Hari ini mungkin merupakan hari terakhir kita berpuasa dan aku tak nafikan perasaan gembira menguasai diri kita apabila kita bakal menyambut hari kemenangan kita setelah hampir sebulan berpuasa dan berjuang untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ni.  Dan jangan lupa untuk membayar zakat bagi golongan yang mampu dan tidak lupa jika anda sedang memandu balik ke kampung, sila memandu dalam keadaan yang berhemah. Ingatlah insan yang tersayang dan juga insan yang anda benci.

Aku sebenarnya malas nak menaip apa-apa sebab memang aku rasa malas sekarang ni. Jap lagi nak buat kuih siput yang biasanya akan kami buat setiap tahun. Hari last-lastlah memang nak semua benda. Nak kemas rumahlah, buat kuihlah, basuh cadarlah, basuh keretalah, macam-macamlah nak kena buat. Jadi, tolonglah buat apa yang patut dan bantulah ibubapa korang dirumah tanpa banyak soal walaupun kekadang aku sendiri tak berapa gemar buat preparation last minute. Mungkin sebab aku belum ada keluarga sendiri, jadi aku tak rasa apa yang orang bekeluarga rasa. Namun, aku yakin setiap orang tu ada cara mereka tersendiri dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Badan aku masih penat sebab dalam 1-2 minggu yang lepas, aku asyik drive ke sana sini. Hampir 3-4 kali aku drive jauh untuk buat kerja. Belum lagi termasuk kerja-kerja offline yang sukar untuk aku tolak. Malam pula nak update blog dan teruskan ujikaji macam biasa. Penat. Tapi aku akuinya kehidupan begini agak seronok selagi aku masih belum berkahwin. Aku yakin jika aku sudah berkahwin, masa aku akan lebih tersekat dan tidak cukup untuk aku habiskan ke dunia blogging. Memang benarlah aku cipta teknik dan plan Cincai Blogging. Sangat sesuai untuk masa sekarang dan pada waktu yang akan datang. Sekurang-kurangnya aku sedang buat praktikal untuk masa hadapan yang pastinya mempunyai masa yang limit untuk kerja-kerja blogging. Huhu..



Aku sedang cuba membayar hutang-hutang yang masih tertanggu sebelum hari raya esok. Kepada yang rasa mempunyai hutang dengan aku, sila cek akaun bank korang. Mana tahu ada apa-apa imbuhan yang akan aku transferkan ke akaun korang. Maaf sebab aku lambat buat bayaran. Bukan aku tak nak bayar, cuma aku malas nak pergi akaun CIMB. Kene pula korang bagi aku akaun CIMB. Kalau bagi akaun maybank, sekarang juga aku transfer ke akaun korang. Mengapa aku tak ada akaun CIMB online? sebab aku dah terlupa username dan passwordnya. Jadi, sebab tulah mengapa bayaran melalui CIMB terpaksa aku lakukan secara manual. Lawak kan?

Ps: Secara jujur, aku sangat mengantuk lepas Subuh tadi. Hadeh..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
safar - 19 Sep 09 at 01:53:53
selepas sembahyang macam tiada benda nak buat.aku pun terus tidur.nak sambut kemenagan esok.tak kan malam ni tak keluar beli barang lelong.kuih raya pun ada.


PS : TLA dan TNX ada kelas tak ? kalau tak ebuku pun jadilah.
rina - 19 Sep 09 at 06:29:14
ehm..ok. Bolehlah start bayar hutang semua orang yek. Mcam banyak hutang aje. Haha..
zool - 19 Sep 09 at 11:06:41
Eh bro.. ko leh tepon CIMB ..tak yah gi bank..
aku ari tu lupa pwd.. diorang reset kan je..
tapi kalau username lupa.. tak tau.. tapi ko try je la..
walaupun cimbclick kdg2 lembab dpt TAC tapi pakai lah juga.. eh ni duit apa ko bagi ni>???
merahkatak - 19 Sep 09 at 11:15:29
aah. Call je orang cimb. Tanya depa macam mana..
Muizzuddin - 19 Sep 09 at 17:16:42
Salam perkenalan Titan. Selamat Hari Raya kepada Titan dan tak lupa juga kepada Rina, Zool dan Merahkatak.
animeboon - 19 Sep 09 at 23:53:32
SELAMAT HARI RAYA TITAN!!

Ps: Bro, duit raya takde ker??? :)
Wizurai - 21 Sep 09 at 01:46:40
selamat hari raya bro!
farahaznil - 21 Sep 09 at 04:39:38
oh yeah..slmt hr raya n kemas2 rmh!!hehe..
Fatin Pauzi - 22 Sep 09 at 07:13:32
Selamat Hari Raya, Titan.
Maaf Zahir Batin.
samdaddycool - 23 Sep 09 at 01:01:15
Selamat Hari Raya maaf zahir batin kalau ada salah silap dlm komen dan bahasa.
titan - 24 Sep 09 at 03:47:22
Safar. Ebook Panduan TNX ada. Harganya RM37. Tapi selepas siap versi update yang terkini, harga naik ke RM57. Jadi, dapatkan sekarang sebab bila versi update dah siap, korang akan dapat versi update secara percuma..

rina. Alhamdulillah. dah habis hutang. Tinggal hutang dengan bank aje..

zool. Yeke? Nanti aku try call diorang. Em..duit apa? Duit bayaran yang lambat dibayar. Hehe..

merahkatak. yela. yela..

Muizzudin. Yap. selamat hari raya! Terima kasih kerana melawat dan membaca blog ini. :)
titan - 24 Sep 09 at 03:49:36
animeboon. Ada. ko cari aku kat banting hari ini hingga hari sabtu. Hari ahad aku balik jerantut. Lambat aku tak tahu aa..

Wizurai. Selamat Hari raya juga. :)

Farahaznil. Ko dah dapat duit ko kan? kan? Seronoklah shopping lepas nih..

Fatin Pauzi. Selamat hari raya. hehe..

Samdaddycool. Selamat hari raya juga. Antara blogger lama yang lepak blog aku nih. Terima kasih sebab selalu baca dan lepak kat sini..
farahaznil - 26 Sep 09 at 02:41:02
dah dpt dah duit raya tu titan..tq ye..ehehe..tan..sam je ke pmbaca setia ko??aku??hi hi hi


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------