Sudah beberapa hari aku tidak menulis apa-apa diblog ini. Seperti yang diketahui umum, aku jarang-jarang dapat online atau update disemua blog-blog MMO dan blog TNX aku yang lain. Apatah lagi blog ini dan blog bahasa melayu yang lain. Mungkin kerana banyak kerja yang perlu aku selesaikan dan aku tidak dapat selalu online pada waktu malam seperti dulu. Tugas semakin sibuk. Tapi aku dapat sesuatu daripada kesibukan tersebut. Benar seperti telahan aku ketika menerima kerja di Jerantut ini, aku akan dapat sesuatu. Dan ternyata, sesuatu sedang membuatkan aku rasa hidup ini lebih bermakna. Haha..
Abah aku call. Aku dapat surat temuduga. Aku pelik. Ini kerana aku tak pernah isi mana-mana borang untuk mintak kerja samada dalam sektor swasta ataupun kerajaan. Tapi aku dipanggil temuduga untuk Gred C41 iaitu Pegawai KajiBumi (Geofizik/Kajibumi). Sejujurnya aku masih dalam keadaan terkejut. Aku tidak isi borang SPA atau apa-apapun diinternet. Aku yakin abah aku tak apply untuk aku atau sesiapa yang gatal nak tolong aku. Sangat pelik sebab tawaran ini datang setelah 2 tahun aku tamat pengajian dari UMS. Sudah hampir 2 tahun aku tinggalkan bidang Geologi. Aku tak tahu aku masih hebat atau tidak dalam bidang ini. Tetapi, aku akan cuba penuhi temuduga itu untuk memerhatikan sesuatu dan mendapatkan sesuatu kepastian. Pastinya aku akan tanya, mengapa aku dipanggil temuduga. Tempat temuduga? Kat mana lagi, Putrajaya. Itu sahaja aku rasa tempat yang biasa untuk temuduga. Korang rasa, wajar atau tidak? Ini jawatan tetap. Bukan kontrak tu. Nasihat abah aku, pergi aje. Tak rugi 1 sen pun..
Slumdog Millionaire. Aku baru sahaja menonton filem arahan Danny Boyle. Cerita yang ditulis oleh Simon Beaufoy memang tidak mengecewakan aku. Aku boleh layan tengok cerita ni tanpa makan pop-corn atau perlu dikelilingi oleh awek Jerantut. Malam ini aku cuma ditemani oleh air suam dan kipas angin yang menderu. Lama gak cerita ni. Esok aku masih kena kerja. Tapi jam dah pukul 4. Habislah aku esok. Mesti mengantuk tahap cipan punya. Cerita yang bertemakan program realiti show berbentuk kuiz iaitu Who wants to be a Millionaire betul-betul mengangkat naik filem ini. Yang aku tak sangka, telor english diorang boleh difahami walaupun takde subtitle. Yelah, orang india, faham-fahamlah selanga dan bunyi english diorang. Lain sikit kan? Kalau orang Jepun, lagilah. Orang Melayu, Orang jawa, orang British, semua ada telor dan kepekatan masing-masing ketika bertutur dalam bahasa english. Pendek cerita, aku terhibur dengan jalan cerita dan pelakon. Semuanya tepat dan bersesuaian.

Untuk yang tak pernah lagi menonton filem Slumdog Millionaire. Aku cerita sikit pada korang apa benda cerita ni. Simply, ini cerita tentang si Jamal, Malik dan Latika. Diorang ni dah takde mak bapak dalam cerita ni. Jadi, demi tidak lapar mereka buat apa sahaja kerja sejak kecil sehinggalah dewasa walaupun sampai terpaksa mencuri dan menipu. Yela, nak hidup kan. Kita pun sama, macam-macam kita buat semata-mata nak memenuhi nafsu sendiri. Inikan pula si Jamal, Malik dan Latika. Diorang bertiga terpaksa mengikut arus. Budak kecil dan takde hala tuju. Mestilah diorang ikut aje kalau ada orang bagitau gini gitu, kan? Tapi ini yang membantu Jamal untuk menang dalam program realiti show Who wants to be a Millionaire ataupun Kaun Banega Crorepati dalam bahasa Hindi walaupun pada mulanya dengan secara tak sengaja berjaya masuk program tersebut. Memang penuh dengan kejujuran dan nasib peringkat tertinggi. Semua jawapan ada kena mengena dengan kehidupan Jamal, abangnya, Salim dan Latika. Penamat boleh diagak, abang akan selamatkan adiknya. Adik jadi Hero. Hero dapat Heroin. Habis. Itu sahaja dan cerita Slumdog Millionaire ni dah menang award. Dasyat tu, filem negara kita ni bila agaknya nak menang award macam diorang?
Ps: Kadang-kadang kala, nasib memainkan peranan dalam kehidupan kita. Ianya bergantung bagaimana kita menggunakannya pada masa yang sesuai. Kadang-kala, nasib mempermainkan kita dan kita terlepas sesuatu hanya kerana kita lambat bertindak. Cuma kita kena tahu, nasib takkan datang tanpa doa dan usaha yang berterusan. Jika mahu sesuatu, berdoalah selalu. Itu satu pesanan dari Ustaz aku ketika aku darjah 4 dulu. Ingat sampai sekarang. Kenapa? Aku pernah berdoa ketika aku masih kecil dulu. Aku mahu beli kereta pakai duit kerja aku sendiri. Kini, doa aku sudah tercapai. Alhamdulillah. Macam mana pula dengan doa kalian?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Insurance: What it Takes to Become a Licensed Agent | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Sharecash »














Kira ok la citer tu, memang patut pun menang filem terbaik. Bukan Malik la nama abang dia, Salim.
Part paling kelakar bila si jamal ni sanggup terjun dlm lubang najis semata-mata utk nak dpt signature Amitabh Bachan.
Yup. Salim tu abang kepada si Jamal.
slumdog millionaire. Tak tengok lagi. Memang best ke cite nih??
tapi untung la ko
tak apply pun
boleh dapat
jarang berlaku situasi ajaib cmni
Nak cari gak ar cite tu. Ade download free slumdog millionaire?
*Keyword, SEO…
Lama tak jenguk. Nak komen pasal slumdog -> nasib
Hurm, aku nak quote kata2 Kakasyi sensei masa lawan ‘one to jus’ dengan sensei Gai dalam anime Naruto (versi lama).
Kakasyi menang. Lepas tu, dia kata, nasib baik je. Tapi, nasib baik ni kena berlatih untuk dapatkan.
Lebih kurang gitulah scene dia.
Apa-apa pun, rasa bernasib baik adalah perkara yang paling best untuk dikenang
semoga di murahkan rezeki yerk…
p/s: nasihat bapa kena ikut
manalah tahu boleh menang duit sejuta ke..
baru paham situasi kakitangan kerajaan nanti.
Aku pun sama mcm ko. Amik Geologi tapi tak penah isi apa2 borang temuduga dan mtk keje. Skang tgh enjoy keje dari rumah n dapat income setiap minggu.. hehe.
Aku bkn apa…nnti bila dah keje kerajaan, dah xde freedom mcm hari ni. Bleh bgn lewat, xyah lalu jln jem, bcuti suka hati n sbgnya. hehe..
Apapun, gud lark utk ko Titan…
Jackal. Sape yang takut hantu ni, mangkuk??
atan. Ni lagi sorang. Aku bagi siku potong dengan buah serang. Baru tahu..
sandy? Ni minah mana plak mengarut. Aku tahu ko gay. Haha..
Kampungboy. Aii..keje kerajaan pun ada main spam-spam ker..
Fatin Pauzi. Apsal hang jeles nie??
RK. Setuju. Nasib memang memainkan peranan penting dalam setiap kehidupan dimuka bumi ini..
Ikram. Mak abah aku suh pegi. Aku pegi ajelah. Bukan selalu pun. SPA tu..
zool. Sekarang pun memang aku kakitangan kerajaan. Haha..
Sulumits. I already make money. Just hope i can earn better.
Din Beramboi. Aku tak kesah kerja apa sekalipun. Tapi aku cari sesuatu dalam kehidupan nih. So, aku redah aje. Dapat apa yang aku cari tu. Itu dah cukup aku hidup kat dunia nih. Haha..tak kesah la waktu tu aku keje kerajaan ke..ke spy ke..keje bawah tanah ke..keje swasta ke..keje sendiri. Janji..dapat apa yang aku nak..