Ikut jadual asal. Aku malas nak update apa-apa hari ini. Tapi tangan ni gatal nak menaip dan akhirnya aku dah update beberapa blog adsense dan tnx aku. Lepas tu, aku update plak blog-blog buat duit aku yang lain dan tak lupa juga update blog-blog baru yang diberi nafas baru dan niche baru. Ujikaji dan edisi siasat akan terus dijalankan dan aku rasa aku dah buang duit dekat 2ribu dalam masa 2 minggu nih just hanya untuk mengemaskinikan blog-blog, bayar domain dan hosting, beli hosting baru, domain baru dan beli beberapa produk dan ebook. Rasa nak gila pun ada. Tapi aku peduli apa. Duit boleh cari. Tapi ilmu susah betul nak cari. Sampai kene beli sekarang. Sebab dah cari kat Google pun takde. Nak tanya orang, orang tanak bagi. So, solution terakhir. Beli ajela. Haha..

Aku tengah tunggu 10 episode One Piece anime habis loading di 10 tab di firefox. Mungkin dalam 10-20 minit lagi akan habis loading. Habis tengok 10 episode tu, aku akan masuk tidur. Tadi ada seseorang mesej nak tanya pasal Paypal. Kes kene scam. Kebetulan suara aku serak dan aku sedang demam. Tambah plak batuk dan disertai selsema. Fuh. Sekarang, kalau sakit. 4 in 1. Semua datang serentak. Jadi, mamat tu akan call aku esok. Sabtu aku akan balik ke Jerantut. Cis, time nak masuk kerjalah aku sakit cam gini. Biasanya, kalau tak pergi ke klinik, aku akan sembuh dalam masa 2-4 minggu. Tapi kalau pergi klinik, makan antibiotik mengikut arahan yang sepatutnya, Insya-Allah 1-2 minggu sahaja. Lain ceritanya kalau aku kene virus gila. Itu berbulan gamaknya..

Lupa. Esok aku nak balik rumah nenek. Confirm nenek aku mengamok. Sebab cuti lama cam gini. Esok baru balik kampung. Lusa plak nak balik Pahang. Lagi la nenek aku bengkek dengan aku. Yelah, dah berkurun nenek aku ajak aku tidur kat kampung. Tapi aku menolak atas sebab-sebab yang tak dapat aku nyatakan disini. Namun, aku akan berusaha tidur dikampung pada waktu yang terdekat. Doakan aku ye korang. Hehe..

Ps: Aku rindukan seseorang. Itu pasti. Tapi aku tak leh bagitau dia. Sebab aku tak nak dia tahu aku sedang rindukan dia. Macam mana tu? Haha. Okeh. Abaikan. Sah, aku sakit teruk nih. Sori, lagi satu entri angau dari aku. Haha..







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 6 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 12 Jun 09 at 03:04:07
hehe..apa hal ko ni titan. hah??
Fatin Pauzi - 12 Jun 09 at 19:17:06
Konfem tengah angau nih… :->
silentleo - 12 Jun 09 at 19:49:50
angau sangat dah mamat nih. Haha..
safar - 13 Jun 09 at 13:58:27
suara aku serak dan aku sedang demam. Tambah plak batuk dan disertai selsema. sebab tu mamat yang telefon pun jadi takut ingat raksasa yang angkat.
titan - 14 Jun 09 at 03:28:28
merahkatak. ada hal la. Hehe.. :)

fatin pauzi. Mungkin.

silentleo. Haha..
akazuma - 14 Jun 09 at 17:44:42
Main rindu-rindu plak sekarang..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------