Aku rasa masih belum terlambat aku bercerita tentang H1N1 atau yang dikatakan dengan influenza A ni ataupun selsema babi. Entahlah, aku tak berapa minat nak cakap benda yang berkaitan dengan haiwan yang memang bermasalah dari aku kenal binatang ni. Tapi sekarang, disebabkan binatang ni kita satu dunia dah huru hara dan bolehlah dikatakan masalah universal. Aku tak pasti berapa angka sebenar mangsa H1N1 diseluruh dunia, tapi dimalaysia pun sudah menjadi satu angka yang sudah cukup menakutkan.

Ada mitos semasa yang mengatakan ini semua adalah senjata utama untuk menjatuhkan umat Islam dan negara-negara yang dilihat memberi ancaman kepada negara-negara besar. Aku tak pasti betul atau tidak tentang benda ini. Tapi kita lihat dari sudut yang berbeza. Memang macam-macam boleh berlaku dan aku tidak nafikan perkara tersebut. Yelah, vaksin H1N1 atau antidote pun bukan dari negara kita, sudah tentu kita akan buat spekulasi yang berbeza bukan? Alah, korang sendiri boleh fikir. Cuba liar sikit pemikiran tu. Macam-macam tuduhan tak berasas dan berasas akan muncul bukan? Tak perlu diterjemahkan pada aku. Sebab aku pun pikir bukan-bukan juga. Tapi kalau nak kongsi juga, tulis kat ruang komen, kita kongsi apa yang patut.

panda Edisi Siasat: Buat Duit dengan H1N1?


Di Banting, aku lihat keadaan sudah agak terkawal walaupun masih ada beberapa orang yang kekal memakai topeng muka. Bagi aku, mereka tidak perlu malu untuk memakai topeng muka. Itu lebih bagus kerana ianya satu langkah pencegahan dan aku akui 3-4 minggu lepas merupakan tempoh kritikal bagi seluruh rakyat Malaysia. Aku akui harga topeng muka pun mencecah RM3 satu. Fuh, siap boleh buat business lagi tu. Di jerantut, 2 buah sekolah dah ditutup hasil daripada bualan kedai kopi aku dengan member-member setiap malam. Ada juga syarikat yang membenarkan pekerjanya cuti sempena H1N1 ini dan hanya datang kerja bila rasa sihat. Bagi aku, ini satu langkah pencegahan yang bagus walaupun memang budak-budak sekolah dan pekerja-pekerja suka hati sebab dapat cuti. Nak buat apa kerja kalau kita berpotensi untuk dapat penyakit selsema babi ni kan? So, baik duduk rumah tidur kenyang-kenyang. Lagi bagus, kan? Haha..

Ini ada satu lagi panduan kesihatan tetapi berkenaan dengan informasi H1N1 ni. Korang leh gi baca dan download. Tak nak pun takpe. Aku tak paksa. Aku dah download, tapi baru aje habis baca separuh. Macam-macam gak benda baru aku tahu pasal H1N1 ni. Leh la aku kelengtong orang kampung plak dengan info ni. Haha. Takde, gurau aje. Benda baik, baik kita kongsi : Download Panduan Padat H1N1

GI la download, percuma aje. Masukkan nama dan email kat website diorang. Nanti dapat email makluman, confirm apa yang patut dan dah boleh download. Tak sampai 1 minit pun. Bacalah dengan niat yang baik-baik belaka dan doakan juga keselamatan orang-orang Islam dinegara lain agar tidak terkena ancaman H1N1 ini. Aku rasa sakit hati sangat kalau ada orang yang terkena bahana benda ni.

Siapa kata kita tidak boleh buat duit dengan H1N1? Banyak cara dan antaranya korang leh sertai PPL Panduan Padat H1NI ini dengan menjadi affiliate atau agen Panduan Padat H1N1 ini. 1 downline yang download panduan ini, membuatkan korang layak mendapat RM0.20. Kalau 10 orang, dah RM2. Kalau 100 orang, dah RM20. Kira oklah tu. Boleh beli topeng H1N1 5-6 set, kan? Belilah untuk diri sendiri dan orang tersayang. Hehe..

Ps: Aku harap si dia tidak terkena bahana H1N1. Sakit hati aku dibuatnya walaupun aku sendiri tak tahu koordinat beliau. Mungkinkah diselatan atau diufuk tenggara. Ohh, adakah ini rindu? Yang pasti ianya bukan mimpi..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 11 comments. Apa plak komen korang?
farahaznil - 29 Aug 09 at 02:09:23
hmm..tmpt aku siap bg cuti seminggu lg..pastu kena kuarantin n dorang dibg mknan free..ceh jeles aku..gimik je tu..padahal suma kena selsema biasa…huhhuu..ish2..dah ada affilate h1n1 lak..hehhhee
merahkatak - 29 Aug 09 at 03:58:35
h1n1 ni memang teruk. tapi sejak masuk bulan puasa nih, kira dah macam ok plak..
zool - 29 Aug 09 at 14:19:44
Wah siap ada affiliate ye.. bagus2.. menggunakan sepenuhnya
cyza - 29 Aug 09 at 19:10:46
fuh…macam2 orang nak buat duit…
h1n1 pun boleh gaks…
YusZ - 29 Aug 09 at 19:14:47
H1N1…same2 ler kita doa agar di jauhi wabak tu…
akazuma - 29 Aug 09 at 23:20:11
hehe. satu informasi yang bagus. bijak gak diorang ni wat benda camnih..
safar - 30 Aug 09 at 02:28:35
baca harakahdaily faham lah.lagipun ada ”bangsa” yang cuba sembunyikan hal sebenar.sepatutnya umat islam di Malaysia dan seluruh dunia terus memboikot produk belanda dan yahudi.tetapi iklan mereka sejak akhir-akhir ini banyak keluar.kononnya ada antibakteria.

mesej dari Dr.Anasufiza http://blogsafar.com/2009/08/mesej-daripada-dr-anasufiza-berkenaan-h1n1/
samdaddycool - 31 Aug 09 at 08:19:08
Harap-harap H1N1 ni dapat pulih dan lupus dari muka bumi ni. PPL H1N1 pun ada?? Kena tengok ni!
titan - 03 Sep 09 at 00:10:53
farah. ko nak sangat ke tu semua? gi la hospital. Mesti dapat punye. Silap aribulan leh makan dan tempat tido free lagi..

merahkatak. Kira dah reda sket la sekarang. Alhamdulillah..

zool. hehe. betul. betul. :)

cyza. Sape kata tak leh. Kita cuba aje. Dapat tak dapat, itu belakang cite..
titan - 03 Sep 09 at 00:12:52
Yus. Yap. Mudah-mudahan.. :)

akazuma. Betul.

safar. ehm..boikot jika kita mampu lakukan. Jika tak mampu, benci aje dalam hati..

samdaddycool. Ada. Aku dah join. Ntah berapa aku dapat pun aku tak tahu. Haha..promote je..
ainun - 29 Aug 11 at 19:46:17
boikot je apa yang mampu…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011