Benar. Tak banyak yang aku hendak update. Selain beberapa bayaran yang biasa aku perolehi setiap bulan, aku akan kongsikan sedikit bayaran yang aku rasa sesuai untuk ditatap bersama untuk meningkatkan mood dan semangat diri aku sendiri setiap bulan. Semoga pelaburan yang aku buat akan kekal membuahkan hasil setiap bulan.

Jika korang hendak tahu, memang benar aku bermula dari kosong. Maksudnya tanpa modal ketika aku mula-mula bertatih dengan dunia hyip, dunia internet, dunia forum, dunia MLM dan juga dunia blogging. Kosong. Tapi itu korang kene faham, aku lum campur kos streamyx, bil elektrik dan bil-bil sampingan yang lain. Jika nak cerita itu semua, memang banyaklah yang aku keluarkan sebelum aku dapat 1 dollar yang pertama di internet. Senang cerita, aku mula menerima duit setiap hari sehingga ke hari apabila aku mula mendapat 1 dollar pertama di internet pada tahun 2003 dulu. Pendek cerita..5-6 tahun jugaklah. Sekarang, aku mampu maintain dengan senyuman setiap hari diakaun paypal, menerima cek setiap bulan dan tak lupa tambahan duit kerajaan setiap bulan sebanyak 2k lebih. Bolehlah nak menyimpan dan sedang menjeling-jeling rumah yang hendak dibeli..

tlajulypayment 300x156 Bayaran Komisen ke 20 dari Text Link Ads


Itu sedikit cerita tentang duit TLA dan macam-macam lagi kalau nak cerita kat korang. Dan aku memasuki dunia blogging pada penghujung 2005 dan blog ini ditulis pada 2007. Dan sekarang sudah 2009 dan akan memasuki 2010. Sudah nak dekat tahun 2020. Pada tahun 2020, aku sudah berumur 36 tahun. Aku tak pasti aku sudah mencapai apa yang aku hendak, mencapai impian aku, sudah berkahwinkah, sudah mempunyai anak atau tidak. Tapi aku yakin aku akan berjaya. Insya-Allah. Aku yakin dan berharap umur aku dipanjangkan untuk membuktikan apa yang aku inginkan. Harap doa aku ini makbul dan korang pun doakan sekali juga akan kejayaan aku. Kita mencuba dan kita berdoa. Itu satu cara untuk berjaya. Bukan setakat mengharap dan bekerja macam gampang aje. Mesti berdoa dan bertawakal. Baru usaha kita tu ada nilainya, ada keberkatannya..

Cukup cite tentang tu dan aku celah sikit tentang Speed Adsense. Ini percubaan aku setelah beberapa hari mencuba sistem mereka. Cincainya setiap hari aku labur dalam 15 dollar dan dalam tempoh 5 hari aku..aku dapat return yang agak besar. Hari pertama aku dapat dalam $101 dollar. Hari kedua pula, jatuh mendadak, aku dapat dalam $13 dollar aje. Takpe. Tak putus asa lagi. Hari ketiga aku dapat $81 dollar manakala hari ke empat aku dapat dalam $60 dollar. Hari kelima iaitu semalam, aku dapat dalam $62.  Cincainya aku labur dalam $60 dollar dan aku dapat dalam $300. Kiranya 5 kali ganda aku dapatlah hasil dari mencuba sistem adsense ni. Apa pendapat korang bila aku dapat figure tu? Rasa-rasa berbaloi ke tak? Tak apa. Aku akan belajar tentang sistem tu hari sabtu dan ahad ini. Aku juga akan cuba praktikkan sehingga dapat capai setaraf dengan level sistem speed adsense ni. Jika aku boleh dapat return dalam 5 kali ganda macam tu. Itu sudah bagus bukan? Cincainya dalam 5 hari, aku untung $240 setelah tolak modal. Aku akan teruskan benda ni dalam sebulan ini. Kita tengok ok ke tak benda nih. Jika kene caranya, boleh untung bersih dalam RM3400 dalam bulan ogos ni. Sikit ke banyak bagi korang RM3400 tu??

So, pendek cerita. Kita belajar dulu benda tu. TLA ni aku memang dah jadikan side income dan aku cuba pulak untuk jadikan adsense sebagai satu lagi side income yang lumayan. Aku bayar RM970 untuk dapatkan ilmu Speed Adsense ni. Harap-harap berbaloi dan aku mampu tersenyum dengan lebih lebar selepas ini. Haha..

Ps: Tengah tunggu cek-cek program CPA dan cek Nuffnang untuk bulan lepas. Lambat plak sampai. Cis..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
mazuki selangor2u - 06 Aug 09 at 20:16:53
adakah Google akan SLap PR dengan join TLA nie??? konpius jugak ni
cyza - 06 Aug 09 at 23:22:39
bagus….masyukkk
cyza - 06 Aug 09 at 23:53:58
MAsyukkkk betui ko ni…bagus…aku ikut kat belakang ko ni…hehe
safar - 07 Aug 09 at 01:01:25
terbukti tak rugilah pelaburan titan tu.dapat untung besar.boleh makan besar.
akazuma - 07 Aug 09 at 02:14:54
aku pun ikut belakang ko titan. Haha.. :)
mydailyblog.info - 07 Aug 09 at 11:07:04
taniah bro..
videono - 10 Aug 09 at 11:49:01
lambat sampai? Nanti sampailah tu bro. Jangan lupa belanja macam biasa plak..
farahaznil - 15 Aug 09 at 03:14:10
makin lama makin naik usd ko aku nmpk..hahahaha
Faeiz - 16 Aug 09 at 23:57:18
Pergh, bersepah-sepah dah USD si titan nih. Dah bleh buat kuiz kat blog dah untuk bayar zakat. ngehehe.

Titan,speed adsense tu perlukan website yang supermantap untuk apply ke?
merahkatak - 17 Aug 09 at 03:20:05
hoho..bayar zakat. betul tuh..
syaifudin - 27 Aug 09 at 23:29:31
Masyuk .. aku baru jer tau pasal TLA ni .. kod ape sume dah dapat.. tp x dpt iklan lagik .. tunjuk ajar skit otai2
naz - 02 Sep 09 at 17:42:38
seronok baca entri2 kat blog ni.smue useful!
sexy - 14 Sep 09 at 18:54:45
hebat!!!!!!!!~~~~~~
titan - 14 Sep 09 at 20:54:25
mazuki. Aah. Memang diorang bagi pelempang maut aje. Kekadang, sampai NR kitapunye PR..

cyza. Alhamdulillah..

safar. Alhamdulillah lagi..

Akazuma. Apa kes ko ni. Asik mengikut belakang orang aje. Bahaya nih..

Mydailyblog. Hehe.. :)
titan - 14 Sep 09 at 20:58:24
Videono? Belanja? takde masalah. Janji ko yang bayar. Hehe..

Farah. Alhamdulilllah. Aku rasa ko akan dapat duit raya ko tak lama lagi..

Faiez. Aku dah bayar zakat la. Minggu lepas..

merahkatak. Hoho. Itu wajib maa..

syaifuddin. Iklan tu bergantung pada advertiser. Kalau satu pun depa tak berkenan, aku pun tak leh wat apa-apa..

naz. Mudah-mudahan ianya membantu anda. :)

Sexy. Erk..apa yang hebat nih??
ainun - 29 Aug 11 at 19:51:09
wah…tahniah titan



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011