Sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku nak meminta maaf jika ada dikalangan korang yang mesej aku menggunakan Yahoo Mesengger. Ini kerana aku tak dapat nak balas sekarang melainka korang direct mesej ke no HP aku. Kalau pakai YM, memang aku tak dapat nak balas dengan secepat mungkin atau mungkin takkan balas langsung. Jika ada yang nak beli duit paypal, sila hubungi aku terus ke no HP aku. Korang tahu kan no telefon aku? Takkan dah baca blog ni lebih setahun tapi masih tak tahu kot..
Yap. Aku demam dan batuk kembali. AKu tak tahu kenapa dan aku sudah pergi ke klinik tadi. Siap ambil MC lagi jika keadaan mejadi teruk pada esok pagi. Tapi aku harap ianya tak seteruk seperti yang aku fikir. JIka tidak, banyak kerja tidak dapat aku selesaikan. Ubat yang aku dapat adalah ubat demam, antibiotik dan ubat batuk. Semuanya RM30. Murah ke mahal bagi korang?
Hujung minggu ini pada pagi Sabtu, kawan-kawan aku rancang nak pergi Taman Negara. Maksudnya, aku akan buat return ke Taman Negara. Tapi kali ini dengan lebih ramai orang berbanding hari itu. Dan pada malam itu aku akan mengadakan kelas TNX. Ada seorang member datang dari Puchong dan dia akan stay kat hotel di Jerantut ni. Macam biasa, pengerasnya RM100.30. Tak lebih dan tak kurang. Aku akan ajar yang berkaitan dengan TNX dan juga jual beli link kepada beliau. Setakat ni, dah lebih 10 kelas yang sempat aku buat. 6 di Banting dan 4 di Jerantut. 1 bakal di Jerantut. Harap-harap dipermudahkan pada hari itu segala urusan.

Hari ini adalah 28 Julai 2009. Ulang tahun kelahiran aku diBumi Allah ini. Semoga aku berjaya didunia dan akhirat dan jumpa apa yang aku nak dan aku hajati. Haha..
Ps: Post ni dibuat pada hari ini. Tapi wordpress ni set 27 haribulan plak. Lantaklah. Aku pun belum tentu dapat buat post esok. Jadi, anggap ini update terbaru daripada aku. Serius, aku tengah berpeluh menulis artikel ini kerana menahan sakit yang amat. Huhu..mungkin kesan penangan ubat kot. Maklumlah, aku makan ubat tanpa makan apa-apa. Gila apa..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Speed Adsense | Dunia Titan bukan Dunia Satu Warna »














Thanks sebab perkenalkan aku dengan Triond..esok lusa datang la kenduri kitorang!
Harap ko panjang umur dan cepat kawin!
mungkin ada hikmah tu…..
tuhan nak bagi ko rehat lebih
pasni baru ada energy lebih nak keje
Semoga panjang umur dan murah rezeki…
p/s - thn ni dah brp aaa umur kot titan??25??26??27??ekekekekekeke
Moga panjang umo dan murah rezeki hendaknya….
xpo. Kat jerantut. Ramai yang disyaki h1ni1 nih. Huhu..
Fatin Pauzi. Ko tak tahu no HP aku? Uiikk, rugi besar ko nih..
mazuki. Hehe..kurantine aje. Tapi jangan tak baca plak..
richie. Dah baik dah sekarang. Makan ubat demam yang berharga RM30..uikkk..
safar. Tau takpe. Hehe..
Kampungboy. Memang musim orang sakit macam-macam sekarang. Hospital penuh topeng maa..
mamak. Hehe..rehat kejap aje. Nanti aku sambung balik cam biasa la..
Nasrun. Tua dah rupanya aku ni. Hehe..
farahaznil. Tahun ni? Cuba ko teka umur aku kalau ko pandai..
animeboon. Macamlah ko tak kenal aku ni. Memang biasa demam dan batuk sepanjang tahun..
dan kartun. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. doakan aku dan dia..
ijamidayu. Thanks. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
adi. Oklah tu. Aku lom lagi dapat. Lagi 2 pound lebih cam gitulah..baru leh withdraw..
akazuma. Beransur bah..
rafhz. bila ko nak jumpa aku nih? SMS aku dulu kalau nak jumpa. Kang time aku takde, sakit ko dibuatnya..