Lagi 2 hari, aku akan balik ke Banting. Petang kHamis, aku akan memecut ke Banting dengan kereta Saga yang baru aku beli tak sampai 3 bulan tu demi untuk menyambut hari Raya bersama keluarga pada tahun ini. Ini kali pertama aku berhari raya sebagai seorang pegawai kerajaan dan bukan lagi sebagai Fulltime Blogger. Tak apa, benda dah lepas, biarkan sebab Halftime Blogger pun best apa. Banyak benda yang aku belajar dalam tempoh 9 bulan ni. Banyakkk, tak terhitung aku nak tulis kat sini..

Ok. Apa dia 7 program Jual Beli Link/Inlink atau jual beli Text Link yang menjadi pilihan aku untuk dikritik dan diulas oleh aku. Aku yakin ada segelintir blogger yang mengetahui tentang 7 program tersebut. Jadi, aku akan ulas apa yang patut. Bagus atau tidak, terpulang pada perasaan aku. Kalau korang suka, boleh daftar. Kalau tak suka, baca aje dan ambil apa yang patut. Ini luahan ikhlas aku tentang program-program tersebut. Ada yang aku suka, ada juga yang aku menyampah gila..
Text Link Ads
Aku rasa ramai yang dah tahu tentang program TLA ini. Sudah dekat 3 tahun aku bersama dengan program TLA dan memang aku berjaya buat duit dengan program keramat ini. Mula-mula, memang sukar yang amat. Tapi aku yakin pada satu hari nanti akan mengalir juga duit paypal ke akaun aku dari program Text Link Ads ini. Ternyata, ianya terbukti. Benda yang aku suka, kalau kita dapat advetiser yang bagus, memang dia akan continue beli iklan kat blog kita setiap bulan. Dan benda yang aku dan blogger lain tak suka ialah banyak blog terkandas untuk diluluskan oleh pihak TLA. Senang cerita kalau takde sekurang-kurangnya PR2. Jangan mimpilah nak buat duit dengan TLA. Faham?
LinkXL
Program ini memang bagus. Walaupun aku pernah dapat beberapa bayaran. Tapi sekarang cukup sukar untuk dapat income yang bagus dengan LinkXL. Sejujurnya, aku tak berapa gemar dengan program ni. Mungkin sebab aku dah gian gila dengan TLA dan TNX. Sebab tu aku lupakan LinkXL walhal aku kenal LinkXL lebih awal berbanding program-program yang lain.
Backlinks
Program ini juga memang bagus. Yang gampangnya, Backlinks cuma terima blog yang ada pagerank sahaja. Kalau blog korang PR0, boleh berambus dari Backlinks. Sebab memang kene reject awal-awal. Jadi, tak perlulah nak salahkan Backlinks sebab depa dah kata awal-awal, memang blog PR0 takkan ada harapan dengan program ini. Dan perkara paling buruk, potensi untuk kehilangan pagerank adalah sangat tinggi. Jadi, jangan kata aku tak beri amaran awal-awal yek. Nak join, risiko tanggung sendiri dan aku tak nafikan aku dah banyak kali dapat payment daripada Backlinks ni..
Linkadage
Program ini sebenarnya satu anak syarikat dengan program Backlinks. Kiranya cam adik-beradik tirilah. Sebab Linkadage menerima semua blog tanpa kesah blog tu ada pagerank atau tidak. Sampai sekarang, blog takde pagerank aku menerima income yang besh daripad Linkadage setiap bulan. Tak silap aku dah 12-13 kali aku terima duit daripada diorang. Aku dah join program ini pun macam dah nak dekat setahun. Lama jugak tu. Yang tak best, income bagi satu link bagi PR0 memang ciput. Tapi, itu lebih baik daripada takde langsung kan?
Teliad
Program ini juga dah agak kurang menyengat bagi aku. Memang awal-awal dulu, aku cukup suka dengan program Teliad. Depa dah bagi aku banyak duit dan memang terima duit setiap bulan. Tapi aku menghadapi masalah dengan setting blog aku dengan setting kat Teliad. Tak berapa faham aku dengan setting diorang. Syarikat ni kalau tak silap aku dari Jerman. (Betulkan aku kalau silap). Dan bayaran memang bukan dengan dollar atau ringgit malaysia. Apapun, program ni tetap best sebab income dia memang lumayan kalau blog korang ada pagerank yang hebat. Yap, blog ini juga terima blog PR0 dan blog PR tahap tertinggi korang tu..
TNX - Invitation code: 119592567
Program ini rasanya tak perlu aku terangkan lagi. Antara lubuk duit bagi aku setiap bulan dan hampir setiap bulan aku terima bayaran 2-3 kali daripada TNX. Ini program jual beli link yang paling sempoi pernah aku temui. Walaupun aku tahu link yang terjual tu memang kadang-kadang mengarut, tapi ianya masih dibawah kawalan. Tidak ada iklan porno atau judi. Kalau ada, korang sendiri boleh padam secara manual. Yang bagus tentang program ini, minimum payout adalah 5usd sahaja dan korang boleh request bila-bila sahaja. TNX bayar dalam tempoh 1-3 hari. Penjualan link berlaku secara automatik dan korang juga boleh memilih advetiser yang korang nak. Ini perbezaan yang ketara antara TNX dengan penyedia jual beli link yang lain.
Inlinks
Program ini pula sebenarnya adalah serpihan daripada program Text Link Ads. Kiranya macam anak syarikatlah. Biasalah tu. Diorang memang suka buat macam nih dan aku tak nafikan Inlinks juga penyumbang yang bagus kepada aku dalam tahun ini. Cuma sekarang, income Inlinks tak selebat TNX, Linkadage dan TLA. Apapun, aku bersyukur yang aku masih boleh buat duit dengan Inlinks. Inlinks bayar kita melalui paypal dan dalam bentuk dollar. Takde minimum payout.
Ok. Itu sahaja ulasan dan krtikan ringkas daripada aku tentang 7 program jual beli link yang aku boleh kata popular dikalangan rakyat Malaysia. Kalau kat negara lain, aku tak berapa pasti. Biasanya member dari Filipina dan Indonesia antara yang suka update macam yang aku buat kat blog aku ni. Negara lain memang malas nak buat atau memang takde blogger yang sanggup buat kerja gila macam aku nih..
Ps: Dan 7 program ini sebenarnya sebahagian daripada plan Cincai Blogging yang aku katakan tempoh hari. Jika korang mampu laksanakan plan Cincai Blogging dengan baik, aku yakin RM1000-RM2000 sebulan bukan lagi masalah antarabangsa buat korang. Betul!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Cincai Blogging versi Titan | Titan, Abah dan Tun Mahathir »


























leceh btol…
Wizurai. Ni invitation code: 119592567
Invitation code ni ada kat hujung referrals kita. Itulah invitation code.
- - - - - -
selamat hari raya aidilfitri 1430 earcent
maaf zahir batin, kalau tersalah komen, terlaser, terkasar bahasa. hehe
sabah2u. Jika semua program menjadi, memang masyuk aje. Mudah-mudahan begitu.
SyntaxERROR. TNX accept blog PR0. Takde masalah dengan PR0. Cuma mungkin lambat sikit untuk diindex. Bila lambat diindex, ini bermaksud, peluang untuk dapat iklan dari advertiser agak sukar.
Maksud diindex tu adalah, mesti ada link yang dah kene lawat oleh spider diorang dan tnx dah terima link tu. Bila dah link dah diterima, barulah advertiser boleh beli iklan di link tersebut. Kalau takde tempat(link) untuk diiklankan, bagaimana plak diorang nak beriklan, bukan?
Tapi, kalau ada PR1, ianya akan memudahkan blog korang diindex dengan cepat. Aku dah wat ujikaji. Memang dalam masa 1-2 minggu, dah dapat iklan. Terbukti.
KNizam. Takpe. Pelan-pelan. Ko explore je makanan dan lauk yang sedap-sedap. Tepek kat blog ko. Seronok gak tengok nanti. Yap. Selamat hari raya!
aku beru join TNX dan dah masuk in invitation code yg bro bagi tu .. tapi aku blur cam ner nak buat plak … ada langkah2 ker? e-book ker ?.. blog aku pr2 jer..
* Harap dapat tunjuk ajar ..
thanks bro ..
Lepas ko register, ko kene submit blog ko tu. sebelum submit blog ko tu, ko kene letakkan code TNX diblog ko. Lepas dah letak code, dah submit. Tunggu moderator tnx luluskan blog ko. Kalau blog ko layak, memang 1 hari je dah approved. (lagi kalau blog ada pagerank, memang cepat aje diluluskan)
Aku memang ada jual ebook Panduan TNX versi aku. Harga RM37. tapi aku jual underground aje. Sape yang minat, boleh order. Dan versi update akan dapat percuma selewatnya sebelum tahun depan. AKu tengah tulis versi update sebab TNX mengalami evolusi pada pertengahan tahun ini. Jadi, memang berbeza sikit tnx dulu dan tnx sekarang.
Tapi aku ada cara nak elak daripada pakcik G tu benci kita dalam bab-bab jual beli link ni.
TNX : link porn yang aku tak minat ni.kalau boleh padam alhamdullilah.takkan nak makan duit haram kot.
Google : sendiri pun ada daftar program iklan syarikat lain.biasalah tu takkan nak ketinggalan kebelakang.
selamat hari raya aidilfitri 1430 TitaniumHijau ( kalau tak silap akulah).
bawa kereta elok-elok.
Biasalah. Google lagi macam-macam ada. Tapi kita tak boleh control sebab diorang yg control. Sekurangnya, dengan TNX, kita boleh padam iklan yang kita tak suka dan boleh pilih iklan yang kita.
Yup. Selamat hari raya. Puasa cukup kan? kan?
terima kasih titan
Dalam banyak2 yg ko rekemen tu, paling senang sekali nak masyukk income pada aku ialah TNX program…aku saja layan dgn 2 blog pun dah request 5usd
TNX Corporation just sent you $4.90 USD with PayPal
p.s. Salam e’dul Fitri,maaf zahir wa batin. pandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang dan income tersayang..hehe
apapun. selamat hari raya. Jangan ponteng puasa untuk hari-hari last nih..
akazuma. Memang tengah ada idea nak buat ulasan lagi. tapi nanti dulu. Banyak sangat yang nak ditulis sekarang nih..
Afzai. Selamat hari raya Afzai. Mudah-mudahan rezeki kita tetap income sebagai kakitangan kerajaan. Hehe..
animeboon. takdelah tahap otai. Aku cuma tahu lebih dulu dari korang aje..
rina. Bayar. Bayar. Hehe..
abdfatah. Haa..dah dapat, jangan lupa bagitau kat aku ek..