Sebelum bulan September ini berakhir, aku akan kongsikan 2 bukti bayaran daripada program TNX. Aku yakin ramai antara korang yang tahu bahawa program menjadi bayaran tetap aku setiap bulan dalam jumlah yang berbeza. Aku harap income ini akan semakin bertambah dengan penambahan beberapa blog baru yang akan menjadi suntikan semangat untuk meningkatkan pendapatan TNX aku.

Secara jujurnya, aku tahu bahawa agak sukar sedikit untuk bermula dengan program TNX. Aku sendiri tak percaya yang sudah hampir setahun aku bersama TNX dan bayaran yang aku terima itu juga sudah cukup untuk membuatkan aku gembira dan aku tahu akan terus tersenyum setiap bulan. Apabila beberapa blog aku down akibat masalah hosting. Separuh pendapatan aku diTNX dan beberapa program jual beli links jatuh teruk dan ini membuatkan aku terpaksa mencari hosting yang lain untuk menampung kerugian yang telah aku alami. Ada juga beribu la. Tapi takdelah puluh ribu. Itu mengarut namanya. Namun, aku biarkan hosting tersebut berusaha untuk memulihkan akaun aku dengan membeli 2 hosting iaitu Baitulbytes dan Onebytes. Teruk benar akaun aku sampai lama gila terabai macam nih. Biarlah, janji aku akan dapat balik akaun aku semula nanti bila pihak hosting berkenan sudah selesaikan masalah yang memang aku tak tahu langsung apa kehalnya leh jadi bermasalah sanga tuu..

Lupa, ini bayaran yang ke 34 dan ke 35 daripada TNX. Ciput aje kan? kan?

tnxpaymentseptember2 300x150 Panduan TNX versi 2.0

tnxpaymentseptember 300x151 Panduan TNX versi 2.0


Insya-Allah, ebook Panduan TNX versi 2.0 akan keluar tak lama lagi. Aku sedang membuat sesuatu dengan web jualan dan mungkin jualan aku berpusat diblog ini, web jualan dan forum WC. Nantikan sahaja berita dari aku. Aku akan beri ebook Panduan TNX versi 1.0 dan versi 2.0 kepada korang nanti. Baca kedua-duanya dan korang akan perasan perbezaannya. Tetapi jika mahu versi 1.0 sekarang. Korang cuma perlu bayar RM37 sahaja. Dan akan dapat versi 2.0 apabila pelancaran rasmi. Tetapi jika korang beli selepas pelancaran rasmi, harga versi 2.0 akan menjadi RM47 dan takkan kurang daripada harga itu. Jadi, sementara aku belum lancar secara rasmi, baik korang beli sekarang dan nantikan versi 2.0 dengan sabar. Aku sangat sibuk kebelakangan ini dengan beberapa projek yang telah tergendala. Fuhh, susah juga kerja kerajaan dan dalam masa yang sama cuba untuk jadi blogger tegar ni dan melaksankan misi Cincai Blogging dengan cemerlang. Huhu..

Ok. Nak beli ebook Panduan TNX? Hubungi aku di ruang contact aku diatas nun..atau email terus ke titan1[at]earncent.com. AMARAN. Ebook ini tak sesuai jika korang tak tahu handle Cpanel, tak tahu camana nak beli hosting dan domain, tak tahu camana nak setting add-on domain dan tak tahu macam mana nak tulis artikel kat blog. Jika korang nak juga beli dan jika tak faham 100%, jangan salahkan aku dan memang aku tak mengamalkan sistem refund. Jadi, nak beli. Tanggung sendiri. Tapi aku tetap menawarkan support sedaya upaya yang aku mampu. Sebarang soalan tentang TNX aku akan bagitau 99% dan takde selindung-selindung. Ini kerana korang dah beli ebook aku. Jadi, sudah tak ada rahsia antara kita. Tapi kepada bukan para pembeli, pastinya rahsia itu akan terus misteri. Haha..

Ps: Hemm..aku melihat sesuatu yang sepatutnya aku jangan tengok. Aku sedih. Tapi aku akui bahawa hakikat itu memang pahit. Itulah kehidupan. Ada masa kita lambat selangkah. Ada masa kita biarkan peluang terlepas. Ada masa kita tahu bahawa ia akan kembali. Ada masa juga kita tahu yang memang itulah hakikat yang tidak dapat diubah. Tapi aku gembira yang kita bukan adik-beradik. Kalau tak, lagi haru. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
kiro - 30 Sep 09 at 15:51:12
versi 2.0? wahh. ada perbezaan yang ketara ker dengan versi 1.0? ;)
nal - 30 Sep 09 at 16:19:20
titan, kalau blog free boleh guna kah tnx nih.
cyza - 30 Sep 09 at 20:15:08
bro, aku nak beli 1.0….nanti aotomatik ko akan bagi 2.0 punya ke?
titan - 30 Sep 09 at 22:48:39
kiro. ada perbezaan.

nal. free? kalau pakai wordpress self-hosting. Memang boleh guna tnx. Sebenarnya janji site atau blog kita support php. Itu je dah cukup..


cyza. siapa beli versi 1.0. automatically akan dapat versi 2.0 bila aku launch yg versi 2.0.. :)
safar - 01 Oct 09 at 07:29:20
masalah cpanel tu biasalah.sekarang ni aku tiada masalah lagi.boleh kot aku dapat ebuku TNX 1.0 sekali versi kemaskini 2.0 rugi kalau tak beli.
ammbiz - 01 Oct 09 at 08:14:44
hmm.. nanti leh sambar satu versi 1.0
animeboon - 01 Oct 09 at 09:33:58
kene sambar juga ni. At least dapat murah rm10 sket..
Fatin Pauzi - 02 Oct 09 at 05:42:59
Abang Titan, ada diskaun tak? :D
MatKool - 03 Oct 09 at 00:50:09
menarik nih. kena sambar satu untuk tambah pendapatan sambilan…
[…] tercapai? Itu aku tak tahu. Tapi akan diusahakan sampai berjaya dan salah satunya adalah kemunculan Panduan TNX versi 2.0 yang akan keluar tak lama lagi. Harapnya panduan ini akan membantu sesetengah blogger untuk buat […]
cyza - 03 Oct 09 at 06:39:55
bro, email kan atau sms ko punya akaun bank, aku nak bayar utk dapatkan versi 1.0…. Thanks

Ko ada no hp aku kan… :)
rina - 03 Oct 09 at 09:35:37
hehe..camtu. SMS gak kan no hp. Titan tau kan no hp kiter? :)
hanep - 03 Oct 09 at 14:44:25
baguih nii!!!!
merahkatak - 03 Oct 09 at 14:50:29
nak beli ke tak nih..hmmmmm.. :|
MatKool - 03 Oct 09 at 16:35:21
ko memang patut kena beli jika nak gandakan lagi pendapatan dengan tnx. jika mahu ala kadar takyah beli laa.
merahkatak - 03 Oct 09 at 19:05:06
ehmm..jadi. Sedara matkool dah beli?
kakeru - 04 Oct 09 at 05:30:03
Klu dulu dapat ebook TNX edisi 1.0 sbb beli ebook org guna link titan. Agak2 dapat gak ke edisi upgrade?Hmm..hmm… ;)
titan - 04 Oct 09 at 08:04:54
safar. Kalau berminat, boleh hubungi aku guna ruang contact tu. Sape beli versi 1.0 akan dapat percuma versi 2.0. Pada pembeli yang lama juga akan dapat versi 2.0 secara percuma.

ammbiz. Jika berminat, takde masalah. Apa-apa yang tak faham selepas beli, tanya aje. Aku akan terangkan sampailah korang faham.

Fatin pauzi. Erk..sejak bila ko kahwin dengan adik aku? dia tak bagitau pun..

Matkool. Betul. Ini salah satu pendapatan sampingan yang lumayan setiap bulan.

cyza. Ko dah dapat kan ebook tu? Nanti ada apa-apa tak faham. Bagitau aku yek..
titan - 04 Oct 09 at 08:06:41
Rina. Dah dapat SMS aku tu belum?

hanep. Hehe..bolehlah sikit-sikit.

merahkatak. Aku dah balas SMS ko. Jadi, confirm ke angkat nih?

kakeru. Kalau dulu pernah dapat versi 1.0. Memang akan dapat versi 2.0 secara percuma. Cuma perlu claim dan bagi bukti sahaja.
merahkatak - 04 Oct 09 at 08:56:02
Insya-Allah. Jika takde aral melintang atau menegak.. :D
safar - 06 Oct 09 at 15:02:29
Sampai sekarang aku masih belum
terima emel daripada Titan.aku memang nak beli ebuku ni.TNX teringin nak buat duit jual beli link.
titan - 08 Oct 09 at 01:05:49
merahkatak. hehe..gi la baca dulu panduan tu. :)

safar. Aku dah balas rasanya hari itu. Cuba check semula. Tapi aku dah hantar sekali lagi semalam. Cuba check email safar sekarang. :)
[…] dalam TNX, bukan? Step ke 4 adalah take action. Dah baca, dah study, dah tanya titan, dah beli Panduan TNX versi 2.0, dah daftar TNX dan macam-macam lagi. Jadi, take action. Create blog, masukkan code tnx dan jangan […]
rina - 11 Oct 09 at 02:24:22
dah dapat da. hehe :D
merahkatak - 11 Oct 09 at 15:39:32
Dah baca. Not bad gak benda nih. :)

rina. Hang beli jugak?
titan - 11 Oct 09 at 21:26:19
rina. dah baca? dah try apply? Kalau ada apa-apa tak faham, jangan lupa tanya aku terus.

merahkatak. Dia beli gak macam hang. Harap-harap dapat membantu. Versi 2.0 akan menyusul tak lama lagi..

Ps: kepada para pembeli, jika ada yang dah dapat hasil, harap leh khabarkan pada aku.

Pss: Kepada yang berminat untuk membeli, terus hubungi aku di ruang contact diatas tu. No akaun bank akan aku beritahu melalui email. Harap maklum.
Titan, Boss dan Guli | EarnCent.com - 11 Oct 09 at 22:23:57
[…] sibuk dan kerja memang menimbun. Kena plak aku masih dalam peringkat akhir untuk menyiapkan Panduan TNX versi 2.0 sebelum bulan November menjelma. Doakan aku agar aku sempat siapkan ebook ini. Sebenarnya dah […]
merahkatak - 18 Oct 09 at 23:29:26
siri 2.0 dah siap ke belum bro? Hehe.. :D
[…] Blogging dan juga serpihan daripadanya adalah dengan terhasilnya Panduan TNX versi 2.0. Tentang Panduan TNX versi 2.0, sudah siap semuanya. Link download juga sudah aku siapkan. Apa-apa hal-hal teknikal juga […]
titan - 21 Oct 09 at 17:36:20
Dah siap sepenuhnya. Tinggal design untuk web jualan terbaru dan juga kena edit sket apa-apa yang patut. :)
Aqif - 23 Oct 09 at 14:37:34
Salam Titan.

Memang berminat nak dapat ebook. Baru je antar ke email untuk beberapa persoalan. ;)
titan - 23 Oct 09 at 17:46:21
Aqif. Waalaikumsalam. Dah balas balik. Jawapannya seperti yang diduga. :)
mfadhly - 30 Oct 09 at 23:30:03
aku dah contact bro
fazamania - 27 Dec 09 at 15:19:11
lama aku x follow blog ko neh…dah ade ebook tnx lak ye… kene beli neh
[…] jadual minggu ini. Harap aku masih sempat untuk kejar apa yang sepatutnya aku buat. Insya-Allah, Panduan TNX 2.0 akan aku hantar dalam tempoh 48 jam ke semua pembeli yang lepas. Harap apa yang korang akan dapat […]
ainun - 29 Aug 11 at 19:30:39
ebook TNX yang best



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011