Hari ini aku nak cerita tentang pengalaman aku bersama dengan program Linkadage. Aku rasa mesti korang dah baca edisi siasat dan artikel open case berkaitan dengan Linkadage pada artikel yang lepas. Jika belum baca atau terlepas baca, boleh aja gi ke 2 artikel dibawah ini:
1. Edisi Siasat: Buat Duit dengan Linkadage
2. Open Case: Buat Duit dengan Linkadage
Dipendekkan cerita, aku mendaftar program Linkadage ini pada 4 oktober 2008 dan mendapat jualan beberapa hari selepas itu dan sehinggalah ke hari ini aku tidak pernah lagi miss mendapat komisen dari Linkadage setiap bulan walaupun jumlahnya memang tak boleh lawan income TNX atau income TLA. Tapi aku tetap bersyukur walaupun jumlah yang aku terima itu sedikit. Itu lebih bagus daripada aku langsung tak dapat apa-apa daripada program ini bukan? Ini juga turut membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan Linkadage dan pada masa yang sama ini juga membuktikan kita tetap boleh buat duit dengan blog walaupun nilai pagerank blog kita itu adalah PR0. Semua link yang terjual diblog aku adalah kebanyakkannya daripada PR0. Semua blog tu dah kene tendang dek Google. Tu pasal jatuh ke PR0.

Dan ini juga merupakan komisen aku yang ke 12 dari segi penjualan link setiap bulan dan 1 kali aku menerima bayaran untuk komisen affiliate. Secara mudah, sudah 13 kali aku terima bayaran daripada Linkadage. Jadi, kira oklah kan? Ini juga bermaksud aku sudah bersama dengan Linkadage genap 11 bulan 5 hari atau menghampiri 12 bulan. Fuhh, tak sia-sia aku sertai program ini sebab duit yang aku dapat tu biasanya aku invest untuk beli domain. Hosting memang dah banyak. Jadi, beli domain ajelah dengan duit paypal tu. Not bad, kan?
Boleh daftar Linkadage kat sini: Daftar Linkadage
Ps: Jumlah komisen tu sikit sangat. Tu pasal aku tutup. Kalau lebih 5 dollar. Memang aku tunjuk punya. Jadi, jangan ditanya mengapa aku berbuat demikian. Saja je. Takde benda sangat pun. Jadi, ini salah satu sumber pendapatan aku untuk dapat duit paypal. Tu pasal tiap-tiap bulan, akaun paypal aku penuh dengan duit paypal. Inilah antara salah satu penyumbang pasif setiap bulan. Hoho!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan, Lapar dan Mangga | Open Case: Buat Duit dengan GDI »

























cispai. Alhamdulillah..
akazuma. Sama-sama..
animeboon. Betul!
web offer. Banyak? Camana ko nampak ek. Haha..
SyntaxERROR. Blogspot aku tak pasti. Aku guna semua dot com. Kalau buat secara manual atau direct sponsor, itu lain ceritalah. Tapi aku dah tak bergiat aktif dengan blogspot lagi..