apa jenis produk yang baru dan panas, semua hentam promosi. Itu yang kekadang dalam 1 minggu, 8-10 kali blast dengan produk yang berbeza..
Catzer. Itulah masalah yang kita hadapi. Masalahnya aku ni memang jenis baca semua email. Yang spam punya pun aku baca. Tapi kalau email sampai dah mengarut dan sampai aku kata “gampang”, mangkuk tu dah tahap teruk la. Aku tahulah nak buat duit. Tapi biarlah agak-agak sikit. Semua orang pun nak buat duit. Tapi jangan terlalu ketara sampai blast mailing list mengarut-ngarut. Dah la tak mintak izin nak blast email. Kata dulu, hanya untuk download ebook aje. Ni hantar memacam. Apa kes??
p/s - sampaikan kebenaran, walaupun ia pahit untuk ditelan.
IM yang perlu kita kata kepala hangguk adalah IM yang kalau ditegur, dia buat tak kisah. Tapi kalau IM yang kita tegur tu dia mengaku dia silap dan kemudian terus tak buat salah tu, maka kita patut respek IM macam tu. Sebab tak ada yang sempurna atas bumi ni..
Point utama daripada artikel kat atas ni aku rasa adalah IM yang buat tu perlu bagitahu awal-awal yang mereka akan promosikan produk mereka pada emel-emel akan datang. Kalau buat yang ni, so takde masalah lah kan.
Keduanya, sesetengah subscriber tidak kisah walau apa emel yang dihantar pun (janji niche yang sama). Bahkan dalam satu keadaan, mereka siap emel lagi tanya ada tak apa-apa ebook yang boleh dibeli.
Prospek ni ada banyak jenis.. Ada yang saja suka-suka, ada yang mencari, ada yang yang serius nak membeli. So mudah cerita ada dua kelompok:
1. Sekadar suka download freebies.
2. Ada minat untuk membeli.
Yang tak suka nak beli tu, tak boleh nak buat apa lah. Sebagai marketer, kadang-kadang kita tak boleh nak ambil hati semua orang. Hatta kalau promosi kat blog pun ada juga yang tak suka walau tu blog kita.
So far, aku memang setuju yang dicakapkan dalam artikel ni. Kadang-kadang aku pun turut kecewa. Niche newsletter tu pasal IM, tapi tiba-tiba promote pasal benda lain. Lainlah kalau ada keberkaitan..
Tapi kan.. Ada juga subscriber yang kalau kita bagi info yang betul (bukan promosi) pun mereka marah-marah juga. So pendek ceritanya, manusia ni macam-macam karenah.
Rugi kalau tak buat email marketing atau apa-apa cara lain. Teknik tu tak salah. Yang salah adalah cara yang dilakukan adalah tak betul.
Nanti aku tulis artikel ringkas kat blog aku dan linkback ke artikel kau ni. Pedas, tapi seronok dibaca. Hehe..
Thanks sebab ingat mengingatkan.
ps. Aku pun ada satu list yang pada squeeze pagenya aku cakap daftar kalau berminat untuk membeli sahaja. Di beberapa list lain pun aku akan cakap benda yang sama..
Mazuki. Yahoo group tu memang jadi lubuk untuk spam. Aku sendiri malas nak spam sana. Ntah. Aku sendiri memang tak suka buat kerja macam tu..
samdaddycool. Memang pahit. Kebetulan time aku tulis artikel ni memang aku tengah minum kopi tanpa gula. Pahit.
Smartzul. Yup. Sebab tu aku kata, tak semua. Segelintir besar. (Maksudnya memang ramai). Aku rasa ramai otai dan blogger tahu yang mana Email marketing merupakan teknik spamming yang dibenarkan. Kiranya spamming yang sah kerana kita sendiri membenarkan diorang untuk spam email kita melalui email promosi. Cuma diorang salah gunakan kepercayaan yang kita berikan. Sebab tu aku tak hormat orang macam ni walaupun orang lain respect sangat kat dia. Simple benda macam ni dia boleh buat bodo aje. Biarlah, aku malas nak cakap lebih-lebih. Nanti korang perasan plak sape beliau-beliau tu..
Ko nak wat linkback. Takde masalah. buat aje.
Aku akui, manusia ada pelbagai ragam dan rupa. Sebab tu aku marah dengan cara meerka. Dan aku juga tahu ada orang tak kesah. Kalau semua orang sama aje. Aku yakin dunia ni membosankan. Allah tu maha adil dan bijaksana. kan?
Perkongsian yang menarik, panas dan pedas.
Benar kata saudara SmartZul, pemasaran e-mel tidak salah, namun ia telah disalah guna.
T/kasih kerana luahan ini. Semoga memberi kesedaran kepada yang berkenaan.