• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Edisi Siasat: Trend Buat Duit di Malaysia Tahun 2009

August 11, 2009 3:45 am / 22 Comments / admin

Hari ini kita nak bercerita tentang trend yang dah berlaku kat Malaysia. Trend apa? Trend buat duit dan juga perniagaan internet di Malaysia. Mesti korang pelik kenapa aku nak bercerita tentang benda macam ini. Baik aku buat edisi siasat dan macam-macam lagi benda lain kan? Tidak pun ulas produk-produk member yang lain atau promosikan apa yang patut. Memanglah, cuma aku rasa terpanggil untuk bercerita dan badan aku masih sengal setelah pulang dari seminar Speed Adsense. Jadi, biarlah aku menulis sesuatu yang agak berat tapi dalam versi yang agak santai. Korang boleh terima kan?

Ok. Jika kita perasan, ada pelbagai cara untuk buat duit tak kiralah sama ada di internet ataupun cara lama seperti berniaga dikedai atau menyertai MLM.  Dan semuanya berputar setiap tahun dan aku akui aku sendiri mengikut trend tersebut. JIka korang perasan pada penghujung tahun lepas, program dan syarikat yang menggunakan MLM atau menggunakan sistem MLM, sistem trading dan binary muncul seperti Buluhmas dan Asia Ceramic. Kesudahannya, kene gantung tak bertali dengan BNM. Sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya. Kemudian, kemunculan Vemma mencanakkan lagi dunia MLM kerana Vemma merupakan MLM versi online. Ramai orang kita yang berjaya dengan Vemma seperti member aku iaitu Din Beramboi yang menjadikan Vemma sebagai pekerjaan utama. Kemudian yang terkini tentang MLM adalah GDI yang dipromote dengan ganas oleh saudara Abg_X sehingga aku sendiri menyertainya. Haha..

Selepas kemunculan Buluhmas dan Ceramic, Clickbank menyerang. Jika kita perasan pada awal tahun 2009, begitu banyak produk clickbank yang bersepah muncul. Tak kiralah produk atau ebook itu dikeluarkan oleh otai, petai, newbie, IM, blogger, kebanyakkany orang akan terpengaruh untuk mendapatkan produk tersebut dan akan membeli produk tersebut. Pendek cerita, clickbank popular dimata rakyat Malaysia dan berita baiknya adalah orang kita mula mengenal apa itu Clickbank dan tahu cara untuk buat duit dengan Clickbank kerana sudah ramai orang kita yang mampu bercerita tentang Clickbank dengan baik.

Ketika inilah E-bay menyelit dan kemunculan Noorizam, Riduan, Mansurbiz, Sifu-Lan dan beberapa orang lain semakin menyemarakan dunia E-bay ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan Tanah Sabah Sarawak. Aku tak sangka momentum E-bay membuatkan ramai orang kita terkesan dan berjaya menyebabkan ramai orang bertukar menjadi pemain E-bay yang hebat. Ramai pemain E-bay yang baru memecahkan kebuntuan dan berjaya buat duit dengan E-bay dengan pendapatan yang lumayan. Tak kurang juga yang jadi Power Seller. Tahniah aku ucapkan pada korang dan aku harap trend E-bay akan kekal setiap bulan.

Kemudian, program-program CPA pula semakin dicari oleh orang kita dan IM tegar. Ramai otai-petai CPA (Cost Per Action) atau PPL (Pay Per Lead) yang berjaya mendapat income yang lumayan dengan CPA mengeluarkan produk masing-masing. Jika korang perasan tentang trend buat duit yang melanda rakyat negara kita, bila ada ebook sebegini muncul, makin banyak produk dan ebook akan terhasil. Sekaligus memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan cara yang baru. Bagi golongan Blogger dan IM, CPA memang merupakan syurga pendapatan bagi mereka. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka tahu cara untuk membuat duit dari program CPA seperti Affiliatier, Affiliatebot, Clickbank, CJ, Shareasale, Max Bounty dan macam-macam lagi. Senang cerita, ramai orang boleh buat duit dah dengan program CPA. Bukankah ini satu perkembangan yang bagus?

Dalam masa yang sama, trend berkembang dengan kemunculan banyak produk berdasarkan informasi. Maksudnya, ramai orang yang berjaya menjadikan produk informasi dalam bentuk ebook sebagai produk killer mereka. Contoh terbaik adalah Ebook Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh saudara Jamal. Memang betul-betul meletup dan mendapat liputan meluas di internet. Tapi tak tahulah jika ebook tersebut dapat dbukukan. JIka dapat dibukukan, mesti lagi meletup sebab buku-buku motivasi atau perniagaan memang tak pernah keluar niche buku sedemikian. Untuk pengetahuan korang, trend produk informasi memang kekal ada setiap bulan. Ini bermaksud produk ini hidup sepanjang tahun dan jika korang bijak, memang boleh buat duit melalui niche yang berbeza seperti produk informasi, produk seks dan produk kesihatan. Jika pandai menulis dan mengolah dalam bentuk tulisan dan dibukukan dalam bentuk ebook, aku percaya duit memang boleh mengalir ke poket masing-masing..

Ok. Apa trend seterusnya? Blogging. Yap. Blogging ataupun buat duit melalui Blog. Bagaimana dengan menulis blog kita boleh menjana pendapatan diinternet? Fenomena blogging ini semakin menjadi-jadi bila Saudara Rohaizad membuat Seminar dan Personal Coaching tentang Blog dan juga Saudari Catzer yang membuat bengkel untuk wordpress dan blog. Dua benda ini sekaligus meriangkan lagi arena blogging di Malaysia walaupun kita semua tahu blogging memang dah sebati kepada rakyat Malaysia sejak 2-3 tahun ini. Cuma tahun 2009 ini menjadikan dunia blogging begitu dekat dihati kita. Betul atau tidak, itu aku tak pasti. Tapi itulah hakikat yang  kita kena terima. Blogging menjadi trend yang memang takkan putus sepanjang zaman dan aku sendiri berada dalam trend ini sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah, memang boleh buat duit dan boleh hidup dengan duit blogging.

Dan trend terbaru adalah Adsense. Jika nak cakap, adsense ni memang dari 6 tahun lepas lagi ramai orang dah tahu dan setiap tahun akan wujud trend adsense ni. Kejap naik, kejap turun dan aku akui trend adsense memang menjadi topik utama setiap tahun dan trend terkini adalah Trend Speed Adsense. Ramai yang bercakap tentang benda ini dan sampailah wujudnya Seminar Speed Adsense yang aku sertai tempoh hari. Jadi, aku harap lepas ini semakin ramai orang kita yang dapat terima cek adsense yang kaler hijau tu setiap bulan dan tak kurang juga ramai orang akan cuba buat duit dengan adsense selepas ini..

Ps: Aku rasa ada juga program dan cara buat duit yang aku tertinggal. Tapi tak larat aku nak ulas semua tapi aku rasa inilah trend yang aku perasan dan aku akui ianya akan berulang setiap tahun. Cuma kita kena tahu, sejarah memang berulang dan akan tetap berulang..

Related Posts

  • Edisi Siasat: Buat Duit dengan Asia Ceramic MarketingEdisi Siasat: Buat Duit dengan Asia Ceramic Marketing
  • Titan, Banting dan JerantutTitan, Banting dan Jerantut
  • Salah Siapa?Salah Siapa?
  • 9 Program Buat Duit dengan Blog9 Program Buat Duit dengan Blog
  • Edisi Siasat: Buat Duit dengan Speed AdsenseEdisi Siasat: Buat Duit dengan Speed Adsense
  • Titan, Lapar dan Mangga Titan, Lapar dan Mangga
Posted in: 13 cara pendapatan internet, 3 month blogging test, adsense, adsense alternative, adsense cheque, Asia Ceramic Marketing, banting life, bengkel wordpress, blog buat duit, blogging, Buat Duit, buat duit dengan blog, buluhmas, cari duit, cek buluhmas, edisi siasat, file panas, foto panas, news, recommend, review, Speed Adsense / Tagged: Asia Ceramic Marketing, asia ceramic marketing review, buat duit dengan adsense, buat duit dengan asia ceramic, buat duit dengan blog, buat duit dengan buluhmas, buat duit dengan ceramic, buat duit dengan clickbank, buat duit dengan E-bay, buat duit dengan GDI, buat duit dengan shareasale, buat duit dengan speed adsense, buluhmas review, buluhmas update, cek adsense, clickbank, duit blogging, ebook kerja kerajaan, GDI, how to speed your adsense income, jamal kerja kerajaan, make money blogging, make money with adsense, make money with GDI, nak apply kerja kerajaan, noorizamshah, pemain E-bay, produk informasi, produk seks, rohaizad, seminar speed adsense, shareasale cheque, sifu-lan, trend adsense

22 Thoughts on “Edisi Siasat: Trend Buat Duit di Malaysia Tahun 2009”

  1. merahkatak on August 11, 2009 at 4:09 am said:

    macam-macam cara nak buat duit. Cuma kita nak atau tak nak aje. Fuhh..dah kira macam trend pulak.

    Reply↓
  2. Mike Harmon on August 11, 2009 at 4:31 am said:

    A friend of mine just emailed me one of your articles from a while back. I read that one a few more. Really enjoy your blog. Thanks

    Reply↓
  3. KampungBoy on August 11, 2009 at 4:52 am said:

    patutla abg X, senyap aja sekarang
    dok goyang kaki depan PC
    haha….ramai gak yang join

    Reply↓
  4. mummyZuan on August 11, 2009 at 10:01 am said:

    hi brother titan….ni actually nak tanya,last time saya beli VCC untuk paypal account saya. alih alih, akaun saya tu kena bar, dia nak statement credit card yang terbaru..nak buat camna tu brother. kot kot brother tau nak solve.duit kat dalam akaun tu dah banyak…tak ble pla nak kuar kan.. huhu…

    Reply↓
  5. mazuki selangor2u on August 11, 2009 at 7:33 pm said:

    yang kena jaga-jaga ialah orang yang baru nak buat duit dengan blog ini…sebab dalam kemeriahan trend2 yg ko cakapkan ni..ramai pulak cuba nak amek peluang nak buat coaching2 yg xbekualiti ;)

    Reply↓
  6. nuaeman on August 11, 2009 at 11:21 pm said:

    Mungkin nanti akan keluar produk teknik buat duit dengan seminar sebab skrg pun dah banyak seminar aku tgk..

    Reply↓
  7. abdfatah on August 11, 2009 at 11:46 pm said:

    mummyzuan, jual aje fund paypal kpd titan sure die beli punya…

    Reply↓
  8. safar on August 12, 2009 at 7:40 am said:

    Banyaknya cara buat duit.cara Titan bagaimana.earncent pun sudah cukup untuk buat duit dekat internet.

    Reply↓
  9. riku on August 12, 2009 at 11:49 am said:

    ehm..ada trend rupanya benda nie.. :)

    Reply↓
  10. emme on August 12, 2009 at 5:53 pm said:

    :) Buat masa ni aku layan ebay je la, nak layan semua memang tak larat!! Seriau aku bila fikir buat duit kat internet ni. Byk sangat methodnya, sampai mamai. Baik aku fokus satu je dulu. Orang tamak selalu rugikan? :lol:

    Ebay pun tak kurang bestnya, yang penting tau caranya dan fokus. Sama juga dengan perkara lain.

    Reply↓
  11. MyDailyBlog.Info on August 14, 2009 at 3:03 am said:

    yea btul, ckp nuaeman tue,lepas nie mungkin akan keluar ebook cam ner nak buat seminar plak :)

    Reply↓
  12. farahaznil on August 14, 2009 at 6:00 am said:

    ebay pun rmi gak yg join..tapi yang pastinya nak buat duit melalui internet pun bukannya senang..makan masa…jgn smpi terpedaya dah le…

    p/s – tan..byk duit ko nmpk..bila nak mskan duit raya ni??hi hi hi

    Reply↓
  13. Faeiz on August 16, 2009 at 11:49 pm said:

    Pergh, boleh tahan lengkap entri Titan pasal perjalanan buat duit internet.
    Pasal buat duit dari Ebay tu aku setuju,sebab aku sendiri dah terjebak. miahaha.

    Reply↓
  14. samdaddycool on August 17, 2009 at 3:40 am said:

    … siapa kata buat duit kat internet itu tipu / haram? banyak cara dan kaedah. Orang yang kurang peka sahaja tak ambil peluang. Yang penting, fokus, fokus, fokus dan jangan hilang tumpuan, jangan menggelabah bila tau ada lagi program buat duit yang lain. Ingat.. fokus!

    Reply↓
  15. titan on August 17, 2009 at 3:46 am said:

    merahkatak. Betul. Semuanya bergantung pada kita. Kita mahu. Kita buat. Tak mahu. dok diam-diam..

    Mike. You can come back anytime you want.

    Kampungboy. Abg_x senyap? Ko tak dapat email dia? hari-hari aku dapat email dia. Hehe..

    Mummy. Bagi aje apa yang paypal mintak. Bagi maklumat dan salinan yang depa nak kecuali salinan kad kredit. Sebab u pakai vcc kan? Mustahil kita ada salinan vcc..

    Reply↓
  16. ejay on August 18, 2009 at 6:40 am said:

    Hi.. :) I hav added ur link.. :) Please add me too.. Thanks.. tc.. :)

    Reply↓
  17. titan on August 18, 2009 at 9:54 am said:

    I will. Soon. :)

    Reply↓
  18. fino on August 18, 2009 at 11:41 am said:

    macam-macam trend ada rupanya..

    Reply↓
  19. farahaznil on August 24, 2009 at 1:32 am said:

    hoho..sam..ko marah kat aku ke??hi hi hi =p

    Reply↓
  20. titan on August 28, 2009 at 7:54 am said:

    fino. memang macam-macam ada. :)

    farah. Tak marah. Dia sayang ko. haha..

    Reply↓
  21. animeboon on September 15, 2009 at 2:07 pm said:

    trend ni memang akan berulang setiap tahun sebab nak tak nak, itu juga cara nak buat duit. Harap-harap benda ni berkembang di malaysia dengan sehat.

    Reply↓
  22. ainun on August 29, 2011 at 7:49 pm said:

    sekarang sgt byk buat duit di tenet

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.

Recent Comments

  • kakiblog on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • sensasi2020 on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • sensasi2020 on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Izzuddin Fauzi on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Norfanil on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress