Bayaran Komisen ke 22 dari Text Link Ads | EarnCent.com



Agak sibuk beberapa hari ini dengan beberapa perkara yang tidak dapat aku elakkan. Banyak pula kerja baru bertambah dan bertambah juga benda yang sepatutnya aku setelkan sebelum masuk tahun 2010. Fuuhh, hidup ni rasa sekejap aje. Lagi 10 tahun lagi akan 2020. Mampukah kesemua yang dirancang dalam wawasan 2020 akan tercapai? Mampukah semua impian dan misi aku tercapai? Itu aku tak tahu. Tapi akan diusahakan sampai berjaya dan salah satunya adalah kemunculan Panduan TNX versi 2.0 yang akan keluar tak lama lagi. Harapnya panduan ini akan membantu sesetengah blogger untuk buat duit dengan blog masing-masing.

INi  pula bayaran terbaru yang aku baru terima dari program TLA. Program yang tidak asing lagi bagi dan beberapa blogger tegar dengan program jual beli link ini. Aku akui bahawa ada banyak lagi program yang beroperasi sama dengan TLA dan aku akuinya banyak juga yang bagus-bagus. Aku sedang usahakan sesuatu dan harap ianya akan berjaya.



Tak banyak yang aku hendak cerita pada pagi Sabtu yang aman dan sunyi ini. Pakcik makcik aku sudah hilang dari rumah nih. Entah pergi manalah agaknya. Mungkin pergi kuantan atau hospital. Yang pasti, aku bangun kul 8 tadi, memang dah tak ada Toyota Rush pakcik aku tuh. Merempit gi manalah agaknya. Jadi, aku keseorang dirumah yang macam rumah hantu pada waktu malam. Pada waktu siang, kembali ke rumah biasa. Apapun, aku tetap suka rumah ni. Terpencil dan tersorok. Memang susah orang nak jumpa rumah pakcik aku kalau tak ditunjukkan. Kalau tak kerana aku dah selalu datang rumah pakcik aku ni, memang aku pun sesat samalah macam pakcik posmen tu..

Ciss. Simcard HAPPY yang aku order online masih tak sampai-sampai lagi. Sengal betul la. Aku malas betul nak call diorang. Ni mesti kes tak jumpa rumah pakcik aku nih. Nak tak nak terpaksa juga aku call diorang tanyakan pasal benda nih. Kalau tak, membazir aje duit yang aku gunakan. Untuk apa simcard HAPPY ni? Adalah projek baru aku. Takleh bagitau lagi. Haha. Memanjang berahsia je aku. Mesti korang bengang, kan?

Ps: Dia tengah online sekarang. Tapi malas aku nak kacau dia..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 15 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 03 Oct 09 at 03:41:33
ok bro. Aku nak versi 1.0 tu. Hehe.. :)
Helmi Asyraf - 03 Oct 09 at 08:39:21
Aku rase aku tahu sebab simcard 2.

Aku rase klu 2 bukan utk ko gune, ni mesti kes untuk hadiah contest blog ko x lame lg kn…kn…kn?

Ntahla…aku maen agak je…hehehhe
rina - 03 Oct 09 at 09:30:49
nak ngorat awek la tu pakai simcard baru. betol tak? hehe..
hanep - 03 Oct 09 at 14:43:32
@rina - btoi2. stuju2. haha..
merahkatak - 03 Oct 09 at 14:59:22
aku tak kesah ko nak ngorat sape bro. Janji bukan awek-awek aku. Hahahaha.. :D

Ps: Papepun. Tahniah sebab dapat duit dr tla..
NaDiaH KaRiM - 03 Oct 09 at 18:37:00
xda free review ka? :D
cyza - 04 Oct 09 at 02:00:09
Bro,

aku baru bayar dalam maybank ko RM37 exactly at 09:56:50 hari ini….

Thanks…nak copek2 buat duit tnx ni…
zool - 04 Oct 09 at 03:28:08
Kadang2 best gak duduk rumah terpencil.. SUnyi dan sepi
titan - 04 Oct 09 at 08:17:24
akazuma. Nak? Aku jual. Ko nak beli? Hehe..

Helmi. Yang pasti, aku beli simcard tu untuk digunakan untuk handphone baru yang aku bakal beli nih..

rina. Itu separa betul. Simcard lama aku pun memang guna untuk ngorat awek pun. Haha..
%0
titan - 04 Oct 09 at 08:19:50
Merahkatak. Awek ko? Yang mana satu awek ko nih? Haa??

Nadiah. Review? Kalau pasal panduan tnx, memang jarang aku bagi untuk review. Siapa yang beli, tunggukan aje review dari mereka..

Cyza. Boleh terus buat. Tapi fahamkan dulu perjalanan tnx nih. Boleh gi baca terus panduan tu. Ada apa-apa tak faham, email atau SMS aje. Nanti aku terang.

zool. Yup. Sunyi dan sepi. Layan bunyi ayam dan itik aje siang dan malam. Haha..
safar - 05 Oct 09 at 03:43:17
banyak tu.mesti rajin berusaha.
titan - 08 Oct 09 at 01:07:29
safar. Rajin usaha tu ada makna tersendiri. Hehe.. :D
samdaddycool - 08 Oct 09 at 10:44:12
aku nyer blog lom dapat kelulusan SIRIM TLA… best ko dah dapat byk kali payment..
animeboon - 08 Oct 09 at 11:30:08
Susah sangat ke nak dapat kelulusan dari TLA tu?
titan - 10 Oct 09 at 10:51:42
samdaddycool. Memang best la kalau dapat payment. Kalau tak dapat, mana best. Takpe. Sabarkan aje. Ko apply TLA pakai blog berapa PR? Sekurang-kurangnya blog PR2 tau..

animeboon. Tak susah. Tapi memang sakit kepala sket la. Diorang strict sket..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------