Dua tiga hari yang lepas aku lihat banyak juga produk baru yang dilancarkan dan tak kurang juga produk dari pasaran tempatan. Banyak juga yang perlu dikaji dan mungkin aku juga akan buat review untuk sesetengah produk yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan. Tunggu sahaja ulasan dari aku nanti ye. Dan beberapa ujikaji akan aku kongsikan dari masa ke semasa.
Dari tajuk diatas, aku cuma hendak kongsikan bayaran daripada Linkworth. Dah lama aku tak kongsikan bayaran daripada program ini. Yelah, memang tak banyak aku dapat setiap bulan. Tapi aku nak kongsikan juga pada korang. Mana tahu ada antara korang yang berminat nak buat duit dengan Linkworth. Siapa tahu kan? Mungkin korang dah bosan dengan program-program lain tu..

Secara jujurnya, bayaran kali ini lebih kepada bayaran kepada bayaran pay per click yang dijalankan oleh Linkworth. Tak silap aku ialah Linkwords ke Linkads. Bukan Linkpost. Jika bayaran untuk Linkpost, memang biasanya melebih dari 25usd. Tapi kira oklah kan. Bulan lepas memang aku malas dan kebanyakkan job banyak pada produk seks. Bukan aku tak nak tulis ulasan pasal produk seks tu, cuma aku rasa tak best aje. Sebab tu job Linkpost tu aku tak sebat. Haha..
Korang pun boleh try sertai Linkworth jika mahu. Tapi pastikan korang baca peraturan dan belajar cara nak buat duit dengan Linkworth dulu. Jangan main redah aje. Sebab aku sendiri kekadang masih pening dengan dashboard diorang. Agak mengelirukan. Dulu, aku ingat nak tulis ebook pasal Linkworth. Tapi aku sendiri pening bila aku login akaun aku. Jadi, aku batalkan niat aku dan berharap ada otai Linkworth yang akan keluarkan ebook tersebut. Nampak gaya, sampai hari ini takde sorang pun nak buat. Tak tahulah sebabnya. Mungkin diorang pun pening lalat bila login akaun linkworth.
Dalam linkworth, biasanya orang kita buat duit dengan Linkpost. Biasanya kita akan ditawarkan job dan buat artikel tentang apa yang advertiser mahu. Buat ulasan yang bagus-bagus dan pastikan ikut arahan diorang. Kemudian, setiap 10 atau 11hb setiap bulan, kita akan terima duit dari Linkworth.
Ps: Berita Terbaru. Blog Earncent.com akhirnya diluluskan untuk program ExitJunction. Ini bermaksud, ExitJunction turut menerima blog dalam bahasa melayu. Waa, ini sudah bagus!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Apa itu MLM Shamelin? | Komisen Ke 30 dari TNX »














ps:Baik hati juga ExitJunction.terima BM.
safar. Boleh je. Pelbagai program yang kita boleh join dan cuba sungguh-sungguh. Insya-Allah, kita boleh buat duit. Pasal Exitjunction. Terkejut juga. Tetiba diorang accept la pulak..
rafhz. Haha..ko tu. Bila nak belanja aku..