Entri ini sepatutnya dikeluarkan semalam, tapi wordpress memang bengong sikit sejak dua menjak ni. Semua post yang aku dah jadulakan tak keluar. Jadi missing plak. Jadi, mahu tak mahu aku publishkan aje daripada dok tersidai kat dalam nih..
Cerita hari ini adalah tentang satu lagi program baru iaitu Netpartner. Aku rasa kebanyakan penggiat CPA atau Cost Per Action program sudah mengenali program ini dan tidak kejam aku katakan tidak ramai yang telah berjaya dengan program ini. Mengapa? Program CPAlah antara program yang sukar untuk buat duit. Aku mengakui hakikat itu dan aku rasa ramai yang bersetuju. Tetapi setelah korang tahu cara untuk tunekannya dan menukarkannya ke dalam bentuk keuntungan. Aku tidak rasa ianya satu kerja yang sukar bukan?

Sekarang, rata-rata sudah tahu apa itu CPA dan ada juga antara member-member kita yang berjaya dalam CPA termasuklah dalam program Netpartner. Jika dulu, website Netpartner ni buruk aje muka depannya. Design pun entah apa entah. Tapi sekarang, setelah diberi nafas baru dan design yang sangat mengagumkan, ianya mampu menarik lebih ramai advertiser untuk menawarkan kerja kepada publisher. Fuhh, nasib ada gak sikit kerja CPA untuk trafik Malaysia. Ingat sonang ke nak buat duit dengan Netparner ni? Silap aribulan, satu sen pun kita takkan dapat. Itulah hakikat yang aku rasa waktu mula-mula aku sertai Netpartner nih. Hehe..
Sekarang, aku cuma mampu senyum sahaja. Bolehlah daripada tak dapat apa-apa. Sejujurnya, income Shareasale, Adsense, Clickbank dan khidmat Review SEO aku mengatasi income Netparner. Yelah, baru je aku bertatih dengan Netpartner, takkan leh lawan program yang aku dah join lama. Tapi aku akan cuba tunekan agar aku dapat pendapatan pasif dari Netpartner. 100usd sebulan pun jadilah. Tak perlu banyak-banyak. Biar ada daripada tak ada langsung.
Teknik yang aku gunakan simple sahaja. Create landing page yang menarik, letak gambar panas yang sesuai, wat flash yang mudah-mudah, penerangan yang simple tapi mampu mengikat pembaca untuk mendapatkannya dan sekaligus subsribe offer dari Netpartner tu. Tidak pun, buat ulasan tentang produk yang kita promosikan. Tunekan dengan Bidvertiser, Adbrite, Adword, SpeedyAds advertiser, Obeus advertiser dan lain-lain lagi janji tak langgar undang-undang rasmi Netpartner. Itu sahaja cara aku untuk buat duit dengan Netpartner selain tampal banner disidebar. Mana tahu ada tangan yang mengatal dan download smiles kat browser diorang. Leh la aku dapat sekupang dua. Teknik sidebar ini pun kekadang menjadi. Janji trafik yang datang dari US, UK dan Canada itu lebih banyak dari trafik lokal.
Ok. Tak banyak aku nak cite dah. Korang leh pergi daftar Netpartner dulu kalau mahu. Aku tak paksa korang untuk join. Tapi kalau korang dah fedup dengan adsense, ebay, wat review, jual barang dan lain-lain. Apa kata cuba main CPA program. Mana tahu, rezeki korang kat situ plak? Kan? Kan?
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Cabaran Melayu Boleh Tinggal 3 Hari Sahaja Lagi | Edisi Siasat: Buat Duit dengan ExitJunction »
















Fatin Pauzi. Tak juga. Bergantung pada usaha seseorang la. Dia usaha lebih, dia dapat lebih la..
akazuma. Memang menarik. Sebab tu aku cuba dan memang boleh buat duit kalau kene caranya.
farahaznil. Tak rindu aku? Haha..
ilmu komputer. Cuba aje. Tak rugi pun. Tak minta kita keluar duit pun. Hehe..