Dalam 3 hari ini, banyak benda yang aku fikir dan banyak benda yang dah berlaku. Secara jujurnya, aku agak lost sikit sejak minggu lepas. Mungkin ada benda yang tak betul dalam kepala ini dan membuatkan aku malas buat kerja.

Aku demam. Ini terpaksa aku akui dan ini merupakan demam dan pening yang agak teruk yang aku alami sejak aku bekerja di Jerantut. Buat pengetahuan korang, aku masih di Banting dan hari sabtu ini aku akan drive kereta baru aku ke Jerantut. Bolehlah rempit bila demam aku dah sembuh. Biasanya demam dan pening kepala itu biasa bagi semua orang. Tapi jika korang nak tahu, hampir setiap hari aku pening. Demam tu takdelah. Tapi pening itu sudah jadi lumrah dalam hidup aku. Ada sebab aku pening dan tidur yang cukup sahajalah pengubat untuk sakit pening aku tu. Mungkin aku kene wat full check up kat hospital kerajaan. Banyak benda lagi yang aku nak buat kat Bumi ni. Jadi, kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang bagus sajalah yang dapat membantu aku untuk terus mencapai cita-cita dan impian aku. Jadi, sapa nak ikut aku gi hospital? Jom, minggu depan aa. Serius, bila kita sakit dan pening kepala macam ni, memang kita susah nak buat kerja bukan? Nak makan pun takde selera. AKu cuma mampu minum air aje sekarang. Haha..



Mak aku kata, aku kene mula fikir tentang seseorang. Seseorang yang mampu jaga kita. Yup. Bukan aku tak pernah berfikir, cuma kadang-kadang, aku malas memikirkannya kerana itu juga salah satu sebab yang buat aku pening. Cuma aku akur yang aku tidak sebaik apa yang orang fikirkan. Aku cuma mampu buat apa yang aku mampu buat dan aku juga cuba untuk buat sesuatu diluar kekuatan dan kepintaran aku. Kadang-kadang, ianya rasa menyeronokkan kerana memaksa diri kita dalam satu dimensi dan ruang yang baru. Tapi ianya agak menyakitkan jika ianya tidak terjadi seperti yang kita mahu. Hidup ini memang palat dan sengal kan? Tapi aku juga tak nafikan hidup ini penuh dengan kejutan dan kegembiraan. Ahh, selagi masih bernafas badan ini dan otak ini masih mampu berfikir, aku akan terus buat kejutan. Terutamanya untuk seseorang.

Baru sahaj habis nonton cerita House. Not bad cerita malam ini. Penuh dengan tanda tanya dan soalan-soalan diluar kotak. House bijak memainkan peranan dan aku akui ini salah satu cerita dalam channel 701 yang mampu membuatkan aku berfikir dan dalam masa yang sama menghayati jalan cerita House. Not bad. Sayangnya aku tidak berminat untuk jadi seorang Doktor. Tapi aku suka lihat cerita bernichekan doktor dan perubatan. Aneh bukan? Manusia memang begitu. Aneh dan hipokrit yang penuh dengan kesengalan. Tapi terselindung disebaliknya kehidupan yang riang dan kejutan. Begitu juga yang ada dalam cerita House. Kawan-kawan aku kata, perangai aku pun dah macam Dr. House. Betulkah? Haha..

Ps: Satu lagi entri peribadi. Tak apa kan? Ok. Jom layan Anime One Piece Online plak..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 11 comments. Apa plak komen korang?
Online Forex - Forex Course - 08 Jun 09 at 16:50:30
amazing post I really like it so much.
merahkatak - 09 Jun 09 at 00:37:30
haha..post jiwang. Haha :)
mamak - 09 Jun 09 at 01:26:18
antibodi ko kena perkuatkan lagi untuk masa depan hidop ko… sabor aje laa dengan ujian yang mendatang silih berganti ittewww…
KampungBoy - 09 Jun 09 at 08:13:23
haha…..di zaman membe u aku dulu minat naruto lagi apa lagi ek
aku tak minat pun…
tahla….
akazuma - 09 Jun 09 at 11:12:28
haha..dah lama tak tengok cite house. Sibuk gila sekarang.. :(
riku - 09 Jun 09 at 13:25:58
ehm..kadang-kadang tu, sakit ni tanda ujian daripadaNYA. Jadi, sentiasalah bersyukur ye titan. Itu ujian tu.. :)
yazidyahaya - 11 Jun 09 at 12:33:56
Mane yang sebanrnya kekasih naruto iya,,,aku tengok sakura peluk naruto la bebaru ni..frust aku,,nape hinata tak peluk,,hehehe

titan,tu semua ujian…
spatt - 12 Jun 09 at 21:46:22
House memang best…
aku ade complete set dari season 1-5 berkat pertolongan rapidshare premium.hahaha
kiro - 13 Jun 09 at 08:31:27
dah lama tak tengok. Dulu selalu jugak kumpul. Tapi dah jarang. Sebab sibuk. :(
titan - 14 Jun 09 at 03:08:13
merahkatak. Tak kesahlah jiwang atau tak. Janji aku happy. Hehe..

mamak. Ye. Tengah bersabarla ni. :)

Kampungboy. Hoho..minat jugak ko dengan naruto. Apsal sekarang dah tak minat? Sibuk?

Akazuma. Ko memang sibuk aje kejanya..
titan - 14 Jun 09 at 03:10:56
Yazid. Naruto kawin dua nanti. Hehe..

spatt. Wahh. Pinjam leh?? :)

kiro. Sibuk aje keja dia..

Riku. Uiit. Insaf..insaf.. :(


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------