Tak banyak yang aku hendak kongsikan. Tapi ini sedikit tatapan untuk korang-korang semua. Gambar yang aku ambil dan curi dari member aku sendiri. Yelah, dia bagi aku sedut dari pc dia. Tapi aku tak bawa pendrive plak tadi. Jadi, aku masuk blog dia dan aku edit sana sikit apa yang patut untuk tatapan korang. Trip Taman Negara kali ini kita orang skip kanopi. Tak lalu dah jambatan yang tergantung-gantung. Terus ke Bukit Teresek dan Lubuk Simpon.

2009 08 06 010308 300x191 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010346 300x224 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Ini gambar sebelum kita orang masuk ke Taman Negara. Ni baru kat tempat parking aje. Sementara menunggu kereta budak-budak perempuan. Kitorang posing la sikit. Aku rasa korang leh kenal pastikan yang mana satu si titan ni? kan? kan? Yang paling kerek dan handsome sekali. Haa, tu la aku..

2009 08 06 010400 300x216 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010412 300x219 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Haa, sekarang dah kat kaunter penerangan. Aku lupa sorang kene bayar berapa. Tapi member aku yang uruskan hal tu semua. Kamera pun aku dah malas nak bayar. RM5 untuk sebulan untuk setiap kamera. Itupun jika korang rajin ambil gambar. Aku dah malas ambil gambar untuk 2nd trip ni. First trip dulu rajin gak aku bergambar. Sekarang, biarlah turn diorang plak..

2009 08 06 010424 300x220 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010436 300x225 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Ini baru suku perjalanan ni. Aku dah marah-marah waktu ni. Yelah, kene tunggu diorang. Maklumlah, aku jenis naik laju kalau bab-bab bukit atau gunung ni. Aku dengan member aku yang kurus sorang tu terus pecut tinggalkan diorang kat belakang. Mana leh tahan maa. Semput kalau jalan lambat-lambat biarpun ada pempuan. Malas aku tunggu diorang. Korang leh tau kan mamat mana yang tengah bengang kat gambar tu. Haa, itulah aku. Aku nak sampai cepat. DIorang sibuk nak bergambar plak. Haiya..takpe. Kawan punya pasal. Aku wat bodo aje walaupun air mukaku terserlah. Haha..

2009 08 06 010448 300x226 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010500 300x220 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Ni dah nak sampai. LAgi 100-200 meter aje lagi nak sampai ke penghujung Bukit Teresek ni. Ala, 1.5 kilometer aje. Tapi secara menegak la. Bukan melintang. Lama gak bertapak dan akhirnya sampai jugaklah kitaorang. Time ni, aku dengan member aku bagi peluang diorang jalan kat depan. Malas dah nak jalan laju-laju sebab memang tempat yang nak dituju tu boleh kata dekat sangat dahhh..

2009 08 06 010525 300x226 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010537 300x227 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Haa. Dah sampai pun. Korang tengok. Hampir 90% riang gembira sebab sampai ke tempat yang dituju. Aku macam biasalah. Bengang. Bukan apa. Aku dah lapar ni. Nak gi mandi kat Lubuk Simpon lagi. Tapi depa lambat-lambat la plak. Tahulah penat. Aku pun penat. Tapi sayangnya, tak dapat plak aku tunjukkan gambar kat lubuk sana. Seksi sangat kitaorang kat sana. Jadi, gambar tu biarlah kenangan peribadi kita orang. Haha..

2009 08 06 010548 300x223 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010619 300x229 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Maaflah jika gambar kurang jelas. Gambar ni memang aku saje edit biar tak berapa jelas. Tapi korang boleh cam kan Titan yang mana satu? Ala, yang paling gaban sekali dalam banyak-banyak gambar tu la. Mesti korang boleh cam aku yang mana satu kan? Lepas habis semua tempat tu, kita orang pun balik dengan Black Saga aku tu. Dua-dua keta merempit tak ingat dunia dengan kelajuan 100-130 km/j dari Taman Negara ke Jerantut. Fuhh..lenguh kaki tekan minyak memanjang dan main brake serta handbrake. Try buat drift pakai kereta automatik. Bagai nak gila Black Saga aku tu bawa laju kat corner. Nasib tak langgar kereta orang lain. Hahaha..

Ps: CUkuplah celoteh aku. Dah panjang sangat dah entri ni. Jarang aku bercerita sebegini. Mood aku dah datang balik. Mungkin aku boleh call dia dalam 2-3 hari ini. Ni yang aku malas. Nak call orang kene ambil mood dulu. Hari ini hari yang agak gembira. Kenapa? Jangan tanya.


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
mazuki selangor2u - 05 Aug 09 at 19:43:23
panas2….jejaka panas nih
cyza - 05 Aug 09 at 23:22:48
Wau…outdoor adventure is truly aspiring… Do it…do it again while you are not yet married…and not having kids yet…

DAh ada, payah nak cari masa merayau…hehe
titan - 05 Aug 09 at 23:45:50
mazuki. Haha..panas ker? Aku dah sejuk semacam nih. Bangun lambat nak gi tempat keje..

cyza. Of course aspiring. If not, i never decide to do any outdoor adventure even i’m totally sick that time. Always sick. Thats why i know that i need to do something to push my body as far as i can..

do it when you not married? I agree with that. If i have son or daughter, i don’t think i can let them gone in front of my eyes..
OtaiCon Seventh - 06 Aug 09 at 00:13:13
titan,ada something wrong dengan blog ko lah. aku guna Avira,kuar warning HTML/Crypted.Gen. Maybe plugin yang ko guna kot, uniquefier maybe?
cyza - 06 Aug 09 at 00:55:53
titan, adakah ko yang pakai baju SMILE?
safar - 06 Aug 09 at 01:24:31
tajuk agak keterlaluan.hehehe.sejak titan pandai curi gambar.sekarang sudah tersebar gambar tak panas.
titan - 06 Aug 09 at 04:56:30
OtaiCon Seventh. Memang macam tu kadang-kadang. Aku sendiri kekeadang kene dapat mesej camtu. Tapi aku tak pakai avira. Aku pakai nod32. Nod32 tak detect apa-apa. Cuma kuar popup pelik-pelik aje. Selalu kalau cam gitu, aku abaikan. Bukan dalam 5-10 minit lepas tu. Nanti dia ok sendiri. Aku pun tak tahu kenapa jadi cam gitu..

cyza. Erk..ada plak aku. Tu member aku la. Aku lain tu. La..tak kenal lagi aku rupanya. Haa..meh main nyuruk-nyuruk. Hang cari aku yang mana satu.. :)

Sape-sape yang nak jumpa aku atau teringin nak jumpa aku dan pergi ke seminar speed adsense, kita jumpa kat sanalah ye. Insya-Allah aku pergi seminar tu walaupun mungkin aku tiba lewat pagi sabtu tu. Ada hal berbangkit plak hari jumaat. Ohhh.. :(
titan - 06 Aug 09 at 17:12:49
safar. Mana ada keterlaluan. Biasa aje tuh. Dah lama aku suka pakai tajuk-tajuk cam gitu. Mana ada suka curi. Terpaksa tu. Haha..
akazuma - 07 Aug 09 at 02:21:08
lagi, apa yang menarik lagi kat taman negara? :)
farahaznil - 15 Aug 09 at 03:04:28
bkn la..titan yg pki bj kaler hitam tu..dlm gmbr..asik pndng tmpt lain je..apsal titan??kepala tu dah kena tempeleng ke?hi hi hi..gurau aaaa
Faeiz - 17 Aug 09 at 00:01:57
A’ah,titan pakai baju hitam tu. Aku pernah tengok gambar dia kat entri sebelum ni. Ngeh2.
merahkatak - 17 Aug 09 at 03:22:18
yang baju hitam. Yang bajet handsome tu la. Haha..
ainun - 29 Aug 11 at 19:51:35
banyak gambar..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011