Ok. Disini, aku hendak cerita satu plan yang aku buat untuk menjana pendapatan diinternet ataupun bagaimana aku buat duit diinternet melalui blog. Aku akan cerita ikut apa yang aku rasa. Kalau ada yang tak boleh ikut, tak apa. Tapi baca ajelah apa yang aku nak tulis nih.
Step 1
Mula-mula sekali, aku akan beli domain dan hosting. Biasanya aku akan cari hosting yang sediakan add-on domain, space yang besar, bandwith yang besar dan juga harga domain yang murah. Memang sukar nak dapat kan? Sebab tu aku beli hosting dari Netkl, Rawanaz, Baitulbytes dan mungkin juga aku akan tibai Exebytes. Kemudian, aku akan beli domain dari Godaddy atau Netkl. Itu lubuk domain bagi aku. Bagi korang, aku tak tahulah. Ok, dipendekkan cerita aku setup domain aku tu. Masuk cpanel, install fantastico, buat email, buat forward dan upload theme wordpress bersama dengan pluginnya. Selepas itu, aku akan biasanya akan mengarang sekurangnya 20 artikel disetiap blog aku. Kemudian, masuk Bukisa, masuk Digg, masuk Squidoo, masuk Twitter, masuk Facebook, komen di high pagerank blog dan high alexa rank blog dan promosilah dengan cara lain. Semuanya cara percuma. Malas nak pakai cara mahal melainkan ada bajet.
Step 2
Lepas itu, aku akan letakkan iklan Adsense. Seperti biasa, program Google Adsense akan jadi nombor satu untuk meletakkan iklan. Dan jika korang hendak tahu, kebiasaannya setiap blog yang ada iklan Google Adsense akan senang naik pageranknya. Betul. Tak percaya, korang buatlah. Mesti naik setelah korang lepas step pertama aku tu. Jadi, sementara nak tunggu blog aku tu naik pagerank dan alexanya, aku akan buat promosi seperti komen diblog orang, register forum, buat post kat digg, twitter dan macam-macam lagi promosi untuk mendapatkan trafik. Semua manual. Ada gak yang separa auto. Janji trafik masuk dengan cara yang tidak menyalahi TOS Adsense dan juga TOS program-program yang bakal aku sertai. Kebiasannya, blog tu akan naik pagerank dalam tempoh 2-4 bulan. Kira nasiblah kalau time korang setting blog (Step 1), kene plak seminggu lepas tu Google update pagerank. Kalau dapat PR1 ke PR3, dah cukup bagus apa tu. Dah boleh proceed ke peringkat seterusnya.
Step 3
Ok. Pagerank dah naik dan aku dah ada apa yang cukup untuk buat duit dengan blog. Jika blog aku cuma capai PR1. Aku akan terus henjut ke program TNX. Kenapa? Sekarang, jika korang ada blog PR1, ini memudahkan blog korang diindex oleh bot TNX dengan cepat berbanding blog PR0. Aku dah buat eksperimen dan ianya terbukti. Blog PR0, memang cukup lambat diupdate. Itu pasal ada sesetengah diantara korang punye blog yang gagal diindex sekaligus melambatkan proses penjualan link di TNX. Aku yakin ada yang mengalaminya. Betul tak? Ok, andai kata blg korang mencapai PR3-PR4. Aku cadangkan korang terus henjut ke program Text Link Ads. Mengapa? kebiasannnya, blog korang senang diluluskan jika pagerank korang ditahap itu. Blog PR1 memang takkan lepas punya. Sebab tu aku letak blog-blog PR1 aku diprogram TNX. Ok. Cukup kat sini untuk step 3. Tak boleh lebih-lebih..
Step 4
Ok. Pagerank dah tinggi. Of course alexa rank pun mungkin tinggi. Kalau alexa rendah tapi pagerank tinggi, takpe. Takde masalah. Jadi, aku akan buat duit dengan buat review atau menulis artikel. Lubuk advertiser atau sponsor adalah di forum DP dan juga program-program seperti Linkworth(Linkpost), Reviewme, Sponsoredreviews, Blogsvertise, Payperpost dan program-program yang sama waktu dengannya. Secara jujur, ini antara income yang lumayan aku yang membantu aku sambar Black Saga dan GPS Garmin Nuvi 205 aku tu. Antara harta-harta yang mahal dalam hidup aku. Betul, aku tak tipu. Ini mungkinlah agaknya yang dikatakan oleh Rohaizad iaitu Smart Blogging. Aku dan Rohaizad dalam aliran yang sama. Blogging. Cuma kita orang follow method masing-masing. Mungkin Rohaizad guna Smart Blogging. Aku plak guna Cincai Blogging ni. Tapi tak apa, janji kita orang fokus dengan cara masing-masing dan berusaha sungguh-sungguh. Hasilnya, korang dah boleh nampak bukan? Huhu..
Step 5
Ok. Lepas ini kebiasaannya separuh daripada blog korang akan bermasalah. Kenapa? Samada pagerank blog korang jatuh menjunam disebabkan oleh Google pagerank, kekurangan sponsor atau advetiser untuk program review artikel ataupun Google Adsense korang dah kene ban. Biasanya itulah yang akan berlaku dalam tempoh 3-6 bulan selepas blog korang tu dapat pagerank yang tinggi. Jadi apa yang aku buat bila ianya juga turut terjadi pada aku? Cari alternatif! Jika Google Adsense kene ban, korang boleh tery Nuffnang, SpeedyAds, Bidvertiser, Widgetbucks, Adbrite, Advertlets dan sebagainya. Jika program-program seperti Blogsvertise, Sponsoredreviews, PayPerPost, Reviewme dah kurang bagi job, nak tak nak korang kene submit lagi blog baru dan ulang semula Step 1. Pendek cerita, korang kene bijak buat keputusan dan cari alternatif. Bagi program TNX dan TLA. Korang tak perlu risau. Mengapa? Ini program tetap bagi keuntungan walaupun blog korang dah takde PR. Kebiasannya bila dah jadi macam tu, blog korang kekal menerima income dari TNX dan TLA. Ini kerana blog-blog korang dah tersidai dalam marketplace diorang. Jadi, nak tak nak korang tetap kene terima komisen daripada 2 program tu. Itu yang aku cukup suka dengan program TNX dan TLA. Secara jujur, income aku dari 2 program ini tidak pernah putus sejak setahun yang lepas. Setiap bulan terima duit dari program ni walaupun angkanya tidaklah banyak sangat. Tapi janji ada hasil yang berterusan.(Penerangan terperinci tentang TNX dan TLA, korang boleh cari artikel-artikel yang aku pernah tulis dalam blog ini. Ala, search ajela kat kotak search atas tu..)
Step 6
Andai kata blog yang korang buat tu mempunyai niche yang unik dan bagus untuk dikomersialkan. Korang boleh buat artikel atau review tentang produk atau dalam erti kata lain, korang bermain dengan program affiliate. Sebenarnya, cara ini boleh digabungkan dengan Step 1. Jadi, terpulang korang nak start mana satu dulu. Biasanya artikel-artikel aku tu memang akan ada link affiliate untuk sesetengah program affiliate atau program CPA seperti Clickbank, CJ, Shareasale, Adsmarket, CPAlead dan juga program affiliate tempatan seperti Panduan AFD Raja Kamil, Panduan VCC Naem, Panduan Lulus Kerja Kerajaan Jamal dan sebagainya. Program Pay Per Lead tempatan dan MLM online seperti GDI dan Vemma juga boleh diselitkan. Pendek cerita, gunakan kekreatifan korang untuk menulis artikel dan itu yang aku praktikkan. Biasanya, aku akan gabungkan Step 1 dengan Step 6.
Step 7
Ulang semula apa yang korang buat dari Step 1 hingga Step 7. Inilah Cincai Blogging yang aku buat. Mungkin berbeza dengan Smart Blogging yang Rohaizad buat. Mungkin ada besar perbezaannya, mungkin juga ada persamaannya. Itu aku tak tahu. Janji kita fokus dan pandai balancekan kerja-kerja kita. Tapi aku tak nafikan yang Cincai Blogging versi Titan dan Smart Blogging versi Rohaizad memang boleh buat duit dengan blog. Dan satu lagi, jika korang tak nak badan korang sengal macam yang terjadi dengan aku, sila cari kawan-kawan dan bentuk team untuk buat kerja dari step 1 hingga step 7. Jika tak, korang terpaksa buat semua kerja. Dulu, aku ada askar upahan, tapi aku terpaksa berhentikan sebab diorang semua dah masuk alam pekerjaan dan ada yang kerja jauh-jauh serta susah nak dapat internet connection. Sebab tu cara aku sekarang lebih kepada Cincai Blogging berbanding Smart Blogging sebab aku buat bila aku ada masa memandangkan aku ni HalfTime Blogger. Dah tak fulltime blogger macam dulu. Jadi, aku buat apa yang aku termampu pada masa terluang tetapi masih mengikut jadual ketat yang aku sediakan. Cuma mungkin pelaksanaan agak cincai dan tak berapa terurus. Sebab tu aku namakan Step 1 hingga Step 7 ini adalah Cincai Blogging. Korang tak suka nama tu? Hemm..aku pedulik apa!
Ps: Maaf jika ayat aku agak rojak dan agak kejam sikit. Aku mengantuk ni dan agak penat. Baru aje tulis 20 artikel dibeberapa blog aku. Tu belum lagi wat sikit ujikaji pasal TNX dan juga beberapa kajian untuk artikel edisi siasat yang akan datang. Fuhh, susah gak ek Cincai Blogging ni. Dan untuk pengetahuan korang, aku tulis artikel ni sebab ada orang tanya perjalanan aku untuk buat duit dari blog dari A ke Z. Haa, inilah yang aku buat. Cuma aku ulang-ulang dan ulang sampai aku sendiri dah naik bosan..
Pss: Sori Rohaizad, promote ko plak hari ini. Ko tak marah kan? kan? Kalau marah, aku buang artikel nih..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan, GPS Garmin dan Insuran Takaful | Edisi Siasat: Ulasan tentang 7 Program Buat Duit dengan Jual Link »



























kalau mereka yang inginkan sumber dari blogging, sudah pasti dapat apa dikehendaki dengan tip-tip yang tersenarai disini.
aku dah lama ikut tip smart blogging
megat. Kita cuba aje. Smart blogging atau Cincai blogging. Kalau kita fokus dan buat kerja yang sepatutnya, memang insya-ALLAh kita boleh buat duit.
cispai. Takde masalah. Kalau rajin, geledah semula blog ni dari mula sampai post terkini. Banyak info yang boleh dibaca.
msarbin. JIka ianya dapat membantu. Aku akan terus menulis dan terus buat edisi siasat.
animeboon. Ehh. Betullah nih. Hehe..
merahkatak. Yup. Satu lagi keunikan baru dalam Earncent.com. Kita dah ada Cincai Blogging.
banyak sangat pakej beli trafik yang ada dekat Digital point forum.ada yang mengaku Your Adsense Safe tetapi penipu kuat.habis akaun kena tutup.nasib baik ada yang baru.
kalau yg kat DP tu. Abaikan ajelah. Tapi kalau nak guna selain daripada adsense, rasanya takde masalah. Adsense ni memang raja bagi segala program publisher nih. Susah nak jumpa sebab adsense aje yg mampu bayar kita sampai beribu-ribu nih..
aku baru 4-5 blog pun tak tertahan nak tulis
bila pagerank bagus masa boleh kan aku daftar TLA.bukan apa sebab dekat luarnegara banyak laman jual trafik.lagi cepat naik lagi bagus.
apa pendapat hang Titan.
safar. yang tu. Boleh. Aku pernah buat. Takde masalah punya. Tapi itu terpulang pada ko. Nak wat cara cepat atau cara lambat. Sebab memang aku dah try kedua-dua cara tersebut.
merahkatak. Tapi masih perlu banyak berusaha. Untuk lebih berjaya..
shafwan. Harap-harap ianya membantu.
animeboon. Hehe..
Adney. Yap. Duri, onak, ranjau. Macam-macam perlu ditempuhi..