Nampaknya cabaran Melayu Boleh yang aku sertai sudah hampir ke penghujung. Tinggal lagi 3 hari sahaja lagi sebelum cabaran Melayu Boleh ini ditutup secara rasminya. Nampak gayanya result memang tak berapa menyebelahi blog Melayu Boleh yang aku create khas untuk cabaran yang buat kali pertamanya aku sertai di forum Jombincang dan Wangcyber.

Secara jujurnya, aku yakin blog OhMelayu akan tembus ke muka surat pertama di Google Malaysia. Tetapi jika untuk worldwide, memang tidak pernah pun sekali blog OhMelayu tembus ke muka surat pertama. Selalu parking kat muka surat kedua. Biasalah, usaha pun baru sebulan lebih sahaja disamping ilmu SEO yang masih belum mantap.  Tapi aku yakin dalam masa setahun, blog ini akan masuk muka surat pertama jika kene caranya. Sebab aku bukan create blog ini hanya untuk cabaran Melayu Boleh, tetapi untuk jangka panjang selain menjadi website penampan untuk keyword Melayu Boleh.

Dah jumpa nenek aku. Dia pesan macam biasa. Korang pun tahu kan apa yang biasa dipesan. Jadi, aku senyum sajalah dan berharap agar apa yang dipesan menjadi kenyataan. Harap hati nenek aku sejuk bila aku datang tadi. Paman-paman aku pun semua suka aku balik sebab dapat borak. Yelah, aku sangat jarang balik kampung belah mak aku walaupun dekat. Bukan apa, bila aku datang, depa takde. Bila aku takde, depa ada. Macam manalah nak terjumpa. Tadi aje aku sempat tegur sapa sana sini dengan masa yang sangat terhad. Harap-harap depa tak kecik hati. Jadi, korang semua sementara masih ada masa ni jengok-jengoklah mereka. Ye. Sementara masih ada nyawa yan bernafas dan jantung yang berdegup ni..

Jumpa Dr. Khalid macam biasa. Dia masih ingat aku lagi. Tak sangka plak. Dia tanya aku kerja apa dan kat mana. Dok sembang macam biasalah. Siap tanya lagi pasal klinik kat Jerantut dan macam-macam lagi. So far, inilah doktor yang agak sempoi aje. Klinik dia memang sempoi. Tapi ramai gila orang datang pergi klinik dia walaupun klinik dia tak macam klinik swasta yang lain. Apapun, terima kasih kerana berikan aku ubat yang aku rasa agak sesuai. Terus tangkap tidur lepas aku balik dari rumah nenek. Penangan ubat yang diberikan. Fuh, serius. Aku tidur dengan aman tadi tanpa mimpi-mimpi yang mengerikan..

kekaishi 300x165 Cabaran Melayu Boleh Tinggal 3 Hari Sahaja Lagi


Esok aku akan pulang ke Jerantut. Nak gi kemas barang kejap. Kang mengamok plak emak aku nanti walaupun aku dah tahu memang dia akan mengamuk macam biasa. Biasalah, pagi esok nak balik, pagi tu baru kemas baju dan beg. Kerepek dan bekalan biskut takkan lupa diberikan. Dan bila aku bawa kereta baru aku tu, lagi banyaklah kerepek yang mak aku akan sumbat untuk diberikan kepada keluarga Pak Cu aku. Oh!

Ps: Kadang-kadang bila kita terbangun kul 3-4 pagi, kita suka buka peti ais. Mengapa ek?


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
spatt - 12 Jun 09 at 21:45:10
cari makanan?haha
kalo dah pukul 3-4 pagi aku mmg x bukak peti ais…
tunggu lagi 2 jam,mak aku buat sarapan…
die tau aku sebenarnya batman,malam membanteras jenayah,siang plak tido.
kiro - 13 Jun 09 at 08:39:30
waktu malam? hauslah tu sampai cari air. Hehe :)
topo - 13 Jun 09 at 13:06:08
hohoh dah nak habis dah rupanya pertualang melayu boleh ni…
safar - 13 Jun 09 at 13:47:03
SEO melayu boleh sampai ke penamatnya.
videono - 13 Jun 09 at 15:47:31
hoho..dah nak dekat habis. Sekarang sape yang leading?
titan - 14 Jun 09 at 02:58:58
spatt. biasanya memang aku mencari sesuatu. Ada air. minum. Ada makanan, tibaila. Haha..

kiro. Memang selalu haus..

Topo. Dah nak abis. lagi 2 hari aje lagi.. :)
nero - 14 Jun 09 at 06:54:02
melayu boleh… blog mesti boleh… :)
Fatin Pauzi - 14 Jun 09 at 07:34:15
Ps: Kadang-kadang bila kita terbangun kul 3-4 pagi, kita suka buka peti ais. Mengapa ek?

terbangun sebab cuaca panas kot. sebab tu buka peti ais.
akazuma - 14 Jun 09 at 15:06:00
aku rasa semua orang ada pengalaman bukak peti ais waktu pagi2 buta camtuh.. :D
yazidyahaya - 15 Jun 09 at 09:51:27
dah lama tak datang blog ni,sibuk dengan kengkangan masa..aku harap apa yang diatakan ini akan berjaya..selamat maju jaya Titan.
Sulumits Retsambew Web Hosting - 29 Jun 09 at 05:50:30
you can do it better with your seo skills and keep it up a good work with your make money online with melayu boleh site.
Faeiz - 17 Aug 09 at 00:12:56
Bangun 3-4 pagi and bukak peti ais..sebab dahaga kot?
merahkatak - 17 Aug 09 at 03:05:56
bukan dahaga. cari sesuatu tuh..
titan - 17 Aug 09 at 03:40:44
nero. Yap. Semua orang boleh. Yehh! :)

Fatin. Malam2 panas ye? Hehe..

akazuma. Mesti bahhh..

yazid. Insya-Allah. Mudah-mudahan..

coretancyber. I will!

Faeiz. Dahagala wehh..

merahkatak. Cari air. Hehe.. :)
Faeiz - 17 Aug 09 at 08:30:20
haha~! aku dah agak! :D sebab aku pun sama.
titan - 17 Aug 09 at 12:10:37
Faeiz. Apa yang sama nih? hehe.. :)
ainun - 29 Aug 11 at 20:05:57
wah…cabaran apa in?



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011