Maafkan aku jika ada yang tertunggu update blog ini setiap hari. Ini kerana aku sangat sibuk menguruskan beberapa perkara yang aku sendiri tak sangka boleh datang pada minggu lepas dan minggu ini. Dan banyak benda yang tak terdaya aku lakukan seorang diri. Jadi, beberapa kawan terpaksa aku tugaskan untuk membantu dan terima kasih kepada korang yang membantu.
Yup. Ada kawan bertanya. Aku sudah join MLM kah? Ya. Itu jawapan pendek yang aku akan beritahu dan mungkin hanya 2 syarikat MLM sahaja yang aku akan sertai sekarang. Pertama. GDI iaitu Global Domains International. Syarikat MLM ini menggunakan domain sebagai produk dan aku rasa ramai yang sudah mengetahui tentang GDI dan aku alu-alukan jika korang mahu daftar sekarang. Siapa tak faham boleh hubungi aku melalui ruang
contact dan aku akan terangkan jika korang masih tak faham. Ini MLM yang paling mudah dilakukan dengan hanya maintain RM35 setiap bulan sahaja. Kalau korang join syarikat konvensional yang lain, biasanya kita kene maintain lebih RM100 untuk mendapat komisen dan melayakkan kita terima duit bulan itu. Tapi ianya berbeza dengan GDI. Korang secara automatik layak terima komisen selepas korang kekal bayar maintain RM35 setiap bulan. Jika ada downline, korang akan terima komisen dan minimum payout adalah $10 usd sahaja jika korang menerima bayaran melalui paypal. Dan itu baru sahaja komisen perhead. Belum lagi komisen yang lain..
Ok. Tentang MLM yang kedua aku sertai dalam tahun ini adalah Syarikat
Shamelin Bina. Syarikat yang menggunakan sistem MLM yang juga merupakan anak syarikat kepada Koperasi Shamelin. Produknya adalah Jus Manggis. Aku rasa mesti korang dah tahu banyak produk manggis yang akan menyerang pasaran Malaysia. Dulu, adalah Zango. Kemudiannya muncul Vemma. Dan sekarang adalah
Shamelin Bina. Aku memilih untuk
Buat Duit dengan Shamelin kerana ianya merupakan syarikat Melayu dan pengerusi dan ahli lembaganya juga adalah orang melayu. Pendek cerita melayulah dari mula sampai habis. Keduanya, produk. Jus manggis. Atas sebab kesihatan aku dan juga ingin menyembuhkan penyakit kencing manis abah aku, aku cuba jus ini ke atas abah aku. Haa, testimonal hidup tu. Kalau ok, abah aku akan boleh makan sedap-sedap lepas ni. Takde lagi teh tanpa gula atau gulai tawar bila aku balik rumah nanti. Hehe..lagipun, aku rasa tak best bila aku makan sedap-sedap tapi abah aku terpaksa control makan. Jadi, ini salah satu usaha aku untuk bantu beliau..
Jika ada yang berminat nak tahu berkenaan Shamelin dan
apa itu Shamelin Bina. Bolehlah rujuk diwebsite
Shamelin Bina ni. Pelan marketing, penerangan produk, gambar, testimonial dan sebagainya ada kat website tersebut. Baca aje dan jika betul-betul berminat nak buat duit dengan MLM, bolehlah join group aku. Itupun kalau berminat. Haa, apa barang blogger join MLM kan? Tapi aku pedulik apa. Lagipun pakej platinum cuma RM2080 sahaja. (Sekarang aku join pakej basic. Cuma RM260 sahaja. Tapi memang aku akan upgrade dalam masa terdekat ni) Daripada aku letak kat Maybank aje, baik aku labur dan berusaha untuk double triplekan income aku samada melalui blogging dan MLM. Lupa,
duta MLM Shamelin Bina ini adalah saudara Malek Noor. Yang masuk surat khabar tu. Tahu kan? Malam tadi, baru aje buat penerangan dengan beberapa orang yang berpotensi untuk jadi leader kat Jerantut ni. Insya-Allah, mereka berminat. Kita cuba sahaja. Berjaya atau tidak. Itu kerja Tuhan. Kita usaha dan promosi. Ada orang berminat. Kita terang. Orang tak berminat. Takpe, mungkin anak korang minat. Siapa tahu kan? Haha..
Macam janggal aje bila aku promote syarikat MLM ni. Tapi aku tak kesah sebab ini juga salah satu edisi siasat yang sedang aku jalankan.
Modal untuk pakej Basic cumalah RM260 sahaja dan aku sudah pasang target. Insya-Allah aku berjaya jika ianya menjadi. Untuk GDI. Aku sudah campak dan sediakan awal-awal $240 dollar ($10 usd setiap bulan yang kene maintain) untuk bayar GDI aku untuk 2 tahun. Jadi, kita lihat apa yang akan terjadi dengan Titan dan GDI dalam 2 tahun akan datang. Aku akan dapat lebih dari $240 dollar atau tidak. Insya-Allah, jika kena jalannya. Aku boleh dapat lebih.
Ps: Dapat berita buruk. Tapi aku kene kool. Sebab aku lelaki. Huhu..
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content