Hari ini aku akan pulang ke Banting dengan black saga aku tu. Ada hal sikit untuk diuruskan dirumah dan aku mengambil peluang keemasan ini untuk berehat juga. Tulang belakang aku sakit sangat kebelakangan ini dan badan aku memang terasa sengal betul. Kena cari pakcik aku untuk mintak adjust apa yang patut. Urut apa yang patut. Jika tidak, aku tak tahu sampai bila aku kene tidur dilantai beralaskan karpet. Jika aku tidur ditilam empuk, memang badan aku rasa sakit sikit. Mungkin terlalu aktif bermain badminton barangkali. Kene pulak selalu keluar malam-malam hingga 2,3 pagi. Ya. Mungkin itu juga satu penyebabnya..

Tidak aku lupa untuk mengucapkan selamat menyambut ibadah Puasa. Aku tak pasti masa aku bayi dulu aku berpuasa atau tidak, tapi aku berharap agar Allah memberikan aku kekuatan untuk berpuasa penuh pada hari ini dan hari-hari yang akan datang. Berikan aku kekuatan untuk lulus dalam ujian ini dan tak kurang juga untuk melaksanakan projek puasa yang sedang bermain dalam kepala aku. Terus sahaja aku tulis sesuatu dinotepad aku agar idea yang baru datang in tidak hilang. Ya, harap ianya membuahkan hasil kerana combination ini pasti mampu membuahkan hasil jika kena caranya.

tnxaugustpayment 300x152 Titan, Puasa dan Kelas TNX


Maaf juga jika aku tak tulis artikel beberapa hari ini. Bukan sebab aku tak ada idea. Cuma aku terasa malas nak menulis beberapa hari ini ekoran terlalu sibuk dengan kerja aku yang lain. Macam biasalah, aku jenis beri tumpuan pada satu benda. Itu yang kadang-kadang income online aku tak berapa menentu 2-3 bulan ini kerana tumpuan aku lari sedikit. Tapi aku bersyukur aku masih mampu buat duit dengan blog dan diinternet. Dulu, memang cukup susah untuk aku cari 10 dollar, tapi alhamdulillah, sekarang aku takde alasan untuk tidak dapat jumlah sebanyak itu. Tips aku tidak banyak. Usaha, usaha dan usaha. Promosi, promosi dan promosi. Last sekali, kita berdoa dan tawakkal. Jika ada hasil, kita bersyukur. Sekali sekala nak tamak, bagi aku takde salahnya. Cuma jangan selalu sangat tamak. Kalau tak kene gaya dan tempat, memang merana. Jadi, berpada-padalah sket..

Tentang kelas TNX tu, aku perlahankan sikit untuk bulan ini. Sebab aku sendiri tak berapa pasti mampukah aku buat kelas dengan badan yang agak kurang sehat ni. Mungkin aku akan hadkan kepada 5-7 kelas sahaja untuk bulan ini. Tak larat plak rasanya sekarang. Belum lagi campur tekanan tempat kerja dan tekanan dari beberapa orang gadis yang lain. Fuhh, payah gak rupanya bila ada orang perempuan yang menarik hati kita. Payah juga hendak menjaga hati mereka. Payah juga nak jaga hati emak dan nenek. Yelah, yelah. Orang balik hari ni la nek. Nek tunggu aje. Petang nanti orang sampailah..

Tentang personal coaching versi YM. Akan aku pertimbangkan. Tapi aku tak tahu berapa harga yang aku nak letak untuk caj konsultan ni. Aku terpaksa mengenakan caj berikutan aku sendiri tak banyak masa hendak online. JIka hendak aku online dan hendak bertanyakan terlalu banyak benda dan macam-macam lagi seperti nak tanya pasal TNX, TLA, Bukisa, Adsense, tulis blog, cara nak setup blog, cara nak cari kerja, cara nak buat duit, cara nak kahwin, korang leh hubungi aku diruang contact diatas. Aku akan cuba sesuaikan waktu dengan korang. Caj? RM100.30 untuk 2 jam. Aku minta maaf. Secara jujur, aku tak ada masa betul. Nak update blog pun tak segagah dulu. Tapi insya-Allah, khidmat konsultan dan nasihat aku tu, akan aku sampaikan dengan sebaik mungkin dan sesuai dengan level korang. Aku tak pandai. Tapi mungkin ada sesuatu benda yang aku tahu lebih awal dari korang. Itu sahaja. Selebihnya, korang leh tahu sendiri. Kalau malas aje, leh cari aku. Boleh? Jadi, jangan pertikaikan kenapa aku caj RM100.30 tu. Sedangkan kelas TNX tu pun aku caj pada harga yang sama. Malah, para peserta dapat lebih dari apa yang sepatutnya. Jadi, sila jangan pertikaikan atau buat bunyi. Kalau nak buat bunyi, sila sediakan bukti yang kukuh sebelum aku counter kutuk korang pulak. Haha..jahat sungguh aku ini rupanya..

Ps: Aku rindukan dia. Tapi apakan daya, hanya kenangan sahaja yang aku ada. Aku tak tahu dia dimana sekarang. Tapi aku percaya aku dan dia akan bertemu satu hari nanti. Mungkin dalam keadaan dan masa yang berbeza. Mungkin juga apabila kedua-dua kami mengakui hakikat bahawa kedua-duanya memang masih mentah. Betul. Masih mentah.






Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 20 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 22 Aug 09 at 05:00:33
balik banting akhirnya. Haha..
rohaizad - 22 Aug 09 at 05:06:43
Aku cukup faham apa yang ko tulis dari mula sebab ko ngan aku memang cari duit dari blog.

Tapi part last “aku rindukan dia” tu memang tak boleh blah betul laahhh…
akazuma - 22 Aug 09 at 12:23:56
haha.bro..aku kenalkah budak “dia” tu?
samdaddycool - 22 Aug 09 at 18:59:27
Alhamdulillah.. kawan aku dah sampai seru… (tengah angau, bak kata mak aku.. :P )
cyza - 22 Aug 09 at 19:14:18
hmmm rindu tu macam rindu bayangan ke? macam Adam rindu kan Nur kasih….hehe
fino - 22 Aug 09 at 20:52:08
betul tu samdaddycool. Dah sampai seru. Cam nur dengan adam plak. Haha..
abdfatah - 22 Aug 09 at 21:40:22
oooooooo… ko tengah angau nampaknya. rindu rinduan daaaa…
safar - 23 Aug 09 at 01:29:19
teringatkan awek….huhuhu sabarlah.nanti jumpa juga.
sabah-2u - 23 Aug 09 at 14:05:17
oh.. aku pun nk ikut jglah. :)
afzaiafandi - 23 Aug 09 at 14:19:35
banyak blogger yang dah lama berblog menghadapi saat seperti ngko…bila sampai masa ditambah dengan kerja2 personal yang banyak…dunia blogging diabaikan buat seketika..termasuklah aku
farahaznil - 24 Aug 09 at 01:27:52
hi hi hi..paah si titan nmpk gayanya lps jmpa si dia yg membawa kenangan tu..ekekeke..apa2 pun slmt berpuasa!!
Rafhz - 25 Aug 09 at 08:50:55
hoho.. jauh berangan nmpk..
zool - 25 Aug 09 at 16:29:45
Wah ada kelas konsultan ym ek..
Baguslah tu..
Mungkin satu hari aku akan buat gak.. Bila dah pakar cam ko
mazuki selangor2u - 26 Aug 09 at 12:24:28
nak tanya 1 soalan..TNX ni pentingkan PR atau pentingkan traffik???

harap ko sudi menjawab..hehe
titan - 28 Aug 09 at 07:37:22
merah. dah nak balik jerantut dah nih..

rohaizad. hehe..memang la. kita dah satu aliran. Nak buat macam mana kan? kan? Part tu? Ler..apsal plak tak bleh blah. Haha..

akazuma. Kenal. :)

samdaddycool. Bukan angau. Tapi cuma memikirkan kata-kata nenek aku aje. Ada juga kebenarannya..
titan - 28 Aug 09 at 07:40:32
cyza. kalaulah aku cam adam dengan nur. Aku takdehal. Green light punya. Nur pun dah bagi green light. Haa..jalanlah. APa lagi..

fino. Mudah-mudahan..

fatah. Tak la. Cuma saling mengingati antara satu sama lain. Tak salah bukan??

safar. Memang akan terjumpa. BIla dan kat mana. Itu je kita tak tahu. Haha..
titan - 28 Aug 09 at 07:44:45
sabah-2u. nak ikut gi mana?

farahaznil. Yap. Selamat berpuasa. :)

rafhz. Mungkin. Tapi takdelah ingatkan ko. Haha..

zool. takdelah. Itu pun aku buat sebab ada yang mintak. Kalau tak, malas aku. Cuma dulu aku dah berniat, kalau ada orang cari aku mintak tolong, akan aku usahakan juga jika aku mampu. Tak mampu, aku katakan aku tak mampu..

mazuki. TNX? sebenarnya banyak aspek. Kalau ada PR memang lagi bagus sebab advertiser memang akan cari ko punya. Kalau takde PR, alexa, trafik, kekerapan update blog dan kualiti blog yang akan diambil kira. So, kene pandai main kat sini la..
Rafhz - 28 Aug 09 at 08:29:44
ye la tuh ingtkn aku.. x de nyer mcm tuh hehe…
titan - 28 Aug 09 at 10:04:10
hek eleh..tu pun nak jeles. mesej aku pun malas. apa lagi kalau call. kata nak jumpa aku. bilanya? takkan time puasa nih..
ainun - 29 Aug 11 at 19:48:21
wah…ada kelas rupanya…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011