Secara jujurnya, hari ini aku baru je angkat kereta baru aku tu. Nanti aku letak gambar kat sini. Aku tak sempat nak shoot sebab terlalu sibuk dengan urusan sana sini. Dan aku akur yang bab-bab beli kereta ini kene tahu banyak benda. Tapi tak apa. Janji aku tahu selok belok kereta ni. Kereta apa? Ini yang aku tak nak bagitau lagi. Haha..
Seperti biasa, aku terima bayaran daripada Inlinks dan bermacam-macam lagi bayaran termasuklah private ads dan ulasan berbayar. Alhamdulillah, rezeki diawal bulan dan aku akan buat kerja-kerja yang sepatutnya. Banyak gak blog-blog yang dah naik level kepada pagerank yang best-best. So, mungkin aku akan henjut ke inlinks tidak lama lagi selepas hosting yang bermasalah itu berjaya diselesaikan. Sementara itu, aku akan terus wujudkan blog network aku untuk meningkatkan pageranknya.

Sebab sikit sangat. Aku malu nak bagitahu berapa yang aku dapat. Korang fikirlah sendiri ye. Sikit je jumlah yang aku dapat. Leh la sambar domain kat Netkl atau Godaddy. Janji projek tnx aku tu akan berjalan dengan baik dan website jualan tnx sedang dibuat. Aku cuma tinggal untuk kemaskini panduan tnx itu dengan lebih teratur dan manual untuk Panduan tnx juga akan aku buat. Memudahkan aku terangkan kat orang yang akan coaching dengan aku nanti. Pengkeras untuk coaching, murah aje. RM50 dan letak dalam sampul surat sahaja. Dengan syarat, korang datang cari aku kat Jerantut atau Banting. Laptop dan charger bawa sendiri. Kalau tak lepak kat tempat yang ada wifi free, mungkin coaching akan dijalankan dirumah aku diBanting, rumah pakcik aku diJerantut atau mana-mana tempat yang ada internet connectionnya laju. Benda ni dalam 1-3 jam sahaja, tapi aku harap coaching ini dapat bantu mereka buat duit dengan Tnx dan mampu dapat sekurang-kurangnya 10-50usd sebulan. Kalau dapat 50usd sebulan, dah RM150. Balik modal 3 kali ganda tu maa..kalau dapat 10usd aje bulan pertama, dah RM30. 2 bulan dah balik modal. Itu kalau 10usd, kalau dapat lebih? Dan niat aku cuma nak membantu korang mampu buat duit dari Tnx. Jika dapat lebih, syukur. Jika tak dapat apa-apa, boleh tanya aku sampai korang dapat bayaran pertama, kedua dan seterusnya dari tnx. Dengan syarat, aplikasikan apa yang dah aku bagitau. Tapi pada yang dah pandai, tak yah ambil coaching tnx ni, buang masa korang aje. Gi main jauh-jauh..
Kenapa aku cuma bukak di Jerantut dan Banting sahaja. Hanya di dua tempat ini sahaja aku available untuk membantu korang buat duit dengan Tnx. Tempat lain, aku tak larat nak pergi. Sengal badan dibuatnya dan atas niat nak membantu, aku caj RM50 sahaja. Tapi tak apalah, janji depa boleh start buat duit lepas ni. Dan akan dapatlah bonus-bonus tertentu dalam tempoh 1-2 jam tu. Mungkin lebih dari 2 jam gamaknya. Silap aribulan, borak aje lebih. Haha..aku dapat order dalam 10 orang yang available untuk minggu ni dan minggu kedua aku ada 3 orang dah berminat nak jumpa aku kat jerantut. Aku tak pasti sempat ke aku jumpa semua atau dapatkah aku meluangkan masa untuk diorang. Yelah, sudahlah datang cari aku jauh-jauh. Kalau yang dekat aku tak kesah, ini ada yang dari Kelantan, Terengganu, Puchong, Kuala Tembeling, Kuantan, Serdang, kat Perlis pun ada sorang. Sorilah, aku tak larat dah nak jenjalan macam waktu aku muda-muda dulu. Haha..secara jujur, aku baru aje habis coaching dengan seseorang tadi. Alhamdulillah, dia boleh terima dan gembira sebab dah boleh cari duit sampingan.
Yup. Aku baru aje dapat bayaran komisen kedua dari Netkl. Cepat aje diorang transfer kali ini. Diorang kata, kalau bawah RM100, diorang just transfer aje ke akaun bank. Tapi kalau lebih RM100, diorang akan hantar cek. Bagi aku itu satu jalan penyelesaian yang bijak. Kira oklah tu dan kepada downline aku semua, terima kasih kerana register bawah aku dan aku sangat recommend korang untuk guna Netkl sebab kebanyakkan blog high trafik aku menggunakan Netkl sebagai hosting utama. Jadi, kredibiliti Netkl memang tak diragui bagi aku. Hoho!!
Ps: Bonus untuk personal coaching projek Tnx. Aku sajikan juga tips untuk buat duit dengan Bukisa dan juga tips SEO pada diorang. Ada lagi. Tapi nantilah aku cerita..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Gosip Panas: Titan dengan Awek Jerantut | Komisen Kedua dari Bukisa dan 7 Tips Buat Duit dengan Bukisa »




















dah nak buat coaching plak
tahniah bro
Aku pun nak gak ikut coaching tuh..
Kak Jie. Tak berpeluang apa ye..
Kampungboy. Aku dah lama buat coaching. Tapi pada yang dekat-dekat aje. Yang jauh, tak larat aku..
apes. Bukan aku tak nak. Kang korang tak faham, terkecik hati ke apa ke. Aku tak tahu. Aku tak nampak. So, aku sendiri rasa tak sedap. Sebab tu, coaching aku sekarang, face to face. Senang nak cite..
blinkky. Thanks.
videono. Betul tu.
akazuma. Ntah. Hantam aje..