Setelah berfikir panjang dalam tempoh 1-3 minggu ni, aku akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai GDI. Tahu apa itu GDI? GDI merupakan singkatan nama bagi
Global Domain International. Secara mudahnya GDI menyediakan kemudahan domain dan dalam masa yang sama memberikan peluang kepada kita untuk
buat duit dengan GDI.
Haa, macam mana tu? Mula-mula, aku pun tak berapa faham. Tapi bila aku join. Kemudian aku login dan aku godek-godek dalam dashboard GDI aku tu. Takdelah susah sangat. Sama aje macam program-program affiliate yang lain. Apa yang sama? Jika produk lain ada produk. Produk GDI adalah domain. Jadi, jika korang beli domain dengan bayaran $10 dollar sebulan. Korang akan satu domain dengan extension .ws (contohnya macam
http://ohmelayu.ws). Jadi, inilah produk kita. Domain yang kita beli itulah merupakan produk GDI dan ini melayakkan kita untuk mempromosikan GDI dan buat duit jika ada yang menyertainya bersama kita.
Tapi, macam mana kita boleh
buat duit dengan program GDI ini? Ok. Ini cara yang paling mudah jika korang hendak terangkan pada prospekbaru yang berminat atau downline korang. Misal kata, downline korang pun beli domain dengan GDI. Kene bayar $10 dollar setiap bulan. Jadi, berapa komisen yang korang dapat? Korang akan dapat $1 setiap bulan seandainya downline korang kekal membayar $10 setiap bulan. Jadi, jika aku ada 1 downline yang valid dan membayar $10 untuk bulan pertama, aku pun turut dapat $1 sebagai komisen. Jika ianya berjalan selama 10 bulan. Korang dah dapat $10 untuk 10 bulan, bukan? Nampak sikit bukan? Tapi itu jika 1 orang. Jika korang ada 100 downline dan 100 orang tu kekal membayar $10 dollar setiap bulan. Bukankah korang akan selamba badak aje dapat $100 dollar setiap bulan? Itu 1 bulan. Jika 12 bulan? $1200 setahun. Itu kiraan mudah. Jika kurang, korang dapat kurang. Jika lebih, korang dapat lebih la kan? kan?
Ini yang aku faham dan ada bonus yang lain yang korang akan tahu lepas menyertai GDI. Benda ni mungkin nampak mahal bagi sesetengah orang sebab kita kene bayar $10 dollar setiap bulan. Tapi bagi aku nilai $10 dollar atau RM35 adalah nilai topup aku setiap bulan. Biasanya aku habiskan dalam RM100 lebih untuk buat panggilan dan sms. Jadi, aku pejam mata sebelah ajelah untuk GDI ini. Jika ada downline, ini bonus bagi aku dan aku akan bantu downline aku dari segi support dan promosi. Hadiah tambahan seperti ebook juga akan aku sediakan. Tak banyak. Tapi lebih baik ada sesuatu untuk downline aku daripada tak ada, bukan?
Yang bagusnya tentang GDI. Kita boleh pilih nak terima bayaran menggunakan cek atau paypal. Sudah pastinya aku akan guna paypal sebab bayarannya lebih pantas berbanding cek. Yelah, nak tunggu cek sampai ke rumah pun lambat. Better aku terima bayaran menggunakan cek. Dan bayaran minimum untuk paypal adalah sebanyak $10 dollar. Jika pakai cek, $25 dollar. Macam lama nak menunggu bukan? So, korang pun sendiri tahu mana satu yang nak pakai. Tapi jika korang berminat untuk membayar $10 secara bulanan dan menerima komisen melalui debit kad seperti Tunemoney. Anda dialu-alukan. Aku menggunakan paypal sebagai tools pembayaran kerana ianya mudah dan berlaku secara automatik.
Korang leh
register percuma untuk 7 hari untuk tempoh percubaan jika mahu. Selepas tempoh 7 hari, baru caj $10 dollar itu dikira dan ditolak dari akaun kad debit/kredit atau akaun paypal korang tu. So, fikir masak-masak mahu join GDI atau tak. Sebab memang $10 dollar tu akan ditolak secara automatik selepas korang setting diakaun GDI korang tu. Aku tak menyesal join GDI sebab aku tahu bagaimana nak cover $10 dollar tu dan tahu bagaimana nak promosikan GDI ini. Jika ada yang ragu-ragu, boleh contact aku untuk pertanyaan lanjut. Benda ni simple. Cuma aku yakin orang melayu kita bermasalah dari segi nak maintain RM35 setiap bulan itu aje. Anggap aje macam korang call awek korang. Tak sampai 1 jam pun dah habis kredit tu, kan? So, apa kata laburkan RM35 tu untuk GDI setiap bulan? Lepas tu, nak call awek setiap jam pun boleh kalau duit dah banyak. Haha..
Dah gi register kat sini :
Daftar GDI
Ini ulasan pertama aku tentang GDI. Tunggu sahaja artikel tentang GDI dilain hari sebab aku akan tunjukkan 2 cara untuk korang cover kos $10 dollar setiap bulan untuk membantu korang buat duit dengan GDI. Gabungan program A dengan GDI akan membantu korang
buat duit dengan GDI. Malah, gabungan program B dengan GDI, juga akan membantu korang cover $10 dollar setiap bulan dengan GDI. Jika nak gabung program A dan program B dan GDi, pun boleh. Tunggu sahaja artikel aku selepas ini. Aku dah penat taip dan korang leh layan
video GDI ni dulu. Nak gi buat kerja kejap. Ok. Babai!
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related Content