Sebenarnya aku baru sahaja pulang dari Taman Negara. Ini trip kedua ke Taman Negara dengan member-member aku kat Jerantut ini dan agak memberangsangkan walaupun aku tidak berniat untuk menulis apa-apa diblog ini hari ini. Tapi mata ini agak segar dan aku hendak menulis sesuatu. Biarlah ada benda nak tulis hari ini sebab aku rasa aku perlu tulis sesuatu pada hari ini.
Tentang Speed Adsense, aku dah mula faham apa yang perlu dibuat dan dah faham ‘sistem’ yang perlu kitaorang fahami. Cuma 50 orang peserta dan team Speed Adsense sahaja yang faham sistem tu dan harap-harap 50 orang ini akan gembira dengan sistem “XX” tu. Aku yakin ramai yang gembira dengan pendapatan adsense yang meningkat beberapa kali ganda tu. Aku tahu aku gembira dan aku harap bulan Ogos ini merupakan pendapatan adsense terbesar yang aku mampu capai..
Ada benda buat aku bengang. Tapi ini semua kesilapan aku dan aku akui akan buat sesuatu dengan perkara tersebut. Terbang gak duit nanti dibuatnya. Tapi aku harap keuntungan bulan ini akan cover apa yang bakal hilang nanti. Biarlah minggu ini aku lalui dengan hati yang sakit gila ni. Nak tidur pun aku rasa macam dah tak senang selagi benda tu aku tak bagi setel dulu. Nak nangis pun ada. Tapi aku lelaki. Kene kool.
Kadang-kadang, kita rasa nak hempok aje seseorang. Tapi tak boleh. Kadang-kadang, kita rasa nak terajang aje anak dara orang. Tapi tak boleh, sebab dia bukan bini kita. Kalau bini, pun lum tentu kita leh terajang dia. Kang susah plak tiap-tiap malam Jumaat. Kadang-kadang, ada perempuan suka kita. Tapi kita tak berapa nak suka kat depa. Ini hakikat yang terpaksa aku akui sejak aku darjah 6. Dan kadang-kadang, kita suka kat seseorang, tapi pempuan tu buat bodo aje walaupun kita tahu kita berdua memang suka sama suka. Kadang-kadang, aku rasa gulai yang aku makan ni tawar aje, tapi sebab member yang masak, aku katakan juga sedap masakannya. Hidup ini aku rasa memang penuh dengan pura-pura. Sebab itulah juga dunia ini warna-warni. Kalau hidup ini ada 1 warna sahaja, bosan juga rasanya, kan? Sebab tu aku rasa Allah ciptakan dunia ini dengan macam-macam warna sebab dia tahu, hambanya memang akan cepat bosan.
Satu perkara yang membuatkan aku happy hari ini. Manga Bakuman, Naruto, Psyren, One Piece, Bleach dan macam-macam lagi publish di Onemanga. Perasaan kecewa aku agak terubat. Sayang sekali. Dia jauh. Kalau tidak, boleh aku ketuk kepala dia esok..

Lupa, ini bayaran komisen ke 31 dari TNX. Tak banyak, tapi aku perlukan duit paypal untuk modal speed adsense aku. Jadi, aku mintak maaf untuk pembeli paypal yang akan mengejar aku setiap awal bulan. Aku memang perlukan paypal dalam jumlah yang banyak. Jadi, tiada bekalan untuk korang kali ini. Harap maklum dan aku mintak maaf banyak-banyak..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan Demam Lagi.. | Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara »




















fatin pauzi. Aku memang selalu ekpresskan perasaan aku dalam artikel aku. Takkan ko tak perasan kot..
cyza. Melepas? Em..takpe. Mungkin ada peluang pada tahun-tahun akan datang. Ada benda yang aku tak leh bagitau lagi pasal speed adsense ni. Hehe..
merahkatak. Tak salah kan?
farahaznil. Ko buta warna ker??
p/s-tp konfius2 aku..ak dah ada lesen keta..ekekeek