Yup. Seperti yang aku tulis dibahagian tajuk artikel ini, aku  akan mula untuk buat video blog melalui panduan yang Alang buat ni. Sebanyak 57 muka surat yang kene aku baca dan fahami walaupun hakikatnya aku dah tahu bagaimana hendak buat video blog ni. Cuma aku sedang mempertajamkan dan menambah skill untuk membuatkan video blog aku itu mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya $5 dollar sehari. Jika aku berjaya, aku akan jumpa Alang belanja makan. Roti telur dengan kopi ais. Boleh kan, Alang? Haha..
Secara jujurnya, aku sudah baca 3 kali panduan Video Blog Alang tu. Dulu, masa mula-mula aku dapat panduan tu. Tetapi aku tinggalkan kejap sebab memberi laluan pada Projek TNX siri A. Alhamdulillah, projek itu berjalan dengan baik dan Projek TNX siri B dalam progress begitu juga dengan siri C yang masih dalam proses draft dan try error. Kemudian, aku ingat nak sambung projek video blog ni. Tapi tergendala disebabkan oleh Speed Adsense yang Syed Ikhawan dan Geng diorang buat. Tapi ada masalah pula dengan Speed Adsense dan aku terpaksa tangguhkan juga projek tu dan kini, aku baca lagi sekali buat kali ke 3 untuk memahami sekali lagi apa itu Video blog yang alang tulis ni. Baru 3 kali. Tapi aku rasa aku akan baca banyak kali lepas ni sebab ada benda yang memang aku tak berapa faham. Banyak gak benda nak kene register dan kene ambil tahu walaupun aku tahu memang semua tu kene kita lakukan jika kita benar-benar hendak buat duit dengan video blog.
Ulasan aku tentang produk terbaru alang ni, tak banyak. Dari segi penerangan Panduan Video Blog ini, sangat memuaskan berbanding dengan Rahsia Zangocash. Yelah, panduan ini kesinambungan daripada Panduan Rahsia Zangocash dan kedua-dua ini berkait rapat. Maklumlah, tukang tulisnya orang yang sama, mestilah berkait-rapat kan? Takkan aku pula yang tulis. Ok. Penyampaian bahasa yang baik dan mudah difahami. Pastinya ianya dalam bahasa melayu dan apa yang aku suka pada page-page terakhir dalam panduan Video Blog ni. Dan artikel terkini daripada alang, beliau dah tunjuk income beliau dengan salah satu program yang tidak asing lagi iaitu CPAlead. Takpe, aku share kat sini gambar tu. Aku curik dari blog alang ni. Haha..

Ni alang punya akaun tau. Income harian tu. Bukan aku punya akaun. Aku baru nak mula buat duit dengan video blog ni. Dulu ada juga start tapi tak banyak yang aku dapat. Jadi, aku mula dari zero semula dengan beli domain dan hosting. Sekarang tengah dok fikir nak pakai nama apa. Tadi aku setup 1 subdomain: Green TV Korang leh tengok kalau tak malu. Aku main-main aje dengan blog tu. Nama blog pun aku hentam aje sebab ini merupakan blog suka-suki aku untuk belajar buat duit dengan video blog ni. Nanti kalau aku dah buat video blog, aku tunjuk kat korang pada siri 2 dan siri-siri seterusnya.
Ok. Cukup, alang suruh aku baca tips dan informasi terbaru kat forum. Nanti aku akan faham dengan sendirinya. Aku try dalam masa 2-3 minggu ni. Nampak gaya diorang yang ada kat forum private tu, dah macam-macam depa tulis. Berpinau gak aku baca lepas asar tadi. Ntah mana file yang aku download dulu, aku download semula tadi. Takpe, space kat laptop fujitsu ni banyak lagi. Hentamkan aje. Rosak, aku beli laptop Dell yang baru. Haha. Gila tol aku hari ini..
Ps: Aku baru balik. Dah kat Jerantut. Mana awek-awek Jerantut ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Cek Ke 5 dari Nuffnang | Edisi Siasat: Make Money with LinkfromBlog »
















p/s- aku nak minta bonus dgn ko kalo beli ikut link affiliate ko neh.
alang. Kita cuba aje. Nak jadi otai ke petai ke. Tak kesahlah. Aku memang takde maslaah nak wat benda nih. Tapi nak pilih theme yang menghairahkan, trik yang dibawah radar, trafik yang menggilakan, income yang mengagumkan, itu aku kene belajar dari ko dan member2 lain kat forum private tu.. kalau aku dah mampu capai 5 dollar sehari, insya-Allah akan ada idea gila dari aku nanti..
madlut. Mudah-mudahan..
akazuma. Boleh la sikit-siki. Nak makan nasi punya pasal..