Hari ini, aku bangun dengan tubuh badan yang agak lemah. Sakit tulang belakang aku mengalami simptom yang agak ketara. Sakitnya lain daripada yang lain. Mungkin sebagai akibat dari tidur semalam yang membuat tubuh kurang selesa.Tapi aku gagahkan juga menulis artikel untuk memberitahu bahawa aku telah selamat menerima cek ke 5 daripada Nuffnang.
Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berjaya membayar sebanyak lima kali ini walaupun aku telah benar-benar menunggu lama. Hakikatnya, cek nuffnang ini telah tiba di rumah aku, hanya abah aku lupa bagitahu aku. Beliau hanya ingat dan beritahu aku tentang kewujudan cek itu padaminggu lalu, ketika aku kembali ke rumah untuk meraikan Hari Raya tahun ini.

Ya. Gambar diatas merupakan cek yang aku sebut dari tadi. Walaupun tidak banyak, tetapi aku yakin ianya akan membantu dalam banyak perkara dan ini sekaligus membuktikan bahawa Nuffnang tetap membayar ahlinya yang berjaya dan yang tidak berputus asa. Dan kepada rakan-rakan yang masih kurang berjaya dengan Nuffnang, anda tentunya kecewa. Tetapi jangan risau. Perkara pertama yang korang kene lakukan adalah mendapatkan title gelaran Gliteritti dan belajar cara untuk tarik trafik. Tulis sesuatu yang menarik diblog anda dan lakukan SEO dengan berkesan. Penekanan terhadap Meta Marketing mungkin banyak membantu dalam promosi korang. Percayalah, ianya akan berjaya jika korang yakin ianya akan berjaya.
Untuk berjaya dan untuk mendapatkan cek dari Nuffnang, Kita mesti dapat sekurangnya RM50. Jadi, bagaimana nak dapatkan RM50 daripada Nuffnang? Caranya, kita mesti menghasilkan sebuah blog yang mampu menguntungkan pihak advertiser dan juga kita. Setiap Blog yangada iklan Nuffnang mesti penuh dengan artikel-artikel yang berkualiti, mempunyai bahasa yang memikat, penggunaan perkataan yang baik, memilih kata kunci yang sesuai dan pemilihan niche blog yang tepat pasti akan membantu korang menghasilkan sebuah blog yang mempunyai trafik dan memberikan pulangan yang lumayan, sekaligus menerima bayaran daripada Nuffnang. Ini juga salah satu teknik yang aku lakukan dalam teknik Cincai Blogging. Cincai blogging berkesan bukan sahaja untuk Nuffnang. Malah, untuk banyak program seperti Adsense, TNX, TLA, Bukisa, Co.cc dan sebagainya.
Ps: Jadi, jangan putus asa. Jika korang tidak putus asa gadis menawan yang korang cintai, korang tentu tidak mudah patah dengan cabaran ini. Seorang lagi orang yang aku sayang akan bertunang pada hari ini. Aku doakan dia gembira dan tidak lagi bersedih seperti biasa.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content















