Rasa cam lama pulak tak tulis apa-apa kat blog ini. Tapi aku memang berniat untuk berehat seketika dalam minggu ini. Insya-Allah aku akan start menulis blog dan buat kerja macam biasa minggu depan. Serius, aku memang tak buat apa-apa sangat. Setakat cek akaun maybank dan paypal aje. Itupun sekali sehari. Cek email pun dah jarang dalam tempoh pantang ni. Terpaksa sebab aku memang nak berehat. Doktor pun kata suruh aku rehat. So, aku dah takleh mengada-ngada cam dulu. Kerja ikut suka hati aje. Haha..padan muka aku. Itulah, kerja bagai nak gila sampai awek pun tak sempat cari. Kan dah kene marah dengan nenek semalam. Haha..padan muka aku aku lagi..

Income? Masuk macam biasa. Takde masalah. Cuma income memang menurun sikit sebab aku tak run campaign, tak promote gila-gila dan memang tak buat kerja sangat. Ada jugaklah income affiliate masuk dan income dr program-program yg lain yang memang aku dah tunekan agar dapat income pasif. Setakat nih, alhamdulillah dan aku bersyukur seadanya. JIka dulu, aku memang takkan dapat merasa makan nasi semewah ni. Tapi kini, aku bersyukur sangat. Dah mampu makan nasi dengan lauk dan boleh belanja orang lain. Lain ceritanya bila kita dah ada duit sendiri. Dah boleh buat macam-macam berbanding kita disekolah dulu atau diuniversiti. Aku akui banyak benda yang aku suka buat memerlukan belanja yang banyak. Jadi, untuk penuhi hasrat aku itu, nak tak nak aku kena cari duit dan belajar cara untuk buat duit. Sebab itulah aku belajar macam-macam dan mencari duit melalui platform blog menjadi pilihan aku. Alhamdulillah, aku dapat apa yang aku hendak setelah belajar beberapa tahun ini. Benar kata orang, usaha dan doa itulah senjata untuk kita yang berjaya. Kalau dok diam, memang tak dapat apa-apa..
Ada orang dengki? Em, bagi aku itu semua normal. Apa bangsa pun sekali kita ataupun dari negara dan negeri manapun kita berada, orang akan dengki dengan kita. Even anak nabi Adam pun dengki dengan saudara sendiri apatah kita lagi. Aku tahu ramai yang memang ada sifat dengki mendengki ni hingga sampai menjatuhkan orang kita sendiri terutamanya orang Melayu. Tapi perlukah kita pergi sejauh tu? Tak salah berbincang tanpa perlu sampai mencarut dan menghina sesorang bukan? Tak perlu juga sampai menyamakan kita dengan orang yahudi, bukan? Apalah salahnya kita bersangka baik dan bertanya sejujurnya tanpa berkias perli, bukan? Tapi itulah budaya orang melayu dan sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana hendak menjadikannya ia kembali pulih. Sebab tu ekonomi negara kita bukan orang Melayu yang pegang. Tak perlu malu dengan hakikat tu. Tapi kita mula mengorak langkah dan susun strategi bagaimana hendak meningkatkan ekonomi kita, ekonomi melayu dan ekonomi negara Malaysia agar berdiri sama gagah dengan negara lain. Aku rasa kita boleh buat macam tu kan? Takkanlah tak boleh kot..
Korang kata aku merepek? Agaknyalah kot. Maklumlah, banyak sangat rehat kot. Ada orang kata kita cuma perlu rehat sehari dua sahaja. Tapi aku nak rehat lebih, tak salah kan? Aku dah penat dalam 2-3 bulan ini sebab buat kerja yang tak sepatutnya diwaktu badan aku sepatutnya perlukan rehat. Jadi, aku pun berehatlah. Jika dulu, ada teman disisi yang sanggup marah sebab kerja kuat sekarang. Sekarang, tak ada dah..
Ps: Bulan Ramadan merupakan bulan perpisahan antara aku dan dia. Bulan yang agak sedih dalam kehidupan aku sejak 5 tahun yang lepas. Aku akui ianya bulan yang penuh dengan warna-warni. Malah aku sangat yakin, bulan mulia ini bakal menjadi petunjuk untuk kegembiraan dan keamanan kepada kami. Mungkin ada petunjuk untuk kami berdua mengapa kami dipisahkan dan perlu berpisah. Mungkin..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan, Puasa dan Kelas TNX | Test Drive untuk Sistem Speed Adsense dibuka sekarang! »














aku rasa akuu pon ada sesuatu apabila mengingat mengenai ramadhan….
Clash?
Titan… ini dah kes berat. Takper… itu semua standard. Dan yang lebih best lagi, Ramadhan akan sentiasa membawa erto yang mendalam….
Aku pun dah mula menerima respons yang baik dari si ‘dia’.
Mungkin benar kata pujangga, ‘bunga’ bukan sekumtum….
apapun. Rehat la puas-puas.
mazuki. Setiap orang ada kisah dan kenangan tersendiri. Aku akui kenangan itu sedih. Tapi aku tahu kenangan itu yang membuatkan aku dan dia sentiasa saling mengingati antara satu sama lain.
fatin pauzi. Sebab itu aku menulis blog dengan harapan apa yang aku rasa, apa yang aku buat, apa yang aku mahu orang tahu dapat dikongsi bersama biarpun kadang-kadang aku cumalah mengarut. Haha..
rohaizad. Berpisah la. Dah lama kes nih. 5 tahun lepas. Ada segelintir antara readers dan pengomen kenal si ‘dia’ tu. Tak perlu aku mention nama sebab korang pun tak kenal. Sebab tu setiap kali ramadan, aku jarang gembira. Aku gembira pada hari raya. Haha..
akazuma. Si dia? Hehe..ko rasa ada beberapa orang? Yang pasti bukan seorang la..
taukey. hidup? apa?
fino. Biarlah. Eleh..sibuk aje. Ketuk kepala kang baru tahu..