Esok aku akan kembali ke Jerantut setelah seminggu berehat di Banting. Mungkin lain kali aku akan cari tempat lain untuk berehat. Aku tak kesah dekat mana-mana, janji ada tempat tidur dan aku masih boleh melayari internet. Itu dah cukup. Tapi mungkin aku akan ambil masa untuk pergi ke satu tempat yang jauh sikit atau berkhemah dihutan. Takde masalah rasanya. Bawa aje GPS dan kompas. Insya-Allah tak sesat. Hehe..
Dalam setengah jam lagi, kita dah boleh berbuka. Itupun jika aku sempat habiskan artikel ini. Tadi baru aje shopping barang sikit. Ada projek sikit minggu depan kat Jerantut dan aku ditugaskan untuk beli beberapa barang dan minggu depan juga ada 2 orang akan ambil personal Coaching tentang Asas Blog dan Wordpress dan Cara Buat duit dengan Blog manakala personal coaching TNX juga akan diajarkan sekali sebagai bonus. Walaupun tiada modul tetap, tapi aku yakin mereka boleh tangkap apa yang akan aku beritahu mereka. Ambillah nota apa yang patut. Lagipun bulan puasa ini aku rasa kita ada banyak masa untuk belajar dan masa untuk ujikaji. Insya-Allah, semua blog MMO aku akan aku update. Sekarang memang aku malas nak tulis apa-apa. Cuma diblog ini aje aku rajin update berbanding blog-blog yang lain. Mungkin aku sibuk layan anime dan baca manga online sahaja. Haha..

Malam semalam, aku terawih lambat. Dalam jam 2 pagi. Itupun wat 8 rakaat aje sebab aku berbuka puasa dengan kawan-kawan aku kat Bagan Lalang. Lepas tu, kitaorang terus ke Alamanda. Lepak kat sana main bowling dan sempat pula tengok wayang cerita Orphan. Balik rumah dekat jam 2. Nasib adik aku belum tidur lagi. Kalau tidak, memang aku tidur dalam kereta lah gamaknya. Kene plak adik perempuan aku pun balik rumah juga semalam, sempat pula dia tibai laptop aku. Patutlah tanya password laptop aku malam tadi, dan aku sempat layan naruto 10 episode sebelum tertidur dalam jam 4 pagi. Pastu, abah aku kejut untuk sahur dan aku sambung layan naruto lagi beberapa episode sebelum aku terlelap semula..
Minggu depan juga aku akan buat semula projek-projek yang terbengkalai. Antaranya projek TNX, projek GDI, projek TLA, projek Speed Adsense, projek Bukisa, projek Shamelin dan juga beberapa projek yang sempat aku plan dalam minggu ini. Ya, rehat-rehat juga. Tapi notepad aku tu aku taip juga apa-apa yang patut sementara aku terlintas apa-apa dalam otak ni. Takdelah rehat bodoh aje. Apapun, semoga ianya akan berjalan dengan baik. Benarlah, blog merupakan insuran terbaik bagi aku untuk masa depan. Akan aku curahkan apa yang patut melalui medium blog ini buat duit dengan blog melalui cara dan acuan aku sendiri.
Ps: Iklan Nuffnang semakin banyak dalam bulan puasa ini. Korang perasan atau tidak? Ke aku sorang aje perasan tentang iklan Nuffnang yang selalu bertukar-tukar. Biasanya korang akan nampak iklan Nuffnang pada waktu tengah malam, petang dan waktu subuh. Time tu, memang galak iklan Nuffnang keluar kat kebanyakkan blog-blog aku..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content


























