Cek Ke 5 dari Nuffnang | EarnCent.com

Hari ini, aku bangun dengan tubuh badan yang agak lemah. Sakit tulang belakang aku mengalami simptom yang agak ketara. Sakitnya lain daripada yang lain. Mungkin sebagai akibat dari tidur semalam yang membuat tubuh kurang selesa.Tapi aku gagahkan juga menulis artikel untuk memberitahu bahawa aku telah selamat menerima cek ke 5 daripada Nuffnang.

Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berjaya membayar sebanyak lima kali ini walaupun aku telah benar-benar menunggu lama. Hakikatnya, cek nuffnang ini telah tiba di rumah aku, hanya abah aku lupa bagitahu aku. Beliau hanya ingat dan beritahu aku tentang kewujudan cek itu padaminggu lalu, ketika aku kembali ke rumah untuk meraikan Hari Raya tahun ini.



Ya. Gambar diatas merupakan cek yang aku sebut dari tadi. Walaupun tidak banyak, tetapi aku yakin ianya akan membantu dalam banyak perkara dan ini sekaligus membuktikan bahawa Nuffnang tetap membayar ahlinya yang berjaya dan yang tidak berputus asa. Dan kepada rakan-rakan yang masih kurang berjaya dengan Nuffnang, anda tentunya kecewa. Tetapi jangan risau. Perkara pertama yang korang kene lakukan adalah mendapatkan title gelaran Gliteritti dan belajar cara untuk tarik trafik. Tulis sesuatu yang menarik diblog anda dan lakukan SEO dengan berkesan. Penekanan terhadap Meta Marketing mungkin banyak membantu dalam promosi korang. Percayalah, ianya akan berjaya jika korang yakin ianya akan berjaya.

Untuk berjaya dan untuk mendapatkan cek dari Nuffnang, Kita mesti dapat sekurangnya RM50. Jadi, bagaimana nak dapatkan RM50 daripada Nuffnang? Caranya, kita mesti menghasilkan sebuah blog yang mampu menguntungkan pihak advertiser dan juga kita. Setiap Blog yangada iklan Nuffnang mesti penuh dengan artikel-artikel yang berkualiti, mempunyai bahasa yang memikat, penggunaan perkataan yang baik, memilih kata kunci yang sesuai dan pemilihan niche blog yang tepat pasti akan membantu korang menghasilkan sebuah blog yang mempunyai trafik dan memberikan pulangan yang lumayan, sekaligus menerima bayaran daripada Nuffnang. Ini juga salah satu teknik yang aku lakukan dalam teknik Cincai Blogging. Cincai blogging berkesan bukan sahaja untuk Nuffnang. Malah, untuk banyak program seperti Adsense, TNX, TLA, Bukisa, Co.cc dan sebagainya.

Ps: Jadi, jangan putus asa. Jika korang tidak putus asa gadis menawan yang korang cintai, korang tentu tidak mudah patah dengan cabaran ini. Seorang lagi orang yang aku sayang akan bertunang pada hari ini. Aku doakan dia gembira dan tidak lagi bersedih seperti biasa.







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 29 comments. Apa plak komen korang?
Aqif - 26 Sep 09 at 03:25:03
Salam..
Cek ke 5 dari nuffnang? Tahniah.

Saya sendiri masih belum mendapat sebarang cek dari nuffnang. Baru RM1 sahaja. Sebab jarang letak kat blog. ;)

Sekarang baru nak letak balik setelah melihat ramai blogger2 kental yang sudah dapat generate income. Hehe
merahkatak - 26 Sep 09 at 03:44:12
siap tunjuk duit kertas RM50 yang baru tu. Apapun, tahniah. Bukan senang nak dapat cek dari nuffnang nih..
sabah2u - 26 Sep 09 at 06:02:08
tahniah.. nuffnang makin lama makin baik. saya pun tgh tgguh check dr nuffnang tak byk sikit je.. rm50 je.. lepas nie blhlah beli domain dan hosting.. :)
rina - 26 Sep 09 at 11:36:31
tahniah la. Raya-raya pun sempat lagi tunjuk cek nuffnang tu. Lama tak dengar cite nuffnang ko, last2 dapat juga..
Helmi Asyraf - 26 Sep 09 at 11:53:49
Tahniah bro. Dah lame x ikut crite dan lawat blog ni (n_n).

Pe pun, semoga berjaya dan terus berusaha!
topo - 26 Sep 09 at 18:08:49
hohoho aku pon dah dapat 5 cek :D dan nak cashout yg ke 6 esok :D
samdaddycool - 26 Sep 09 at 19:17:44
Alhamdulillah.. tahniah utk cek ke 5. Aku baru je semalam cashout utk 1st payment Nuffnang… akhirnya, selepas aku hilang glitteri baru dpt cecah minimum payout..
madlut - 26 Sep 09 at 19:32:48
tahniah…dapat duit raya dari nuffnang…nie yang jadi motivasi utk org laen nie..walaupun x byk, duit ttp duit… ;)
akazuma - 27 Sep 09 at 00:50:45
tahniah la pada korang yang dah dapat banyak kali cek nuffnang. Korang memang terer. :)
safar - 27 Sep 09 at 02:26:53
tak tahu lagi nak cuba atau tak.
nuffnang tetap juga membayar
pada ahlinya.
titan - 27 Sep 09 at 06:38:49
Aqif. terima kasih sebab sudi melawat blog ni. Harap akan selalu datang lagi dan berikan komen yang besh-best.. Jika sekarang masih tak dapat lagi cek nuffnang. tak apa. Suatu hari nanti pasti akan dapat jika aqif berusaha.

merahkatak. Itulah kali pertama aku ada duit RM50 yang baru. Itupun tukar dengan abah aku. Hoho..

sabah2u. Hoho, kira oklah tu. Nanti jangan lupa bagitau kalau dah dapat cek nuffnang yek..

rina. Alhamdulillah. Berkat menunggu. Akhirnya sampai jua..
titan - 27 Sep 09 at 06:42:37
Helmi Asyraf. lama tak dengar cerita ko. Ko belajar kat rusia ke sekarang?

Topo. Aku pun akan request sebelum hujung bulan nih untuk cek ke 6. Hope masih sempat lagi..

Samdaddycool. Nanti kalau dah dapat cek, jangan lupa tunjuk tau. Akhirnya dapat gak ko cashout.. :)

madlut. Yup. Tak banyak. Tapi duit tetap duit. Janji kita tak menyusahkan orang lain ataupun merompak mesin atm bank..

akazuma. Takla. Biasa-biasa aje.. :D
MatKool - 03 Oct 09 at 01:56:27
Tahniah banyak-banyak. Moga murah rezeki selalu hendaknya.
akazuma - 03 Oct 09 at 03:54:35
Biasa apa. dah 5 kali tuh. bukan senang nak dapat cek nuffnang nih.. ;)
titan - 08 Oct 09 at 01:12:43
Matkool. Mudah-mudahan. :D

akazuma. Terima kasih. Semoga aku akan dapat lebih lain kali. Hehe..
sharinginfoz - 16 Oct 09 at 23:34:39
Tahniah, semoga dapat banyak lagi di masa akan datang

sharinginfoz
http://sharinginfoz.blogspot.com/
eyriqazz - 17 Oct 09 at 02:05:20
I dah link kan ur blog post in my blog.Hope u ok with it. U can read it here: Tips buat duit dengan Nuffnang http://eyriqazz.blogspot.com/2009/10/make-money-with-nuffnangbuat-duit.html
kicky - 17 Oct 09 at 03:43:03
tahniah sebab dapat cek dari nuffnang. :|
naman - 17 Oct 09 at 04:50:14
wah..dasyatnya..

aku dh ada 130 camtu tp x cash out lg..
kiro - 17 Oct 09 at 05:08:32
lama tak dengar cite. Tup-top..banyak dapat cek rupanya.. :D
aidi-safuan - 01 Dec 09 at 13:05:38
wahhh…besh2…nak jugak
ijan - 08 Dec 09 at 08:54:25
congratz!
dtgla tgk2 blog sy..http://blogijan.blogspot.com/
bg komen lg la sy ske.hihi
zikr the jalanan sepi - 16 Dec 09 at 11:39:35
cayalah…
titan - 16 Dec 09 at 19:54:48
sharinginfoz. TErima kasih kerana datang dan komen. Semoga Nuffnang akan beri kita lebih banyak income pada tahun 2010. Hehe..

eyriqazz. Yap. Mudah-mudahan. Thanks for the linking.

kicky. Sama-sama. :D

naman. Apa kata ko cashout. Nanti bolehlah tau camana rupa cek nuffnang ni nanti. Hehe..

aidii-safuan. Kalau nak cek nuffnang, kena usaha sampai dapat la..

ijan. Terima kasih kerana datang melawat dan mudah-mudahan, ijan pun dapat cek dari nuffnang.

zikr the jalanan sepi. Amboi, nama ko panjang betul..
abdfatah - 17 Dec 09 at 00:55:44
cashout jangan tak cashout… aku nak cashout jugak ler untuk 28 disember 2009 nanti. tahun depan dapat ler…
araleling - 11 Jan 10 at 07:51:17
Hie, congratz :)
hapacrita - 14 Jan 10 at 07:08:09
Hehe..tutup nilai cek..tapi nampak tulisan jumlah wang.

Banyak tu.jeles nih.siap sampai cek ke 5. =) teruskan berusaha. bagus-bagus.=)
merahkatak - 14 Jan 10 at 08:25:55
biar sikit. tapi janji dapat. Haha.. :D
CikDarling - 29 Jan 10 at 07:29:08
Tahniah la dh dpt cek dari nuffnang..
im still not get any earning pon..
so sad la..huhu


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------