Seperti yang aku duga, ujikaji aku untuk program Bukisa telah membuahkan hasil dan aku telah menerima bayaran komisen kedua dari Bukisa tanpa sebarang halangan. Terima kasih kepada Bukisa kerana membayar komisen tanpa halangan dan cepat macam biasa. Hoho..

bukisamaypayment 300x136 Komisen Kedua dari Bukisa dan 7 Tips Buat Duit dengan Bukisa


Seperti entri edisi siasat dan open case yang lalu, apa yang aku lakukan untuk membuat duit pasif melalui program Bukisa telah membuahkan hasil. Di sini, aku sediakan beberapa tips yang mungkin membantu korang untuk mempercepatkan proses korang untuk dapat buat duit dengan Bukisa ini. Ianya menjadi dengan aku, tapi aku tak tahu pula dengan korang.

Cara pertama. Pilih niche, berita panas, cerita panas, anime, gambar panas yang korang rasa sesuai untuk korang letakkan dalam artikel yang bakal korang tulis di Bukisa. Dan jangan lupa, Bukisa sudah mencapai Pagerank 3. Rugi korang tak wat artikel dan buat backlink ke blog-blog korang. Ok, dah pilih kan? Kemudian, disini korang kene aplikasikan ilmu SEO korang. Boldkan keyword-keyword utama dan juga keyword utama itu mesti ada kat ruang title korang. Kalau 2 benda ni takde, jangan harap artikel korang leh masuk 1st dan 2nd page kat Google. Kat Yahoo, susah sikit. Boleh, tapi lambatla. Betul. Aku kata lambat, lambatlah..

Cara kedua. Promote kat 3 tempat keramat ini. Twitter, Digg dan juga Facebook. Pendek cerita, semua site social networking, korang promote dengan berhemah. Jangan main cincai aje. Kang akaun kene ban, aku tak tanggung. Aku sendiri pun blast 2-3 artikel sehari untuk promotion dan aku cuma pakai 16 artikel aje dan ianya sudah cukup untuk buat aku terima bayaran setiap bulan. Bukisa itu income pasif? Aku setuju.

Cara ketiga. Korang ada join Adf.ly? Triond? AssociateContent? Gather? Squidoo? Gabungan 5 program dan Bukisa akan membuatkan income keenam-enam program tu meningkat dengan mendadak. Pepandailah korang buat combination antara 6 program tu. Takkan tak faham kan? Selit-selit je antara artikel bukisa dengan Gather, combine plak squidoo dengan gambar dari Triond, link-link tu semua korang clock dengan Adf.ly. Pendek cite, kalau korang kreatif, memang income 6 program ini akan meningkat. Tak nak cuba sudah, gi main jauh-jauh. Itu belum lagi combination dengan abrite, widgetbucks, adsense, obeus, bidvertiser dan program2 ppc yg lain. Huhu..

Cara keempat, korang tahu kan Bukisa ni ada program referral? Ambil code referral, promote. Blast kat email list korang dan promote supaya diorang masuk dan hantar artikel. Ingat, 1000 impression bersamaan dengan $3.42 dollar. Sape nak bagi tu? Ini program yang paling mahal dibayar berdasarkan impression yang aku pernah jumpa setakat ni. Memang gila. Itu yang aku suka. Bukisa itu memang boleh jadi income pasif setipa bulan? Sekali lagi aku setuju!

Cara kelima, korang tahu kan yang Bukisa ada fungsi feed? Dan setiap username ada feed masing-masing? Haa, korang ada blog jugak kan? Apa lagi, tepeklah ke blog high trafik korang. Blog low trafik pun letak juga feed bukisa tu. Feed bukisa korang tu akan list semua artikel yang korang tulis dan diluluskan oleh Team Bukisa. Kalau tak lulus, memang tak kuar punye sebab tak menepati syarat-syarat dan TOS diorang.

Cara keenam, klik sendiri korang punye artikel sejuta kali. Confirm banyak impression kan? Haha, ini bukan cara topi hitam lagi. Ini cara gila. Jadi, abaikan cara yang ke enam ini melainkan korang tahu cara nak tukar ip korang setiap saat. Kalau korang leh wat, cuba saja. Mana tahu diorang tak leh tahu. Korang gak dapat duit tu. Tapi aku malas wat cara tu. Susah wei. baik pakai SE0. Ingat nak tambah lagi 10 artikel. Mesti leh dapat lebih dari Bukisa ni. Haha..

Cara ketujuh. Korang tahu teknik spamming? Ada 2 cara teknik spamming. Yang baik, korang ada email list kan? korang list semua link artikel dalam email yang korang nak blast, tulis ayat-ayat yang memberangsangkan, blast ke email list korang. Mesti 50% akan klik link tersebut. Tak caya, pergi buat. Itu cara spamming yang pertama, cara yang kedua plak, korang gi mana-mana blog high traffic, haa, apa lagi, wat lah komen yang bagus-bagus dan elakkan daripada dicop sebagai spammer. Kalau kantoi, sendiri mahu ingatlah. Apapun, cara ini pun aku tak rekomen sebab aku tahu orang kita memang kaki spamming.

Ok. Cukuplah 7 tips untuk buat duit dengan Bukisa. 7 cara ni kalau korang buat betul-betul, memang korang leh goyang kaki setiap bulan terima duit dari Bukisa. Aku dah 2 bulan berturut-turut terima duit dari Bukisa dan aku rasa bulan depan dan bulan depan pun masih maintain untuk terima duit dari Bukisa. Jadi, dipendekkan cerita. Jika aku sebagai lelaki melayu boleh, korang pun mesti boleh gak kan? kan? Dah, pi register Bukisa dan ikut arahan diatas.


Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
videono - 04 Jun 09 at 21:23:36
weh..weh. banyak betol combinationnya. Sakit kepala aku tengok. Macam-macam dah selain bukisa. Boleh plak ko wat combination ek.. :)
akazuma - 05 Jun 09 at 02:38:52
buat duit dengan bukisa? income pasif? waa, macam-macam dah ko berjaya buat ye..tahniah bro! :)
[…] For malay people or anyone who can read malay language, you can read Bukisa tips here : 7 Simple Tips that can help you to make money with Bukisa. […]
titan - 05 Jun 09 at 09:42:43
videono. Kalau kene dengan combination, memang korang sendiri rambang mata dibuatnya. Haha..

akazuma. Yup. Aku harap bukisa akan jadi income pasif aku untuk setiap bulan berdasarkan tips dan trik yang aku buat.. :)
rina - 06 Jun 09 at 02:21:59
combination program buat duit? aku rasa titan aje yang boleh buat camni. orang lain mau teleng dibuatnya..
hilda a - 08 Jun 09 at 07:07:07
yang terrer cuma ncik titan sorang..tak nak ajar ke step by step ncik titan?hehe..welldone mr titan
Online Forex - Forex Course - 08 Jun 09 at 16:58:56
Like this post very much.
samdaddycool - 08 Jun 09 at 18:16:40
serius.. entry ni mengujakan aku!
merahkatak - 09 Jun 09 at 00:48:25
7 tips? huhh, sakit kepala baca. Tapi kalau betul nak wat duit dengan bukisa nih, memang kene kerja kuat sikit la nampaknya.. :(
riku - 11 Jun 09 at 05:21:12
em..tahniah dan terima kasih untuk tips yang berguna nih. :)
titan - 14 Jun 09 at 03:59:08
rina. ada ramai lagi yang dah buat macam yang aku buat. Kita cuma kene tiru dan buat aje. Hehe..

hilda a. Boleh ajar. Tapi kene face to face. Ajar maya ni, susah sket..

samdaddycool. Teruja ye? Hehe..

merahkatak. Betul. Memang kene kerja kuat. Takde benda yang mudah didunia nih..

riku. sama-sama. :)
Sulumits Retsambew Web Hosting - 04 Jul 09 at 11:10:56
get to work and writing with your skill and grab the dollars to your paypal…
FreeBrother - 11 Jan 10 at 14:39:07
Nice posting, thanks for share bro!
ainun - 29 Aug 11 at 20:09:47
waa…tahniah bro..hebat



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011