Secara jujurnya, aku baru aje sampai Jerantut 2-3 jam yang lepas. Tapi aku layan dulu satu novel yang aku tak habis baca dalam bas tadi, kemudian makan maggi sikit dan air suam sebelum aku menulis update tentang Seminar Speed Adsense yang telah aku hadiri dalam 2 hari ini.

Agak kecewa sebab aku terlepas 2 sessi pada hari ahad ini kerana aku terpaksa bergegas pulang ke Jerantut kerana ada hal yang tidak dapat aku pandang rendah kerana memerlukan urusan teknikal dengan kadar yang segera. Sepatutnya aku kene balik hari sabtu, tapi aku cuba lari sekejap dari urusan tersebut dan tunda ke hari ahad.

Pendek cerita, aku gembira kerana aku menghadiri seminar ini. Aku ingatkan nak senyap-senyap aje dalam seminar ni. Tapi sekali kene pulak sessi taaruf. Nak tak nak, memang aku tak boleh lari dan akhirnya kantoi juga identiti yang sudah hampir 5-6 tahun aku sembunyikan daripada member-member online aku. Itulah aku. Biasa sahaja. Manusia biasa. Bukan haiwan atau unggas hutan. Darah yang masih merah dan rambut yang kekal hitam. Masih boleh melihat dan mampu berjalan. Masih boleh lagi menulis blog dan mencar i duit diinternet. Masih lagi berupaya dan memaksa badan yang selalu sakit dan senggal ini untuk bekerja mencari sesuap nasi dan masih cuba tak mengecewakan mak abah dan nenek aku. Ya. Itulah titan. Kenal dah kan sekarang? Tapi kepada sesiapa yang tak sempat borak tu, aku mintak maaf. Aku ni memang pemalu. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi berborak dengan aku..

Akhirnya berjumpa dan berborakjuga aku dengan Syed Ikhwan, Abu Hanis, Ridzuan Richie, Dilemma, Labananon, Hilmi, Afzai, Abooain, Alang, BMW_7series, Sham, Kak Salmi dan mereka-mereka yang baru aku kenal. Sejujurnya aku masih baru dengan mereka dan semuanya ramah-ramah belaka. Kepada yang aku kurang kenal dan baru kenal, maafkan aku diatas kekurangan dan sifat malu aku. Kat blog dan forum aje ganas, kat seminar, cam budak aje. Semua pakai baju lawa-lawa..aku aje pakai baju macam nak pergi main futsal. Selipar jepun lagi tu. Haha..nak buat macam mana, aku pun rush dari Jerantut. Tak sempat nak cari selipar atau sandal yang lawa-lawa walaupun aku pergi kerja setiap pakai kasut dan bertali leher. Tapi aku pedulik apa walaupun hotel Armada tu dengarnya taraf 4 bintang. Tapi bagi makanan yang disediakan, aku bagi 5 bintang. Memang puas aku melantak dalam 2 hari ini. HInggakan waktu aku nak balik, sempat aku bedal rojak buah sekejap.

Tentang apa yang aku dapat dari Seminar Speed Adsense ini, pastinya ILMU yang aku mahu. Aku tak nafikan dan banyak juga ilmu yang aku ketahui. Walaupun kebanyakan penerangan tu aku dah tahu dan faham, aku akui masih ada trik-trik dan tips yang aku tidak tahu. Cis, banyak lagi rupanya aku tak tahu. Haha! Sedikit sebanyak ini membantu aku memahami dengan lebih baik terutamanya dalam SEO dan YSM. Penerangan dari Saudara Fuad tentang SEO, Saudara Yusri tentang landing page, saudara Abu Hanis tentang YSM, Hafreeze tentang Meta Marketing dan pengenalan Adsense dari Syed Ikhwan sudah cukup bagi aku untuk menangkap apa yang diperlukan untuk sistem Speed Adsense ini. Jadi, aku yakin aku juga boleh buat sistem ini. Cuma kene tambah keberanian untuk melaksanakan dan tumpuan atau fokus yang tinggi. Sejujurnya, aku masih tak puas hati sebab aku tertinggal 1 slot dari Ridzuan Richie, tapi dari cakap-cakap bahsa dengannya, aku dapat tangkap apa yang diperlukan dalam Facebook dan Speed Adsense. Insya-Allah, ilmu ini akan aku praktikkan dalam tahun ini juga.

Sayangnya, aku tak bawa kamera. Jadi takde gambar langsung yang berjaya aku shoot. Aku hanya menunggu gambar-gambar dari member-member lain yang dapat kami kongsikan bersama nanti. Tunggu sahaja aku update gambar masa kat Seminar nanti jika aku berjaya curik gambar tersebut. Harap ihsan dari Team SA ajelah. Itupun kalau depa bagi. Haha..

Dan aku tersenyum simpul didalam hati. Rupa-rupanya, ada orang mengenali si Titan dan Blog Earncent.com. Terharu pun ada apabila ada yang bertanya ” Ini Abang Titan ker?” atau “Ini Titan kan?”,  ”Awak Titan kan” Boleh mintak YM? Boleh mintak alamat email?” Dan macam-macam lagi pertanyaan yang membuatkan aku rasa aku tak buang masa selama 5-6 tahun diinternet ini. Tapi seorang pun tak tanya, ini “ahmad faizal ker?” Nama Titan juga depa sebut. Haha..tak apa. Sekurang-kurangnya, aku berjaya membuatkan ramai orang mengenali Titan dan Blog Earncent.com. Tak kurang juga aku berjaya mempromosikan Banting, Universiti Malaysia Sabah dan Jerantut. Tak kurang juga aku tersenyum simpul apabila mempromosikan pekerjaan Geologist, Pakar Kajibumi dan juga Guru. Jika korang perasan, itulah keyword-keyword panas yang datang ke blog aku selain MMO, Buat Duit dan Edisi Siasat yang aku lakukan dari dulu sehingga sekarang. Dan dari situlah nama TItan dikenali di Malaysia.  Seminar Speed Adsense ini benar-benar memberikan aku kepuasan dan mencapai beberapa target. Insya-Allah, aku akan cuba buat sesuatu untuk memastikan target baru aku mencapai sasarannya..

Ps: Serius. Aku rindukan seseorang ketika dalam bas tadi. Insan yang dah lama pergi. Dan memang takkan kembali. Kenapa? Sebab dia dah meninggal dunia. Insan yang pernah aku cintai sepenuh hati dan memang susah nak cari ganti. Entahlah, nape boleh terfikir pasal dia plak tadi..dan benda-benda ni semua menyebabkan aku rindukan kembali gadis-gadis yang pernah jatuh cinta dengan aku dan “Titan”. Haii..

Pss: Sungguh. Aku single lagi. Tak tahu kenapa. Haha..hape aku merepek nie..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
mazuki selangor2u - 09 Aug 09 at 19:17:05
dilemma pon pegi upenya….erm…ni terasa aku nak join jugak ni…
merahkatak - 09 Aug 09 at 23:43:08
hoho…banyak happy punya hati nampak. :)
cyza - 10 Aug 09 at 00:26:32
part yang last tu aku tak tahan….rindu…rindu…uhuk uhuk..
sham - 10 Aug 09 at 00:28:13
titan gue ingatkan lu ganas orgnya…tapi memang ganaz gak lah…time dinner ada soalan, sapa nak jadi jutawan sila angkat tangan..lu siap nak angkat kaki…hohohoho..ganazzz
cyza - 10 Aug 09 at 00:38:25
Hmmm jangan lupa pulak post gambar bila ada…teringin nak tgk….
akazuma - 10 Aug 09 at 01:14:50
cakap dengan aku wehh. Siapa yang ko rindu tuh..kang ada orang amok kang aku tak tauu. Haha..
Fatin Pauzi - 10 Aug 09 at 03:38:50
Aik, ari tu dah angau?
kak salmi - 10 Aug 09 at 05:56:58
kau memang kuat makan la titan…sampai 3 round …
videono - 10 Aug 09 at 11:42:27
hoho..titan kuat makan rupanya..mesti gomok nih.. :D
samdaddycool - 10 Aug 09 at 17:03:06
… aku baca entry ni, semua best! tapi bak kata Cyza, part last tu yang tak bley tahan maaa…
fathuri - 11 Aug 09 at 02:26:26
Assalamualaikum titan. Salam perkenalan dari saya. Seronok singgah blog ni. Banyak yang dapat di pelajari. Salam Ramadhan..
Afzai Afandi - 11 Aug 09 at 10:32:48
Sembang ngan ngko itu hari pun kejap2 jer…. :)

karakter ngko kat blog ngan kat seminar memang berbeda..ala2 pemalu kucing sikit aku tengok ngko..heheheh
safar - 11 Aug 09 at 13:46:46
Titan ni cuba pula pakai topeng.bukan topeng h1n1.
Abu Hanis - 12 Aug 09 at 00:12:03
Assalamu’alaikum…

Titan… biasalah tu kadang2 ilham/idea bila kita duduk sorang2 dtg lebih byk daripada bila beramai2…

hmmm… boleh tahan panjang juga post ini ye… memang tak sam dgn karakter di seminar hari tu ni he he he…

Selamat Maju Jaya
riku - 12 Aug 09 at 11:52:54
haha..nak tengok gambarnya..
NaDiaH KaRiM - 13 Aug 09 at 20:15:36
Hehe…1st of all, titan, selamat berkenalan….walaupun duk bersebelahan wktu 2nd day, still lagi x smpt nak snap gmbr die ni satu…tgk2 ptg tu dh balik…frust gak la x dpt amik gmbr ngn Titan….wahaha…jgn mare ek aweks2 titan… :D

tp betul la k.salmi ckp, syok gler tgk die baham rojak buah…2 hari berturut2…hehe..

Titan, kalau nak tgk gmbr2 seminar yg lain leh add fb sy ade sy letak 10-20 keping kt sana…huhu
MyDailyBlog.Info - 14 Aug 09 at 03:10:05
memori silam kembali mengamit nampak :)
farahaznil - 14 Aug 09 at 11:19:37
alah titan..aku ada..aku pun single juga…ekekekeke

wah…mesti best kat sana..huhuhuhu..tapi kan klu aku join gak hr tu…aku dah boleh kenal dah mana satu titan..ekekeke..titan2..lg 1…klu aku pg juga hr tu..aku akan tanya mcm ni..

“ni ke anak pok cik abi setama 2??alah..apa namanya..si faizal tak silap aku??alah yg cute2 tu..”hi hi hi hi..
zool - 15 Aug 09 at 14:07:54
Wah Puan Salmi pun dtg situ..
Memang meletuplah pendapatan dia lepas ni,,

Hm.. bestnya.. tapi apakan daya tak mampu nak ke seminar tu…
Titan, Dia dan Kenangan | EarnCent.com - 16 Aug 09 at 16:31:47
[…] Adsense aku tuh. Dan dalam masa yang sama aku study tentang YSM dan beberapa PPC yang sesuai dengan Speed Adsense ini. Mungkin gabungan ini akan membantu aku dengan lebih berjaya dan aku sudah create 2 lagi akaun […]
Faeiz - 16 Aug 09 at 23:53:58
Sapa jadi peneman abg titan yang kesunyian lepas ni? Cepat2 apply,dia nak beli rumah dah tu. ngeh2.
titan - 19 Aug 09 at 16:23:24
mazuki. Aah. Dilemma datang. Bersemangat dia waktu tuh. Haha..

merahkatak. Memang la happy wehhh…

cyza. Salahka main rindu-rindu? Hehe..

sham. Kalau lah anggota badan lain boleh diangkat. Akan aku cuba angkat. Apakan daya, cuma kaki dan tangan aje maa..
titan - 19 Aug 09 at 16:34:33
cyza. takde gambar la. aku malas nak upload la plak..

akazuma. sapa la yang nak amok dengan aku nih? kalau ada bagus jugak..

fatin pauzi. Ala..sekali sekala angau lagi. Bukan selalu pun..

Kak Salmi. Eleh..kata orang. Dia pun apa kurangnya..

samdaddycool. Apa yang tak bleh tahan plak nih whehhh..

videono. Mana ada gemok. Biasa-biasa aje. BMI pun ok apa.. :)
titan - 19 Aug 09 at 16:44:38
Fathuri. Salam rejab dan ramadan. Mudah-mudahan cukup puasa kita tahun nih. Hehe..

Afzai. Serius. Badan aku sakit masa tu. Jadi, malas la aku nak ganas-ganas. BIasa-biasa sudah la..

Abu hanis. Betul. Nabi kita pun berkhalwat kat gua hira’ sendirian juga. Kalau nabi boleh, takkan kita tak boleh. Hehe..

riku. Gambar apa yg nak ditengok??
ainun - 29 Aug 11 at 19:50:19
speedadsense titan apa citer



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011