• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Siapa kata Kerja Kerajaan Tak Best?

July 7, 2009 12:09 am / 25 Comments / admin

Hari ini aku nak jumpa bos aku. Mintak cuti hari Jumaat ni sebab hari temuduga adalah pada pagi Jumaat. Aku rasa mungkin leh dapat dan harap Bos ada. Tak cuti atau lari ke mana-mana. Temuduga yang tak pernah aku duga. Aku pernah terfikir, pada suatu hari akan ada tawaran seperti ini datang kepada aku, ternyata ianya memang betul-betul terjadi. Aku juga pernah berharap seseorang akan suka aku, ternyata setelah hampir beberapa tahun menunggu, benar-benar dia suka pada aku. Aku pernah mengimpikan sebuah kereta, tak mahal pun takpe, janji hasil titik peluh aku. Ternyata, ianya menjadi realiti. Aku teringin membeli handphone yang ada warna sebab aku dah segan gila pakai handphone Nokia 3210 bekas handphone mak aku. Ternyata ianya menjadi kenyataan. Sony Ericsson W700i menjadi teman setia aku setiap hari. Dan macam-macam lagi impian dan misi-misi kecil aku yang menjadi kenyataan setelah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Dan aku yakin, jika kita pasang satu impian atau target, kita akan berjaya mendapatkannya dengan syarat ianya gabungan usaha, usaha, tawakal, niat, nasib dan doa. Jika semua ini ada, tak mustahil pun korang nak jadi apa-apa..melainkan beberapa perkara yang memang mustahil..

Panjang pulak mukadimah aku hari ini. Hari ini takde sangat edisi siasat atau open case yang hendak aku kongsikan. Takde juga bukti bayaran yang hendak aku tunjukkan sebab aku memang tak terniat nak tunjuk apa-apa. Cukuplah dengan yang dah ada 2-3 hari lepas, korang leh tanya kat ruang komen nanti ye. Akan aku balas sebab aku sendiri tak berapa ada mood nak balas komen korang 2-3 hari ni. Komen kat blog orang lain rajin plak. Hampeh tul kan perangai aku. Ntahlah, kadang-kadang kita takde mood. Kadang-kadang kita ada mood. So, pandai-pandailah korang ngada-ngada layan mood korang tu yek..

Ada yang bertanya. Best sangat ke kerja kerajaan nih? Kenapa aku tak mintak kerja swasta sedangkan aku ada sijil yang dikategorikan agak mahal pada masa kini. Sijil Ijazah Sains Geologi. Sangat mahal. Lebih kurang jugak macam sijil Engineering dan jika korang hendak tahu kita memang kekurangan Geologist atau Pakar KajiBumi baik dalam Geofizik, GeoKimia atapun GeoPersekitaran. Itu baru sedikit belum lagi kepakaran yang lain macam hidrologi, marin, sedimentologi, pemetaan dan macam-macam lagi. Kenapa aku sedikit pun tak berminat?

Korang silap. Aku memang berminat dan sangat meminatinya ketika aku mula belajar ketika dulu. Bila dimomokkan bahawa kerja dengan Petronas atau syarikat carigali yang lain, memang aku nampak yang pekerjaan ini satu lagi lubuk wang di negara kita. Cuma buat masa sekarang, mungkin aku berminat dengan apa yang lakukan sekarang. Tapi aku tak menolak seandainya temuduga hari Jumaat ini lepas dan aku dipanggil bekerja. Tak tahulah pula kene campak ke mana kalau dapat jawatan ini. Kita tengoklah macam mana nanti agaknya..

Tentang best sangat atau tidak kerja aku sekarang ni. Aku cuma leh bagitau ianya agak best. Sebab aku jumpa seseorang untuk bergaduh setiap hari. Aku jumpa sesuatu yang berbeza. Aku jumpa benda yang unik.  Aku jumpa manusia yang unik. Aku jumpa perbezaaan dunia. Aku jumpa rahsia alam.Aku jumpa mata yang cantik. Aku cumpa senyuman yang manis. Aku jumpa kanak-kanak yang ikhlas. Aku jumpa harta yang mahal. Aku jumpa erti rindu. Aku jumpa nilai kasih sayang. Aku jumpa keindahan dalam kegelapan. Dan macam-macam yang aku jumpa. Siapa kata tak best kerja sekarang nih?

DAn aku jumpa pengalaman yang mungkin aku takkan jumpa jika aku cuma dok rumah dan melayan blog-blog TNX dan buat kerja IM sahaja. Bila kita keluar dari ruang selesa kita, kita akan mengalami banyak perkara. Benar, aku selesa ketika buat kerja dirumah dulu. Gembira menjadi Full Time blogger dan digelar dari member-member lain sebagai Problogger. Seronok bila orang gelar kita begitu. Tapi sekarang, biarlah aku gelar diri aku sendiri sebagai Half-Time Blogger sebab aku tidak lagi menumpukan sepenuhnya dengan dunia blogging. Cuma ketika aku bekerja dengan pekerjaan aku sekarang, aku gembira. Kerja ni pun takdelah teruk sangat. Ada masa leh lepak. Nak mengular pun boleh. Cuma aku biasa menggunakan ayat berehat untuk menjaga hati aku sendiri. Haha..janji aku tak gunakan masa tu untuk merompak atau layan cerita biru.

Ps: Jika korang dah baca sampai ke tahap ni. Aku ucapkan tahniah. Ini artikel yang ke 548. Komenlah apa-apa untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Earncent.com. Sesungguhnya, aku bangga dengan blog ini kerana sekurang-kurangnya ia membantu korang daripada tidak mengorat bini orang ataupun merompak bank jika korang membaca blog aku setiap hari. Haha..

Related Posts

  • Komisen ke 4 dari Kerja-kerajaan.comKomisen ke 4 dari Kerja-kerajaan.com
  • Jujur itu lebih kacakJujur itu lebih kacak
  • Kerja Blogger, Kerja IM dan Kerja KerajaanKerja Blogger, Kerja IM dan Kerja Kerajaan
  • Bukti – 100 Dollar Sebulan dengan TNX.netBukti – 100 Dollar Sebulan dengan TNX.net
  • Komisen ke 41 dari TNXKomisen ke 41 dari TNX
  • Titan, Puasa dan Kelas TNXTitan, Puasa dan Kelas TNX
Posted in: 3 month blogging test, adsense alternative, banting life, blogger separuh masa, blogging, Buat Duit, buat duit dari internet, buat duit dengan blog, news, recommend, Sony Ericsson, update / Tagged: buat duit dengan TNX, earncent, full time blogger malaysia, half time blogger, kanak-kanak ikhlas, kerja dengan kerajaan, kerja kerajaan, kerja kerajaan tak best, make money with tnx, pengalaman titan, problogger, sejarah earncent, titan

25 Thoughts on “Siapa kata Kerja Kerajaan Tak Best?”

  1. Sain on July 7, 2009 at 3:17 am said:

    Bagus gak kerja kerajaan ni…Banyak faedahnya….

    Reply↓
  2. akazuma on July 7, 2009 at 3:30 am said:

    ehm..memang best kerja kerajaan. Cuma tak semua orang suka. Ada gak yang suka keje sendiri..

    Reply↓
  3. rina on July 7, 2009 at 2:31 pm said:

    semoga berjaya dalam temuduga nnati ye! :)

    Reply↓
  4. Cyza on July 7, 2009 at 11:38 pm said:

    aku pun keje gomen….hehe

    Reply↓
  5. safar on July 8, 2009 at 2:13 pm said:

    Bagus sebenar kerja kerajaan.banyak kemudahan.

    Reply↓
  6. merahkatak on July 9, 2009 at 4:29 am said:

    hoho..sapa bilang kerja kerajaan tak lumayan haa.. :D

    Reply↓
  7. Jutawan Ceramic on July 9, 2009 at 5:12 am said:

    Best memang lah best keje kerajaan.Ada pro and kontra nye.Sendiri mau pikir lah.hehe

    Reply↓
  8. Jusmate5 on July 9, 2009 at 5:23 am said:

    “Kategori sijil yang agak mahal” haha.satiranya.

    Reply↓
  9. alkisah on July 9, 2009 at 6:35 am said:

    gua x minat keje gomen..gua suka keja sendir2 saje..nmn tahniah kpd yg terpilih keje gomen, mmg byk khasiat dan kelebihannya. Yang baru nak i/view ni pun, gua doakan good luck, semoga berjaya.

    Reply↓
  10. animeboon on July 9, 2009 at 10:27 pm said:

    ada orang suka keje sendiri. Ada orang suka keje gomen. So, pendek cite. Kejela apa-apa..

    Reply↓
  11. Tengku Haadi on July 9, 2009 at 11:53 pm said:

    hohoho, kebetulan phone saya w700i gak. Kalu keje gomen ni rmai yg berebut sebab memang byk faedah terutama nak wat pinjaman n terjamin hidup dari swasta

    Reply↓
  12. Paul Nathan on July 12, 2009 at 9:08 am said:

    Hi Titan,
    U pun dapat interbiu kjaan Peg Kajibumi? I pun sama. See u Friday ini.
    I betul2 tension. Tak tau apa nak baca.
    All the best ya!!!
    Paulie

    Reply↓
  13. titan on July 13, 2009 at 2:12 am said:

    Sain. Kerja dengan kerajaan ni memang banyak faedah yang orang lain tak dapat. Cuma gunakan sebaik-baiknya..

    Akazuma. Betul. Terpulang pada diri masing-masing. Yang mana korang lagi suka..

    rina. Insya-Allah. :)

    Cyza. Haha..memangla..

    safar. Tau takpe. Hehe..

    Reply↓
  14. titan on July 13, 2009 at 2:15 am said:

    merahkatak. Haa. sape? sape?

    Jutawanceramic. Yup. So, fikir-fikirlah. Jangan suruh aku fikirkan sudah la..

    Justmate. Memang mahal apa. Berapa banyak duit dah kita taburkan hanya untuk dapatkan sekeping sijil tu? Berpuluh ribu jugak kan? Tak ke mahal tu..

    alkisah. Yup. Takde masalah. Sesetengah orang suka keje gomen. Ada gak yang suka keje sendiri.

    animeboon. betul. betul. :)

    Tengku Hadi. Itulah antara sebab ramai orang suka kerja kerajaan. Pencen tu yang dicari..

    Paul Nathan. See you too this friday. Mak aii..ramai gila yang gi interview nih..

    Reply↓
  15. Rafhz on July 14, 2009 at 6:50 am said:

    haha.. lame x lepak kat blog nie.. huhu.. mklum la hidup aku amat bz… haru tul… well kerja ko skunk dah kenal kan ko kat dunia luar.. x la mcm dulu.. asyk terperuk aje.. walaupom bukan mcm katak bwh tempurung kan… anyway.. hope ko happy ngan keje skunk.. aku plak nk apply keje len.. yg lbh baik dr skunk.. huhu.. nk kumpul duit.. buat…. hehe paham2 yek :D

    Reply↓
  16. titan on July 15, 2009 at 6:05 pm said:

    ko memang bizi aje manjang. Buat2 faham? Aku tak faham ni mangkuk..

    Reply↓
  17. Rafhz on July 17, 2009 at 10:40 am said:

    haha.. nk beli kete… beli rumah.. buat modal bukak bisnes sndiri.. n satu lagi modal nk nikah anak org haha…. ada paham.. haha

    Reply↓
  18. Rafhz on July 25, 2009 at 1:18 pm said:

    titan.. sebelum aku melangkah lebih jauh.. aku nk jmpe ko dulu k.. haha.. nnt aku bgtau bila n dimana k.. harap2 ko free time tu… ala.. hujung minggu je..

    Reply↓
  19. titan on July 25, 2009 at 4:50 pm said:

    ohh. faham. Ramai tul nak jumpa aku sekarang. Bagitau aku bila, hari dan tarikh. Aku akan roger kalau takde masalah..

    Reply↓
  20. Rafhz on August 2, 2009 at 5:42 am said:

    almaklum la.. ko makin glamour… hahaha

    Reply↓
  21. luvy on October 27, 2009 at 1:31 am said:

    keje kerajaan betul2 memualkan,kena stay lama utk satu2 jawatan,skang ni yg degree amik jwatan diploma dgan jawatan spm jer,keje private byk exposure,keje dgn org2 terpilih,ni keje dgn tmpat yg pakai byk kroni,bayangkan kt bekerja dgn org yg dpt masuk dgn mudah,sambil lewa lah jawabnya,kalau sapa yg result oriented sure suffer jiwa keje dgn kerajaan,scan org dlm masa 20 minit utk amik keje 20 -30 thn,once dah masuk selamat,xde saingan.

    Reply↓
  22. titan on October 27, 2009 at 7:58 am said:

    rafhz. Menda makin glamour. Ko tu yang makin glamour. Sampai tak sms aku pun.. :(

    luvy. Dah memang macam tu cara dan method kerja kerajaan. Kita kene terima seadanya. Sepatutnya bersyukur, yang kita ada kerja dan mampu makan. NEgara lain, ada yang kebulur, berperang lagi, kena puting beliung, kena gempa bumi. Kita sepatutnya bersyukur..

    Reply↓
  23. jawatan kosong on December 3, 2009 at 2:13 pm said:

    betul tu, tak perlu pilih2x kerjaan. Apa jua kerjaan terima saja saat ni.

    Reply↓
  24. titan on December 3, 2009 at 3:14 pm said:

    jawatan kosong. Yap. terima sahaja apa yang kita ada sekarang dan mahirkan skill masing-masing. Kalau ada peluang kerja lain, sambar. :)

    Reply↓
  25. ainun on August 29, 2011 at 7:58 pm said:

    hehe…kerja kerajaan ada best, ada tak best

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.

Recent Comments

  • Izzuddin Fauzi on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Norfanil on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • ejam on Awek Petronas Baju terbalik.
  • cik tom on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • cik tom on Awek Petronas Baju terbalik.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress