Tak banyak yang aku hendak kongsikan untuk hari ini. Ini kerana aku cukup bengang dengan Maybank. Dari semalam hingga ke pagi ini (subuh) aku masih gagal untuk membuat bayaran kepada 2 hosting iaitu pembayaran domain bagi 1 akaun aku diRawanaz dan pembayaran domain hosting di Onebytes. Bengang gila sebab time aku nak bayar, boleh plak Maybank2u ni buat hal. Keluar plak error code 100. Apa kejadahnya kod 100 tu? Ada orang boleh bagi jawapan tak? Aku malas nak selak laman web Maybank2u tu untuk cari sebab apa halnya sampai aku tak boleh buat transaksi langsung. Mungkin aku terpaksa bayar pakai mesin ATM rasanya. Haru betul la dibuatnya..

Ok. Aku cuma nak bagitau aku baru aje subsribe autoresponder Norabots. Aku dah tengok dan fahami video yang Wanmus berikan pada aku. Sedikit sebanyak aku memang dah tahu pasal autoresponder ni. Dan aku juga tahu apa kelebihan Norabots dan keburukannya. Tapi sebab Norabots merupakan satu alternatif yang baik berbanding Getresponse dan Aweber dari segi harga. Sebab tu aku mencuba Norabots. Takde masalah bagi aku nak subsribe Aweber atau Getresponse. Tapi nantilah dulu. Lagipun Norabots baru $9.99. Tak mahal pun. Dalam RM35 sahaja yang aku perlu bayar setiap bulan. Umpama aku call 1 orang awek sahaja atau kos bercakap selama 1 jam lebih dengan seorang budak kat Uitm. Itupun kalau rate celcom. Kalau rate maxis, dekat 1 jam lebih je aku cakap dengan budak tu. Budak lain, kira rate lainlah. Lom rate Happy lagi..

norabotsreview Edisi Siasat: Mengapa Titan pilih Autoresponder Norabots?


Kalau korang masih mula lagi dalam bab-bab autoresponders dan gatal nak mencuba-cuba untuk capture lead atau bermain dengan pemasaran email. Cuba dulu dengan autoresponder. Kalau rasa nak lebih features dan servis, korang boleh cuba Aweber. Getresponse, aku tak berapa gemar. Bagi aku kalau nak pilih, pilih Aweber atau Norabots. Getresponse tak menarik minat aku. Tak tahu kenapa. Mungkin aku kene bercinta dulu dengan Getresponse. Barulah aku nak pakai ataupun Getresponse sanggup bagi aku guna autoresponder diorang selama 5 bulan untuk tempoh percubaan. Gila apa. Haha..

Ini yang Norabots tawarkan pada korang. Ada lagi banyak. Tapi aku tak larat nak copy paste semua. Ambiklah dan baca. Kalau tak puas hati, boleh baca kat website rasmi Norabots la..

- Unlimited PRO Autoresponders and mailing list managers
- Unique RSS Autoresponders
- Unlimited follow-up messages
- Personalized messages and up to 10 additional custom fields
- Unlimited number of subscribers
- Automated Message Scheduler
- Global Message Broadcaster
- Built-in Ad tracking System

Jika pasal keburukkannya, biasalah tu. Tak semua autoresponder sempurna. Ada gak lompangnya. Tapi aku tak menghadapi masalah dengan Norabots. Mungkin aku pengguna baru, jadi aku tak nampak sangat problemmnya. Tapi tak apa. Ada masalah, kita selesaikan aje. Jangan pening-pening. Pemilihan autoresponder dan hosting juga merupakan sebahagian daripada Step 1 dalam Teknik Cincai Blogging. Jadi, buatlah pemilihan dengan tepat dan tidak membuang masa korang.

Dah. dah, pi baca sana : Norabots Official Website

Ps: Hati aku sakit bila aku terpaksa bercakap keras dengan dia semalam. Tapi dah itu kesalahannya dan perlu aku tegur. Kalau tidak, ada lagi hati-hati lain yang terasa. Perlukah aku berkeras dengannya walaupun aku tahu mungkin dia akan bersedih ataupun tak puas hati? Entah. Aku tak ada jawapan untuk itu.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
animeboon - 29 Sep 09 at 21:37:07
Norabots? Uiks..nama macam pempuan. :)
akazuma - 30 Sep 09 at 00:26:54
huhu. Ada aje benda yang dijoinnya. Macam-macam ek bro..
rinaju - 30 Sep 09 at 05:49:27
wajib ke ada autoresponder nih??
zool - 30 Sep 09 at 08:23:30
Autoresponder..
Hm aku belum sedia lagi untuk layan mailing list.. Aku hanya mampu melayan blog je masa ni.. byk sangat pening pala ku..
kiro - 30 Sep 09 at 15:53:13
aah. masih belum layak lagi rasanya..
cyza - 30 Sep 09 at 19:42:06
aku pun baru pakai norabots 3 minggu dan dah start kumpul list…hehe
titan - 01 Oct 09 at 00:02:36
animeboon. Nama pempuan? Yeke..

akazuma. Macam-macam ada..

rina. Terpulang. Tak jatuh hukum haram kalau tak guna autyoresponder nih..

zool. takpe. Bila dah sampai masanya, ko akan pakai jua..

kiro. Semua orang layak. Itupun kalau mahu dan sanggup.

cyza. Hehe..dah banyak kumpul?? :)
safar - 01 Oct 09 at 07:17:48
mungkin sudah tiba masa untuk menggunakan Autoresponder.

Nora ? atau Cik Nora yang selalu tersenyum tu.dekat kaunter pertanyaan.
wanmus - 03 Oct 09 at 14:18:23
Jom gunakan cik nora ni untuk kumpulkan list2 yang kita perlukan..murah, mudah dan efektif..
merahkatak - 03 Oct 09 at 14:37:38
cik nora ni baik hati ker? hehe..nampak macam best aje. takde masalah ke pakai cik nora nih? abg aweber dengan dato getresponse tak jeles? :D
titan - 04 Oct 09 at 08:14:09
Safar. Cik nora yang mana satu nih. Hehe..

wanmus. Murah. Itu aku setuju.

Merahkatak. Baik kot. :D
ainun - 29 Aug 11 at 19:31:10
banyak faedahnya…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011