Dalam 2-3 hari lepas, aku memang nak tulis sesuatu kat blog ni, tapi ada sahaja halangan yang membuatkan aku malas nak menaip atau login blog ni. Jadi, aku biarkan aje walaupun aku rajin buat blog hopping setiap malam. Malam tadi, pergi lepak kejap borak pasal Insurance. Aku tengah fikir nak bayar berapa setiap bulan untuk polisi insuran yang aku nak ambil nih. So far, aku berpuas hati juga dengan penerangan member yang aku baru kenal tu. Asal jumpa aku, mesti nak belanja makan. Biasalah, nak dapat customer, kena macam tu. Tapi aku lihat dia tak putus asa try adjust aku. Jadi, itu yang buat aku tak kesah dan buat kali pertamanya aku rela hati dengar penerangan tentang insuran walaupun sebelum ni memang aku cukup menyampah. Mungkin ini petanda yang memberitahu bahawa aku memang perlukan insuran dalam kehidupan aku. Huhu..

Jangan tanya aku ambil insuran yang mana. Tapi memang pasti Insuran Takaful la. Jenis mana, pengendali takaful yang mana, bank mana ka, aku malas nak cakap. Tapi orang Takaful tersebut agak bagus dalam penerangan. Yelah, kalau tak bagus, jangan mimpi aku nak masuk walaupun sesebuah company atau program tu bagus. Penerangan mesti bagus dan cara mengorat kita pun kene hebat. Kalau biasa-biasa aje, memang aku sendiri tak tertarik. Dan satu lagi, mereka ada pejabat di Jerantut dan Banting. So, aku tak rasa ralat kalau aku nak serang diorang bila nak tanya sesuatu ataupun nak claim nanti. Senang nak tanya.

Bila fikirkan semula, mungkin tak ramai orang yang ambil pusing tentang polisi insuran ni. Aku dulu pun macam tu juga. Tak ambil berat langsung dan kalau boleh malas nak dengar apa-apa kalau berkaitan dengan insuran. Tapi aku dah tak peduli semua tu. Jika ianya mampu mendatangkan kebaikan samada bagi aku atau ahli keluarga aku, aku tak kesah. Ambil aje. Haha..janji bukan benda jahat dan aku sendiri sudah siasat serba sedikit tentang latar belakang Insuran Takaful tu. Insya-Allah, takde masalah rasanya.

Lupakan tentang insuran kejap. Aku nak bagitau yang aku juga telah ada kad kredit walaupun selama ini aku agak menentang penggunaan kad kredit. Bukan apa, takut aku tak leh control diri aje. Tapi aku nekad untuk ambil kad kredit juga. Untuk kegunaan emergency dan business. Kad debit Tunemoney aku masih menjadi tulang belakang aku dalam urusan internet, malah aku menambah kad ini dalam paypal aku. Jadi, kad kredit ini cumalah sebagai sistem backup bagi aku. Lagipun, aku mungkin cuma pakai untuk isi minyak atau makan pizza aje. Janji bayar awal setiap bulan. Ada orang kata, kalau kita dah pakai kad kredit ni, kita akan giat berbelanja. Itu aku tak pasti.

garmingps Titan, GPS Garmin dan Insuran Takaful


Ini adalah episode baru dan pengalaman baru aku dengan kad kredit. Tapi aku tak rasa aku akan gila berbelanja. Sebab aku tahu yang aku bukan seorang yang kuat berbelanja melainkan ada duit lebihan dari budget bulanan aku. Tu pasal aku dapat sambar GPS Garmin Nuvi 205 dan bakal beli 1 lagi handphone baru. Semuanya untuk kelengkapan hidup dan permintaan semasa aku sendiri. Maklumlah, aku ni memang sesat kalau jalan kat KL. So, penggunaan GPS ini memang membantu. Dan handphone baru yang bakal aku beli tu untuk satu lagi ujikaji terbaru aku. Pasal apa. Biarlah rahsia dulu..

Ps: Memang tak banyak benda nak cerita. Aku nak gi basuk kereta aku dulu. Dah sebulan tak jumpa air sabun. Mana taknya, mandi air hujan aje..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
riku - 13 Sep 09 at 12:28:46
insuran takaful yang mana? etiqa? bsn? ke takaful ikhlas?? :)
msarbin - 13 Sep 09 at 14:47:17
garmin gps..cool
sabah2u - 13 Sep 09 at 15:39:52
gadjet yg menarik.. :)
animeboon - 13 Sep 09 at 21:58:58
memang gadget yang menarik. MEsti tak sesat kalau gi mana-mana nih kan..
rina - 13 Sep 09 at 23:58:45
ehm..insuran takaful. GPS plak..kad kredit. Fuh..semua tu nak pakai duit.. :)
safar - 14 Sep 09 at 12:25:38
Titan kenapa hang daftar kad kredit dekat aku.tapi tak apalah.aku pun takut nak berbelanja dengan kad kredit.hehehe……..
[…] dengannya. Secara jujur, ini antara income yang lumayan aku yang membantu aku sambar Black Saga dan GPS Garmin Nuvi 205 aku tu. Antara harta-harta yang mahal dalam hidup aku. Betul, aku tak tipu. Ini mungkinlah agaknya […]
titan - 14 Sep 09 at 20:51:25
riku. Ek..sori. Tak nak bagitau. Boleh?

msarbin. Cool? Dah ada satu juga ke? Kalau takde, leh la order. Hehe..

sabah2u. yap. Minggu lepas baru aje order satu GPS untuk adek. harga RM605. Mahal. Tapi memang berbaloi-baloi..

animeboon. Harap-harap tak sesatlah. Salah jalan tu kira normal apa..

rina. Sebab semua nak pakai duit la aku kene ada semua tuh..

safar. Kalau takut nak berbelanja pakai kad kredit. Tak yah apply. Aku apply sebab aku nak buat duit dan memudahkan kerja aku sahaja. :)
animeboon - 15 Sep 09 at 13:39:55
betul. salah tu memang dah normal. Sebab tu kita kene minimakan kesilapan dan kesilapan. Ni ambil takaful jenis apa? berapa potong tetiap bulan?
Fatin Pauzi - 15 Sep 09 at 16:49:50
Aku guna GPS Garmin gak. Best2. Aku jenis buta jalan. Mmg tak sesat. huhu
firdausprudential - 18 Feb 10 at 17:10:34
PapaGo GPS is the good one now :)
ainun - 29 Aug 11 at 19:40:31
wah…GPS…best kan main dia…hahaha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011