Haha..itu gelak ketawa aku dari semalam hingga ke hari ini. Aku tak pasti tapi aku akan sisipkan pada korang kenapa aku tergelak dan tersenyum kerana banyak menda yang membuatkan hati aku gembira dan pelik dengan perangai orang Malaysia nih. Entahlah, kadang-kadang pelik dan hairan. Kadang-kadang kasihan pun ada dan kadang-kadang membuatkan kita terfikir macam mana boleh jadi sampai macam tu sekali.
Gelak Pertama
Sejak aku masuk 2 program MLM iaitu GDI dan Shamelin Bina ni. Aku mendapat kutukan dari ramai orang dan tak kurang juga yang pelik mengapa blogger yang dulunya tegar dengan dunia blogging boleh kecundang ke program-program MLM ni. Ramai yang kata dengan MLM tak boleh cari makan dan MLM tak mampu memberikan apa yang dunia blogging dan Internet Marketing mampu berikan. Ahh, itu pandangan kelas ketiga. Aku pedulik apa. Aku sertai program MLM itu berdasarkan beberapa sebab dan sebab-sebab itu kukuh. Apa kes korang nak masuk campur hal aku kan? Duit yang aku bayar, duit aku. Bukan duit korang. Yang sampai sanggup menghina syarikat atau program MLM kenapa? Ingat korang bagus sangatkah? Siapa bilang Shamelin Bina atau GDI ni syarikat hampeh? Kalau tak tahu sejarah. Jangan dok kutuk tanpa asas dan bukti yang kukuh. Ada yang kene potong siku atau buah serang nanti..
Gelak Kedua
Apabila melihatkan ramai orang berceritakan tentang kes Asia Ceramic Marketing yang memang gempak sejak awal tahun 2009 ni membuatkan aku tersenyum simpul. Bukan apa, aku memang nampak beberapa puak yang terhasil akibat kes Ceramic nih. Pertamanya, aku nak bagitau. Perkara yang mesti korang sematkan kat hati korang bila sertai program seumpama Ceramic atau Buluhmas atau program MLM seperti GDI atau Adsense sekalipun, pelajari tentang risiko dan sifat sabar. Setiap program ada risiko dan kita kene sabar sebelum mendapat hasilnya. Dan satu lagi ialah jangan mula menyalahkan sesiapa jika program ini down atau gulung tikar ataupun kene siasat dengan BNM. Dah dapat aduan, memang kerja BNM siasat. Nak wat macam mana, Buluhmas pun kene gak.

Kalau GDI atau Vemma berpangkalan kat Malaysia, aku rasa kene ambush juga dengan BNM. Sayangnya dua-dua program tu berpangkalan diluar negara. Jadi, apa kejadahnya BNM nak ambush syarikat tu kan? Banyak lagi BNM nak jaga. Tapi kerana menerima aduan dari orang ramai, orang-orang BNM buat juga kerja dan lakukan siasatan. Bersyukurlah seadanya ye. Dan aku paling BENCI orang yang menyalahkan upline atau sponsor samada dalam affiliate, penulis ebook, MLM dan sebagainya. Kenapa? Korang dah bayar pakai duit sendiri, itupun nak salahkan upline korang? Ada upline tu PAKSA korang join? Diorang cuma promosi. Nak atau tak nak, terpulang pada korang. Jadi, apa kes nak mengamuk dengan upline atau syarikat Ceramic bila diorang kene siasat dengan BNM? Sabar itu bukankah lebih baik?
Gelak Ketiga
Hari ini aku dapat tahu satu lagi program pay per lead yang termahal versi Malaysia. RM1.20 untuk 1 downline. Mak aii, boleh tahan komisennya dan aku tertarik. Jadi aku pun sertai dan promote ebook Amalan Jutawan ini. Mungkin ianya nampak biasa, tapi aku akui banyak yang aku pelajari dari ebook Amalan Jutawan ini. Malah, siap ada fasa-fasa yang tertentu yang perlu kita tahu sebelum menjalankan perniagaan atau sesuatu projek. Takdelah kita buat satu projek tanpa strategi dan plannya, bukan?

Bukan sahaja menawarkan program PPL, tapi ebook tersebut juga menarik. Tak sia-sia aku download tadi. Korang kene download dulu ebook Amalan Jutawan ini dulu kalau nak join program PPL ni. Jadi, download aje. Percuma pula tu. Download Ebook Amalan Jutawan
Ps: Kenapa aku sedih? Sebab aku lapar. Tapi aku kene kool..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Shamelin Bina | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Speed Adsense »














apa pun ada risiko, nak buat apa2 pun kena ada ilmu…kan…kan
moga berjaya!
Kujie. Selalunya memang laju je kat sini. Tak tahulah kat tempat lain..bergantung pada kelajuan internet juga..
cyza. Ko masuk kan? Camana upline ko cakap? Ada apa-apa nasihat yang boleh dikongsikan? Hehe..
shamxo. Offer? Emm..aku malas sebenarnya nak offer-offer nih. Bergantung pada kesudian korang. Dari segi support dan penerangan. Insya-Allah aku leh bagitau. Tapi mungkin aku akan buat satu site penerangan atau blog khas untuk GDI. Setakat ni, aku promote GDI kat blog ni dan wat secara offline aje dulu. Lum full blast lagi dengan GDI ni..
Jadi, terpulang pada ko. Team GDI titan mempunyai target jangka pendek selama 2 tahun. Kita lihat apa akan jadi pada Team GDI Titan dalam tempoh 2 tahun. Menjadi atau lingkup. Semuanya terpulang pada kerjasama setiap orang dalam team tu. Hehe..jadi, mahu join ka?
Ps: Ada bonus. Tapi malas aku bagitau awal-awal..
bayar guna VCC boleh je kan
kat GDI tu…
nantikan aku sertai team TITAN GDI..
bro buat forum cantik gak tu “FORUM TEAM TITAN-GDI”
Kalau pakai debit card plak, mesti ada dalam RM35 la dalam debit card tu. Jadi, GDI akan tolak setiap bulan dari debit kad kita.
Forum? Insya-Allah jika semuanya berjalan. Hoho..
Ceramic dah banyak tlg orang kot. Ade je yang tak puas hati nak suh BNM serbu. Yang mengadu2 tu, tu sume konflik dalaman tu. Mcm yg before this kene ambush, ade yang tak puas hati then ngadu kat BNM. Bodoh betul orang melayu yang bersifat sedimikian. X(
haha..main gelak-gelak sekarang ye bro titan yek.. biasalah tu. PHD level tinggi. Mesti ada yang tak puas hati dengan ceramic niee..
Ayat yg paling last tu yg paling nak wat aku gelak sampai pagi..he he…
Xpe klu lapar, janji cool brother!
http://www.website.ws/farbiz09
Lagipun, dalam sepak terajang MLM, orang yg hati kering aje yang leh survive. Orang yang takde hati dengan MLM memang tak leh gi jauh..
evidence. Itu pun betul juga. Tapi biasalah, tak semua secerah seperti yang kita sangka. Jadi, bersangka baik dan berusaha aje sungguh-sungguh..
merahkatak. 3 bulan la rasanya..
kelakau betul. Haa. Mesti cool maa..
shahrul. BNM cuma siasat apabila ada report aje. Mana bleh main siasat selamba badak aje. Kalau takde orang report, takkan BNM nak siasat plak..normal la tu. Kan dah banyak sejarah yang berulang..
farahaznil. Nak ban keje apa ni? Ko faham ke tak topik nih..
fred. GDI? Haha..memang best. Cuma aku tak usaha sungguh-sungguh aje lagi..