Ok. Lagi sekali aku akan sentuh tentang GDI iaitu Global Domains International. Apa benda yang aku nak cerita kali ini tentang program GDI ni. Mesti korang tertanya-tanya bukan? Ok. Sebenarnya, aku banyak terima email tentang GDI setiap hari. Mungkin ada yang aku tak sempat balas dan jika ada yang aku dah balas, sila reply semula agar aku dapat tahu yang korang memahami tak apa yang aku tulis tu. Bukan apa, takut korang tak faham atau salah faham. Mungkin ada penerangan aku tu agak kejam dan mungkin juga tak sesuai mengikut level korang ataupun usia korang. Yelah, kadang-kadang penerangan yang kita berikan tu mungkin tak seperti yang korang nak, jadi aku mintak maaf awal-awal. Ok kan?
Mengikut apa yang lihat, ramai yang masih ragu-ragu dengan GDI. Betul tak? Pasti dalam fikiran korang akan berfikir, betul ke boleh buat duit dengan GDI ni? Betul ke kita boleh berjaya macam leader-leader GDI yang lain? Dan betul ke kita boleh success dengan benda ini sedangkan kita masih ditaraf newbie? Ehm..itu aku susah nak jawab sebab jawapan tu ada dalam diri masing-masing. Untuk pengetahuan korang, dalam GDI, aku masih taraf newbie ataupun mentah. Sebab aku baru sertai GDI dalam lingkungan 2 bulan. Untuk jadi leader yang baik untuk korang, aku sendiri belum dapat bagi jawapan sebegitu. Tetapi, itulah salah satu impian aku dalam GDI, menjadi leader yang baik dan bagus untuk downline serta membina networking yang selesa untuk mereka. Aku harap aku dapat realisasikan salah satu plan aku sebelum tamatnya tahun 2009 ini. Itupun jika sambutan GDI amat menggalakkan.

Aku juga dapat kenalpasti masalah orang kita. Mungkin ada antara korang yang masih ragu-ragu dengan Plan marketing GDI. Ada juga yang masih tidak ada akaun paypal ataupun kad kredit/debit. Jadi, ianya menyukarkan perjalanan korang untuk berjaya dalam GDI. Bagi aku, dalam GDI, urusan pembayaran menjadi faktor kejayaan korang. Jika korang takde akaun paypal atau debit card, bagaimana korang hendak buat bayaran sebanyak 10 dollar setiap bulan untuk bayaran domain yang korang sewa dari GDI tu? Itu syarat pertama yang korang kene lepas dan mesti faham sebelum korang kata yang bukan-bukan tentang GDI.
GDI menipu? Aku tak pernah terfikir tentang itu. Tapi jika susah untuk buat duit dengan GDI. Itu aku mengaku. Mengapa? Banyak sebab untuk gagal dengan GDI. Ada orang kata, tak elok kita fikir tentang kegagalan. Tapi tidak salah rasanya kita berfikir tentang gagal. Aku dah gagal banyak kali sejak 5-6 tahun yang lepas. Namun, aku sudah lagi tidak rasa kesusahan seperti 4-5 tahun lepas. Hendak makan nasi pun susah. Aku sendiri tidak mahu kembali ke arah kehidupan itu. Jadi, untuk mengekalkan keadaan sekarang, berusaha bersungguh-sungguh sahalah momentum aku untuk tidak gagal lagi. Jika aku boleh, insya-Allah korang pun boleh.
Hubungan yang baik antara networking ataupun hubungan dalam group masing-masing turut merupakan satu perkara yang patut dititikberatkan dalam GDI. Aku tak kata hubungan korang dengan upline korang teruk. Tapi aku tahu pasti ada diantara korang yang bengang sebab upline korang buat bodo aje, kan? Dah dapat downline, buat bodoh aje. Kita tanya, kita email. Diorang tak balas. Kadang-kadang mengundang rasa tak puas hati pun ada. Betul tak? Sama juga dengan aku. Tapi aku ambil itu sebagai satu cabaran. Memang bagus ada leader yang hebat dan berkebolehan, tapi takkan kita nak harap kat dia 100%? Takkan kita mahu support seumur hidup? Itu mustahil bukan? Jadi, apa kata kita berusaha sebaik-baiknya. Jika gagal sekalipun dengan GDI, sekurangnya kita berusaha dengan cara yang termampu kita lakukan. Tak perlu menghina atau mengutuk seseorang yang dah buka jalan ke arah yang mampu mengubah hidup kita.
Boleh daftar GDI kat sini : Daftar GDI
Cukuplah sedikit tazkirah tentang GDI. Mungkin ini akan membantu korang untuk faham sedikit tentang GDI atau buat korang lagi bengkak dengan GDI. Dalam GDI, tak ada budak malas. Jika korang malas, maaf. Mungkin GDi kurang sesuai untuk model buat duit korang. Carilah yang lebih sesuai macam Adsense, blogging atau program MLM yang lain. Jika tiada paksaan dalam agama, tak ada paksaan juga dalam GDI. TEtapi salah satu cara untuk mencapai kebebasan kewangan, ada dalam GDI.
Ps: GDI masih hijau dalam pasaran Malaysia. Percayalah. Hehe..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 12 dari Linkadage | Titan, GPS Garmin dan Insuran Takaful »




















Abu samah. takpe. Pilih yang sesuai dengan kita. Kemudian, usaha bersungguh-sungguh dan berterusan.
merahkatak. GDi..yap. Oh!
Fatin Pauzi. Ler..tengok je kat site GDI. Dia main 5 peringkat. Setiap downline kita dapat 1 dollar aje.
cuma sekarang masih lagi buntu.mungkin saya akan cuba.
Lagi satu, jangan lupa bimbing org2 bawah juga. Hehe
MuhdSyukri. Yup. Usaha dan promosi.
Muhd Syukri. Yup. Kene tolong orang atas dan juga orang bawah. Hehe..
Cispai. Aku cuma berminat dengan GDI aje sekarang. Benda lain, aku tak tahulah..
cyza. Takpe. Kita buat apa yang kita mampu dan buat apa yang kita selesa. Takde paksaan dalam GDI..
Abdul Rashid Basar. Betul.
animeboon. Memang popular dah sekarang sebab orang kita dah tak kesah bayar fees GDI yang 10 dollar tu. Dulu ramai yang kesah..
Nabieel. Paling murah dan paling senang. Tapi macam biasalah, mentaliti orang susah sket. Jadi, promosilah dengan sebaik-baiknya..
aku baru daftar GDI ni…
tapi yg aku heran..
katanya free dulu 7 hari..
lps tu baru tolak USD10.
tapi aku baru daftar tadi…
check paypal..dh kena tolak USD10.
nape ek?
amirez. apa la nak susah, pegi jer tanya kat support GDI untuk confirmkannya.
tapi memang free 7 hari.
Amirez. Ehm..ye ke? Aku tak pasti tentang hal tu. Mungkin time ko register, kene dengan tarikh yang diorang deduct akaun paypal ko. Tapi kalau ko memang berniat nak join GDI, aku rasa itu bukan masalah besar kan? Tapi kalau ko nak dapatkan kepastian, hubungi je diorang kat ruang contact. Nanti depa bagitau kenapa.
Waka. Yup. Sepatutnya memang percuma 7 hari.
GDI memang satu peluang yang cerah namun peluang ini dapat dilihat hanya kurang dari 2 % rakyat Malaysia.
Sign Up PERCUMA dapat BONUS USD $125(1 USD = 3.4 MYR = RM 425) dalam masa 24jam dalam account Pay Pal anda…
Untuk lihat Bukti Payment Layari : http://bit.ly/2O25Zy
gdi1malaysia.blogspot.com
salam bro.
aku baru daftar GDI ni…
tapi yg aku heran..
katanya free dulu 7 hari..
lps tu baru tolak USD10.
tapi aku baru daftar tadi…
check paypal..dh kena tolak USD10.
nape ek? “
Salam Amirez… kena deduct mungkin sebab anda menggunakan domain selain .ws rasanya…. free 7 hari untuk .ws setahu saya lah…
Email aku: freejer4@gmail.com