Tak banyak yang hendak aku suarakan. Mungkin minggu ini aku agak senyap dan tak banyak yang hendak diceritakan termasuklah kekangan masa yang memang sukar untuk aku khabarkan pada korang semua yang setia membaca blog ini. Terima kasih kerana kekal membaca sehingga ke hari ini sejak aku mula menulis blog ini. Niat aku cuma satu. Andai kata aku dapat 1 dollar dari program diinternet, aku tekad untuk mengkhabarkan diblog ini. Tak kesahlah sikit atau banyak. Aku akan kongsikan dan akhirnya sudah masuk tahun ketiga rasanya dan aku masih hidup serta gagah untuk terus menulis blog ini.
Minggu ini aku sibuk main Facebook dan membuat beberapa akaun facebook untuk projek speed Adsense aku tuh. Dan dalam masa yang sama aku study tentang YSM dan beberapa PPC yang sesuai dengan Speed Adsense ini. Mungkin gabungan ini akan membantu aku dengan lebih berjaya dan aku sudah create 2 lagi akaun adsense. Satu dah lulus dan satu lagi tengah tunggu nak diluluskan. Kalau dah lulus, ini bermaksud aku akan ada beberapa adsense yang boleh dijadikan korban. Haha..ya. Mana tahu kene tendang oleh team adsense. Siapa tahu, kan? Kita mencuba. Yang lain terserah kepada mereka-mereka yang berkenaan..
Dua tiga hari ini aku sibuk layan cerita Nur Kasih kat Youtube. Tak larat aku nak tengok kat tv. Member-member tempat kerja aku terutamanya orang perempuan, semua layan cerita ini termasuklah mak aku sendiri. Tak habis-habis cerita nih. Si Cyza pun layang gak cerita ni walaupun tengah dok bercuti kat Sabah. Ini yang membuatkan aku terpaksa stay up malam ini untuk layan cerita Nur Kasih ini. Nanti review drama Nur Kasih ini daripad aaku nanti selepas drama ini tamat. Aku boleh katakan sudah banyak drama yang berkualiti wujud di TV3 sekarang termasuklah cerita Nur Kasih ini. Bagi aku sedikit sebanyak cerita ini ada terkesan sikit dalam hidup aku. Fuuhh, aku tak ingat aku kene rotan dengan abah aku dulu sebab miss satu hari mengaji. Itu belum lagi kalau tak solat. Menangis tanpa suaralah jawabnya kalau abah aku melibas sehinggakan sampai satu hari, aku dengan adik aku pakai nyorok rotan. Kene pulak abah aku beli rotan baru. Tapi aku dengan adik aku nyorok gak sampailah dekat 10 bijik rotan kitaorang nyorokkan sampai la ke hari ini. Rotan tu? Ntah mana pergi aku pun tak tahu..
Minggu ni takde lagi aktiviti menawan Taman Negara atau Lata. Aku agak kepenatan sikit. Lagi-lagi minggu depan kita dah mula berpuasa. Sebulan lepas tu, kita akan berhari raya pulak. Lepas tu, dah nak hujung tahun. Kemudian dah nak dapat bonus akhir tahun. Dan akan masuk tahun 2010. Sudahkah semua misi dan impian untuk tahun 2009 ini akan tercapai? Kereta dah beli, motor dah habis bayar, kamera baru dah angkat, HP sony masih elok lagi. Tak perlu lagi angkat iPhone dan lain-lain. Sebahagian dah tercapai dan hutang PTPTN aku dijangkakan akan tepat tamat hujung tahun ini. Alhamdulillah, hasil usaha membayar setelah dua tahun. Bukan aku taknak bayar terus, tapi aku suka bayar sikit-sikit. Kang tak pasal-pasal orang PTPTN tanya aku camana aku leh bayar sekaligus. Apa kerja aku buat dan macam-macam soalan lagi. Aku dah jenuh bila orang tanya soalan pelik-pelik tentang pekerjaan aku atau aktiviti malam aku. Jadi, jangan tanya pasal 2 benda ni. Memang aku takkan jawab. Haha..
Ps: Lambat plak streamyx hari ini. Tak tahu kenapa..ke modem yang wat hal?? Selama seminggu, aku jumpa seseorang yang dah lama aku lupakan. Dia mungkin sudah agak siapakah aku. Tapi aku menidakkan. Kenangan lama membuatkan aku merahsiakan identiti aku. Salahkah berbuat demikian? Wehh..salah ke??
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Trend Buat Duit di Malaysia Tahun 2009 | Titan, Puasa dan Kelas TNX »


























titan tahun ni kalau aku buat pertandingan kat blog ko aku harap ko sudi join yea.. hehehe
syarikat.enterprise pun boleh.
PS: selamat berpuasa Titan hijau.
faeiz. Ntah. Tu kene tanya dia..
safar. Hehe..tau takpe. Titaniumhijau la. Bukan Titan hijau..
merahkatak. aah. Harap2 cukup puasa sebulan tahun nih..
samdaddycool. Cicakman? Hehe..tol gak tuh..
Ko apahal? Lama tak contact aku. Sms pun malas. Si bob pun sama. Time susah, baru nak cari aku ek.. benda apa yang wat ko sakit kali nih haa???
Nadiah Karim..banyak. Kenapa? Nak terlibat sama dalam kenangan? Hehe..
Aku layan Nurkasih pun sebab teman bini aku tengok…huhu..
apapun, cerita nurkasih memang besh!
daftar Adsense dekat negara Amerika.
mesti banyak fungsi seperti Youtube Adsense.hebatkan…..
mahershpr3. benda nih wehhh???
rafhz. aku tak sibuk. Malas aje nak tekan button kat hp aku nih aje..
pape pun, selamat berpose sumer….
p/s: gmbr seminar dh upload kt forum, xnk ltk ke kt blog? kekeke…
gambar? Hehe..biarlah. Tak banyak pun gambar aku kat dalam tu..
farahaznil. Berapa banyak? Banyak. Tapi ko takde la dalam kenangan aku tu. Sori sangat-sangat. Haha..