Hari ini aku akan cerita tentang satu lagi cara untuk buat duit diinternet menggunakan platform blog. Aku tak pasti korang pernah dengar atau tidak program ini. Tapi yang pasti, ianya mesti baru bagi korang. Dan ianya sangat sesuai untuk website atau blog yang ada aktiviti trafik yang sangat mengagumkan. Sebelum aku cerita lebih jauh, baik aku terangkan sikit apa yang perlu kita tahu tentang Program ExitJunction ini.



Program ExitJunction ini baru sahaja aku tahu dan aku sendiri tak pasti berapa ramai yang dah berjaya buat duit dengan benda ni. Jadi, ini satu lagi ujikaji baru yang aku sesuaikan untuk 1 blog high traffic dan 1 blog baru yang sedang meningkat untuk menjadi high traffic blog. Ini bermakna, blog baru juga sesuai untuk program ini dengan syarat traffic ke website korang bukan tahap cipan atau contentnya terlalu buruk. Janji content korang sentiasa update dan ada sedikit traffic, itu sudah mencukupi untuk menyertai program ini.

Syarat lain, mungkin blog bahasa english sahaja yang mereka terima. Tapi aku telah hantar blog-blog bahasa melayu untuk diluluskan oleh pihak ExitJunction. Kita lihat samada diorang luluskan atau tidak. 2 blog bahasa english aku diluluskan dalam tempoh 48 jam. Tapi tempoh untuk kita lulus menyertai program ini mungkin mengambil masa yang agak lama. Aku rasa aku daftar program ExitJunction ni 2 minggu lepas dan baru sahaja beberapa hari lepas aku dapat email yang memberitahu aku lulus untuk program ini. Tapi selepas aku submit blog baru, blog tersebut lulus dalam tempoh 48 jam. Jadi, bagi aku ianya bukan satu proses yang menyukarkan kita. JIka kita mahu buat duit. Susah sikit tak apa kan?

Ok. Jadi bagaimana hendak buat duit dengan ExitJunction? Kita dibayar bukan berdasarkan klik macam adsense atau Nuffnang. Tapi kita dibayar jika ada visitor yang meninggalkan blog kita. Tapi bukan berdasarkan impression. Kiranya cam ginilah. Jika ada orang masuk blog korang, dia blah lepas tu. Jadi, kiraan earning korang berdasarkan itu. Bukan berdasarkan jumlah impression. Jika jumlah impression, memang senang sangatlah kan nak buat duit? Aku tahu banyak blog yang ada nilai impression sehingga tahap gampang sekali. Berjuta impression setiap bulan. Mahu putih mata admin program nak bayar duit diorang. Haha.. tapi program ExitJunction mencipta fenomena baru dengan membayar kita apabila ada orang keluar dari blog kita. Dan aku rasa ianya juga berdasarkan IP address. Mungkin 1 IP, satu orang. Bagi aku, still macam pay per impression tapi khas untuk 1 IP dan diorang mengira semua IP tak kiralah korang dari international ataupun US. Biasanya trafik dari US sahaja program macam ni bayar kan? Tapi international trafik macam negara kita pun diambil kira. Nantikan sahaja edisi open case dari aku bila aku rasa ianya sesuai untuk dikongsikan.

Bayaran adalah dalam bentuk paypal. Minimum pula adalah 25 dollar. Aku tak rasa ianya satu nilai yang sukar untuk dicapai. Tapi jika trafik blog kita tu memang ciput, mungkin ianya mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke nilai minimum. Jadi, jangan marahkan sesiapa jika korang tak dapat buat duit dari ExitJunction. Setiap program ada risiko dan setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tidak bermakna korang gagal buat duit dengan Exit Junction, korang gagal buat duit dengan blog. Mungkin ada program lain yang lebih sesuai dengan korang. ExitJunction cumalah satu lagi program adsense alternative yang aku jumpa dan aku kaji. Jadi, terpulang samada korang mahu mencuba atau tak.

Risiko untuk kene tendang dengan pakcik G? atau hilang pagerank. Itu aku tak pasti. Sebab ini bukan program jual beli link. Takde kaitan langsung. Jadi, aku tak pasti samada ianya berkaitan atau tidak jika korang ingin mencuba diblog-blog buat duit korang. Terpulang pada pemerhatian masing-masing.

Ps: Selsema dan batuk masih galak. Perlukah aku pergi ke klinik kali kedua? Ubat klinik haritu dah habis. Aku pelik. Kenapa takde antibiotik kali ini agaknya? Mungkin itu penyebab demam, batuk dan selsema aku menjadi-jadi kali ni..







Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
tenuk - 18 Jun 09 at 16:27:25
bodoh je top commentors name diri sendiri..
merahkatak - 18 Jun 09 at 17:05:24
tenuk? Ko ni bodoh ke bangang? Ko tau tak apa itu wordpress? Tahu tak fungsi plugin top commentors tu apa?
Fatin Pauzi - 18 Jun 09 at 19:16:11
Adeh, tenuk….tenuk…
titan - 18 Jun 09 at 22:42:12
tenuk. ko ada masalah dengan aku? Ada masalah, bagitau. One by one pun aku takde hal punya..

merahkatak. Entahlah. Dia gersang sangat kot sampai marah cam gitu sekali.

fatin pauzi. Itulah situasinya kalau ayam dah pandai membaca..
taukey - 19 Jun 09 at 00:11:50
hehehehehe. bagus gak program cam gini. jadi maksud disini, bounce rate tinggi dalam sesebuah blog tu pun mampu bagi duit kan titan?
riku - 19 Jun 09 at 04:07:31
satu program yang agak pelik. Mungkin boleh dicuba dan takkan hilang pagerank.. :)
titan - 20 Jun 09 at 11:33:45
bounce rate tinggi? Agaknyalah kot. Aku try kat site aku yg alexa ranknya under 800k dan 1200k. Kita tengok trafik dari blog high trafik aku ni membantu atau tidak untuk buat duit dengan exitjunction ni. Kalau cam gampang, aku tinggalkan aje program ni. Haha.. :D
safar - 20 Jun 09 at 15:12:18
pelik juga program ni nama dia pun pelik agaknya Admin dia pun pelik hari-hari makan biskut dalam keadaan terbalik.
abgzol - 20 Jun 09 at 15:50:36
Peh! Satu lagi lubang buat duit dengan blog..tak sabar nak nunggu result edisi siaisat bro titan terutamanya tang diterima ke idak blog BM nih..makaseh bro info begini sgt berharga utk newbie mcm aku nih!
zool - 21 Jun 09 at 04:42:42
Macam2 program ko layan ek.. Sampai tak terkejo aku nak baca info2..
akazuma - 22 Jun 09 at 02:43:47
bukan macam-macam. Dah macam rojak. Tak tahu mana satu nak try nih. Hehe.. :)
kick - 23 Jun 09 at 11:57:46
siapa si tenuk tu agaknya???

apapun. Satu lagi program pelik dari titan. Pening. Macam-macam dah nih..
titan - 23 Jun 09 at 23:54:37
safar. Nama program memang pelik. sebab tu aku join kerana nak tahu apa kejadahnya program ni. Tak sangka diluluskan pula. Hehe…

abgzol. Tunggu ek. Kalau ada update, akan ada edisi open case yang seterusnya..

zool. Tak banyak. Tapi kira oklah sikit. Time aku rajin-rajin search. Memang aku share kat sini juga nanti..

akazuma. Rojak takpe. Jangan hilang fokus dan tak tahu apa yang kene buat setiap hari..

kick. Entah. Dari zoo mana la agaknya. Siap boleh tulis komen tu. Ni bukan program dari aku. Tapi satu program yang menjadi mangsa ujikaji aku. Hehe.. :D
rina - 24 Jun 09 at 06:51:49
uii. sudah macam-macam program. Baguslah. Untuk orang melayu kita juga..
faiz - 25 Jun 09 at 09:49:21
thanks… good post, please visit me to ….
Sulumits Retsambew Web Hosting - 29 Jun 09 at 05:55:32
Exit and get money with your site. Look like really cool style to get extra income. Come to your blog and leave your blog.

Leaving your blog and you get paid…

Waiting your open case study of this leaving site and get paid…
Sulumits Retsambew Web Hosting - 12 Jul 09 at 05:44:00
the tenuk is from planet jupiters


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------