Hari ini aku akan pulang ke Banting dengan black saga aku tu. Ada hal sikit untuk diuruskan dirumah dan aku mengambil peluang keemasan ini untuk berehat juga. Tulang belakang aku sakit sangat kebelakangan ini dan badan aku memang terasa sengal betul. Kena cari pakcik aku untuk mintak adjust apa yang patut. Urut apa yang patut. Jika tidak, aku tak tahu sampai bila aku kene tidur dilantai beralaskan karpet. Jika aku tidur ditilam empuk, memang badan aku rasa sakit sikit. Mungkin terlalu aktif bermain badminton barangkali. Kene pulak selalu keluar malam-malam hingga 2,3 pagi. Ya. Mungkin itu juga satu penyebabnya..
Tidak aku lupa untuk mengucapkan selamat menyambut ibadah Puasa. Aku tak pasti masa aku bayi dulu aku berpuasa atau tidak, tapi aku berharap agar Allah memberikan aku kekuatan untuk berpuasa penuh pada hari ini dan hari-hari yang akan datang. Berikan aku kekuatan untuk lulus dalam ujian ini dan tak kurang juga untuk melaksanakan projek puasa yang sedang bermain dalam kepala aku. Terus sahaja aku tulis sesuatu dinotepad aku agar idea yang baru datang in tidak hilang. Ya, harap ianya membuahkan hasil kerana combination ini pasti mampu membuahkan hasil jika kena caranya.

Maaf juga jika aku tak tulis artikel beberapa hari ini. Bukan sebab aku tak ada idea. Cuma aku terasa malas nak menulis beberapa hari ini ekoran terlalu sibuk dengan kerja aku yang lain. Macam biasalah, aku jenis beri tumpuan pada satu benda. Itu yang kadang-kadang income online aku tak berapa menentu 2-3 bulan ini kerana tumpuan aku lari sedikit. Tapi aku bersyukur aku masih mampu buat duit dengan blog dan diinternet. Dulu, memang cukup susah untuk aku cari 10 dollar, tapi alhamdulillah, sekarang aku takde alasan untuk tidak dapat jumlah sebanyak itu. Tips aku tidak banyak. Usaha, usaha dan usaha. Promosi, promosi dan promosi. Last sekali, kita berdoa dan tawakkal. Jika ada hasil, kita bersyukur. Sekali sekala nak tamak, bagi aku takde salahnya. Cuma jangan selalu sangat tamak. Kalau tak kene gaya dan tempat, memang merana. Jadi, berpada-padalah sket..
Tentang kelas TNX tu, aku perlahankan sikit untuk bulan ini. Sebab aku sendiri tak berapa pasti mampukah aku buat kelas dengan badan yang agak kurang sehat ni. Mungkin aku akan hadkan kepada 5-7 kelas sahaja untuk bulan ini. Tak larat plak rasanya sekarang. Belum lagi campur tekanan tempat kerja dan tekanan dari beberapa orang gadis yang lain. Fuhh, payah gak rupanya bila ada orang perempuan yang menarik hati kita. Payah juga hendak menjaga hati mereka. Payah juga nak jaga hati emak dan nenek. Yelah, yelah. Orang balik hari ni la nek. Nek tunggu aje. Petang nanti orang sampailah..
Tentang personal coaching versi YM. Akan aku pertimbangkan. Tapi aku tak tahu berapa harga yang aku nak letak untuk caj konsultan ni. Aku terpaksa mengenakan caj berikutan aku sendiri tak banyak masa hendak online. JIka hendak aku online dan hendak bertanyakan terlalu banyak benda dan macam-macam lagi seperti nak tanya pasal TNX, TLA, Bukisa, Adsense, tulis blog, cara nak setup blog, cara nak cari kerja, cara nak buat duit, cara nak kahwin, korang leh hubungi aku diruang contact diatas. Aku akan cuba sesuaikan waktu dengan korang. Caj? RM100.30 untuk 2 jam. Aku minta maaf. Secara jujur, aku tak ada masa betul. Nak update blog pun tak segagah dulu. Tapi insya-Allah, khidmat konsultan dan nasihat aku tu, akan aku sampaikan dengan sebaik mungkin dan sesuai dengan level korang. Aku tak pandai. Tapi mungkin ada sesuatu benda yang aku tahu lebih awal dari korang. Itu sahaja. Selebihnya, korang leh tahu sendiri. Kalau malas aje, leh cari aku. Boleh? Jadi, jangan pertikaikan kenapa aku caj RM100.30 tu. Sedangkan kelas TNX tu pun aku caj pada harga yang sama. Malah, para peserta dapat lebih dari apa yang sepatutnya. Jadi, sila jangan pertikaikan atau buat bunyi. Kalau nak buat bunyi, sila sediakan bukti yang kukuh sebelum aku counter kutuk korang pulak. Haha..jahat sungguh aku ini rupanya..
Ps: Aku rindukan dia. Tapi apakan daya, hanya kenangan sahaja yang aku ada. Aku tak tahu dia dimana sekarang. Tapi aku percaya aku dan dia akan bertemu satu hari nanti. Mungkin dalam keadaan dan masa yang berbeza. Mungkin juga apabila kedua-dua kami mengakui hakikat bahawa kedua-duanya memang masih mentah. Betul. Masih mentah.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content














