Esok aku akan kembali ke Jerantut setelah seminggu berehat di Banting. Mungkin lain kali aku akan cari tempat lain untuk berehat. Aku tak kesah dekat mana-mana, janji ada tempat tidur dan aku masih boleh melayari internet. Itu dah cukup. Tapi mungkin aku akan ambil masa untuk pergi ke satu tempat yang jauh sikit atau berkhemah dihutan. Takde masalah rasanya. Bawa aje GPS dan kompas. Insya-Allah tak sesat. Hehe..

Dalam setengah jam lagi, kita dah boleh berbuka. Itupun jika aku sempat habiskan artikel ini. Tadi baru aje shopping barang sikit. Ada projek sikit minggu depan kat Jerantut dan aku ditugaskan untuk beli beberapa barang dan minggu depan juga ada 2 orang akan ambil personal Coaching tentang Asas Blog dan WordPress dan Cara Buat duit dengan Blog manakala personal coaching TNX juga akan diajarkan sekali sebagai bonus. Walaupun tiada modul tetap, tapi aku yakin mereka boleh tangkap apa yang akan aku beritahu mereka. Ambillah nota apa yang patut. Lagipun bulan puasa ini aku rasa kita ada banyak masa untuk belajar dan masa untuk ujikaji. Insya-Allah, semua blog MMO aku akan aku update. Sekarang memang aku malas nak tulis apa-apa. Cuma diblog ini aje aku rajin update berbanding blog-blog yang lain. Mungkin aku sibuk layan anime dan baca manga online sahaja. Haha..



Malam semalam, aku terawih lambat. Dalam jam 2 pagi. Itupun wat 8 rakaat aje sebab aku berbuka puasa dengan kawan-kawan aku kat Bagan Lalang. Lepas tu, kitaorang terus ke Alamanda. Lepak kat sana main bowling dan sempat pula tengok wayang cerita Orphan. Balik rumah dekat jam 2. Nasib adik aku belum tidur lagi. Kalau tidak, memang aku tidur dalam kereta lah gamaknya. Kene plak adik perempuan aku pun balik rumah juga semalam, sempat pula dia tibai laptop aku. Patutlah tanya password laptop aku malam tadi, dan aku sempat layan naruto 10 episode sebelum tertidur dalam jam 4 pagi. Pastu, abah aku kejut untuk sahur dan aku sambung layan naruto lagi beberapa episode sebelum aku terlelap semula..

Minggu depan juga aku akan buat semula projek-projek yang terbengkalai. Antaranya projek TNX, projek GDI, projek TLA, projek Speed Adsense, projek Bukisa, projek Shamelin dan juga beberapa projek yang sempat aku plan dalam minggu ini. Ya, rehat-rehat juga. Tapi notepad aku tu aku taip juga apa-apa yang patut sementara aku terlintas apa-apa dalam otak ni. Takdelah rehat bodoh aje. Apapun, semoga ianya akan berjalan dengan baik. Benarlah, blog merupakan insuran terbaik bagi aku untuk masa depan. Akan aku curahkan apa yang patut melalui medium blog ini buat duit dengan blog melalui cara dan acuan aku sendiri.

Ps: Iklan Nuffnang semakin banyak dalam bulan puasa ini. Korang perasan atau tidak? Ke aku sorang aje perasan tentang iklan Nuffnang yang selalu bertukar-tukar. Biasanya korang akan nampak iklan Nuffnang pada waktu tengah malam, petang dan waktu subuh. Time tu, memang galak iklan Nuffnang keluar kat kebanyakkan blog-blog aku..







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 11 comments. Apa plak komen korang?
Afzai Afandi - 30 Aug 09 at 18:36:34
ok. selamat kembali bertugas hehee
cyza - 30 Aug 09 at 19:11:21
takpe terwaih jam 2am daripada tak buat langsung…betui tak?
akazuma - 30 Aug 09 at 21:37:36
haha..wat 8 aje? biasala tu. Darah orang muda.. :)
MuhdSyukri - 31 Aug 09 at 00:34:18
wah, sibuk betul jadual bro titan ni.
hehe ;)
safar - 31 Aug 09 at 02:32:28
katalaluan laptop selalu terkena.bila kita tengah tidur kepala pening.tanya katalaluan kita pun bagilah.

nasib baik tidak hilang data.
Raja Kamil - 31 Aug 09 at 10:52:01
Selamat kembali ke jerantut semula :)
NaDiaH KaRiM - 31 Aug 09 at 22:23:58
nanti nak buat projek SA jgn lupe invite sekali…. ;)
titan - 02 Sep 09 at 13:50:08
Afzai. Dah kembali bertugas dan badan aku dah kembali sengal. Adeh..adeh..

cyza. Betul. Sesungguhnya aku tetap insan kerdil disisiNya..

akazuma. Hanya itu yang mampu aku janjikan dengan keadaan badan yang sengal nih..

MohdSyukri. Nak hidup maa. Aku tak nak hidup hanya dengan makan batu dan air sahaja. At least ada daging dah buah. Hehe..
titan - 02 Sep 09 at 23:45:12
Safar. Even kita dah padam data atau format windows, kita masih boleh dapatkan data semula dengan certain software..

Raja Kamil. Dah kembali. :)

Nadiah. Insya-Allah..
samdaddycool - 03 Sep 09 at 17:33:38
Wah…. banyak betul aktiviti lepas berbuka, sampai subuh baru selesai..

Nuffnang.. banyak gak aku perasaan. Tapi payah betul nak dapat klik. Aku ingat nak berpaling tadah kepada advertlets.
titan - 03 Sep 09 at 18:07:57
samdaddycool. Yup. Usaha aje apa yang patut. Aku bukan orang senang maa..

Aku tak berpaling tadah. Aku try semua tapi kat blog yang berbeza dan method yang berlainan.. :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------