Kalau nak ikut hati, ada macam-macam cerita dan isu yang hendak aku ceritakan dan aku rasa mungkin aku perlu buat check list untuk ketengahkan isu itu dalam blog-blog aku ini. Tapi tak apalah, apa yang tertulis nanti, itulah yang korang baca ye dan aku rasa dah agak lama juga aku tak update blog-blog aku. Biasalah, dah nama pun raya, kene raya betul-betul. Takkan masih nak buat duit aje sepanjang masa. Tapi blog-blog tnx, blog-blog adsense akan terus beroperasi seperti biasa dan aku akan mulakan Plan B dan Plan C aku untuk projek TNX. Lupakan kejap tentang projek lain sebab projek ini mungkin akan mengubah sesuatu pada tahun 2010 nanti. Biarkan aku dengan ujikaji aku. Bila ianya success, akan aku kongsikan pada korang..

projektnx Titan, Projek TNX dan Black Saga


Tidak aku nafikan Raya pada tahun ini agak berbeza. Aku tidak lagi menerima duit raya yang hebat seperti dulu. Jika dulu paling cikai pun 2 ratus lebih aku mampu kumpul beserta pelbagai jenis sampul raya, tapi kini aku cuma dapat bawah RM100 sahaja. Tapi aku pula yang belanja lebih daripada yang tak sepatutnya. Yelah, anak buah ramai maa. Kalau sorang dua, tak kesah aku bagi setiap orang 1 not RM100 yang baru tu. Tapi ini dekat berpuluh. Lum lagi anak buah yang ntah dari mana datangnya. Tak apalah. Niat dihati memang nak sedekah bila aku terima gaji dari kerajaan ni. Sebab inilah kali pertama aku kerja dengan sektor awam. Jadi, ini juga kali pertama aku ada ramai rakan sekerja dengan orang sektor awam. Ada bagusnya juga kerja kerajaan ni. Mengapa? Salah satu sebabnya, korang akan jumpa ramai kawan. Tak kiralah orang muda ke orang tua ke, melayu ke, cina ke, india ke, bangla ke, orang asli ke..semuanya ramah-ramah belaka. Namapun 1 Malaysia, kan? Bagi aku, mungkin kene juga nama 1 Malaysia tu berbanding Islam Hadari atapun yang lain-lain. Kena sikit, tapi aku tahu ada juga antara korang yang tak suka nama tu. Ahhh, lantaklah. Dan satu lagi kelebihannya orang sektor awam ni, pinjaman memang senang lulus. Nak beli rumah, kereta, kad kredit dan pelbagai lagi, memang senang dan kemudahan juga banyak. Kalau dulu, masa aku nak apply kad kredit, bila aku bagitau aku kerja sendiri. Semua tarik muka maa..tapi bila aku tunjuk akaun bank, mulalah diorang senyum. Last-last, aku blah macam tu aje. Biasalah, mentaliti orang kita memang macam itu. Sabarkan aje. Sebab aku sendiri tahu prosedurnya memang agak payah sikit. Ahh, lupakanlah hal itu..

Pagi ini, aku pergi servis kereta kali kedua untuk kereta Proton Saga BLM aku tu. Kena charge RM105.20 termasuklah bayaran cuci kereta. Kira oklah tu. Ramai yang tanya aku, mengapa aku pilih kereta Saga tu. Dah takde kereta lain ke? Bukan ke ko mampu beli kereta lagi mahal dengan pendapatan ko? Ya. Aku tahu. Tapi aku hendak tanya korang, kereta apa yang mempunyai sejarah yang korang rasa semua orang akan ingat? Proton Saga, bukan? Sebabnya Proton Saga merupakan kereta kebangsaan negara kita, kereta nasional pertama di Malaysia dan sekarang dah ada Proton Saga BLM dan aku hendak tanya korang, berapa kali model kereta Saga ni dinaik taraf dan berapa jenis Saga yang pernah korang dengar? Pendek cerita, aku bangga dengan mana-mana Proton Saga tak kesahlah Proton Saga jenis lama yang empat segi tu, Proton Saga Aeroback, Proton Iswara yang macam Proton Saga, Proton Saga BLM, Proton Saga BLM SE dan aku yakin akan ada berlakunya evolusi untuk Proton Saga ini. Kalau kereta nasional yang lain, berapa banyak kereta yang akan mengalami evolusi macam kereta Saga ni? Bukan tak ada. Tapi evolusinya tak macam kereta Saga dan selain alat gantinya mudah diperolehi, ianya agak murah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jika korang tengok kat jalan, Proton SAGA BLM dah bersepah dalam tahun ini, bukan? Nampakya, promosi yang dijalankan oleh pihak Proton memang berjaya.

Mengapa aku tetap pilih Saga? Sejak kecil lagi aku dah berangan, even ada kereta mahal dan aku mampu, memang aku akan beli satu kereta Proton Saga. Tak kiralah jenis apa. Kalau tak pakai pun takpe. Buat pameran je kat rumah. Tapi kini, bukan takat pameran aje, inilah Saga yang aku gunakan untuk merempit ke tempat kerja setiap hari di Jerantut. Kalau kat Jerantut, tanya aje Saga hitam sape yang ada plat bermula huruf B..haa, taulah depa. Itulah budak Banting mana yang sesat kat Jerantut. Haha…

Ps: Petang nanti aku nak ambil BlackSaga aku tu. Diorang kata simen dan cat bumper tu siap waktu tu. Sekarang, aku rempit dengan kereta Kelisa aku ajela dulu. Adik aku dah bengang pagi tadi. Pagi-pagi kereta Kelisa pinjam dia hilang. Pedulik apa aku. Tu kereta aku juga. Haha..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
Wizurai - 24 Sep 09 at 06:09:37
owhh, semangat pada negara!

hem, Saga SE baru kaler putih mcm cun jugak…
Muizzuddin - 24 Sep 09 at 07:53:59
aku pun suka gak saga blm tu. nampak cam sporty plak. siap ada 1.6 plak tu kan?..
akazuma - 24 Sep 09 at 11:26:03
saga SE putih memang gempak sket. Beza dengan saga BLM 1.3 pun berapa ribu aje. Sayangnya, aku dah ada wira..
madlut - 24 Sep 09 at 19:13:55
salam..sy org bru di sini
hati2 bwk memandu
animeboon - 24 Sep 09 at 19:30:58
kenapa dengan bumper keta tu? Eksiden ker? :)
safar - 25 Sep 09 at 08:08:30
Projek aku yang baru tak tercapai lagi.domain yang bertarikh luput tu kenalah aku perbaharui.kalau tak rugi aku. pendapatan adsense dalam akaun dah jadi macam sarang labah-labah.

Kereta Proton Saga ye.aku rasa lepas mesti keluar Sport punya.rekabentuk panjang lebar segiempat aku tak kisah.janji sport car.heheheh…..
catzer - 25 Sep 09 at 21:32:09
Erm sebut duit raya aku mmg dah lama tak merasa huh..

Thn ni bertambah sedekah duit raya kat sepupu dan anak sedara aku. Pergh..lebih RM300 tu..rezeki budak2 :)
rina - 26 Sep 09 at 11:33:07
duit raya dah takde dah. Ni turn kita bagi budak-budak duit raya la pula.. :)
hanep - 29 Sep 09 at 04:09:59
pehh, black saga tuu… pilihan yg bijak. wat jalan jauh naik turun bukit pn takdela semput. servis pn ok. mantop
titan - 29 Sep 09 at 20:48:07
wizurai. Tak dinafikan bahawa SAGA SE yg kaler putih tu memang lawa gila. Hoho..

Muizzudin. Aah. ada 1.6. Tapi aku lebih suka 1.3. Jimat minyak dan naik bukit pun takde masalah. Stready gila..henjut sampai 140km/j pun ok gak. Tapi cecah 150 rasanya boleh pecah kereta tu. Haha..

akazuma. Dah ada wira? Haa. gi la trade-in dengan saga. Dapat punya 5-8k kalau trade..

madlut. Insya-Allah. Dah selamat sampai ke Jerantut sekarang nih..
titan - 29 Sep 09 at 20:51:43
animeboon. Aah. Calar sket. Baru je baiki dan sembur cat sekali. Terbang RM190. Mahal ke tu bagi korang? Hoho..

safar. Antara Myvi dengan Saga SE dan saga 1.3. Aku prefer dengan saga 1.3. Haha..tak tahu kenapa..

catzer. Ko dah macam mak budak. Mana leh dapat duit raya lagi. Haha..

rina. Tau takpe! :)

hanep. Ko pun beli kereta saga ker? memang mantop la. Aku rekomen walaupun aku tahu memang ada orang anti-saga nih..
ainun - 29 Aug 11 at 19:36:41
black saga…smart la



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011