Secara jujurnya aku baru balik dari Jerantut. Perjalanan yang agak memenatkan walaupun semasa dalam bas ekspress tadi aku duduk disebelah awek jerantut yang mempunyai semangat melayu boleh yang tinggi. Mana tidaknya, awek ni tidur dengan ganas sekali. Berapa kali langgar aku dan dua kali dia landing baik punya kat bahu dan lengan aku. Tahulah lengan aku sedap untuk dibuat tidur. Tapi agak-agaklah sikit. Tapi sebab kesian punya pasal. Aku buat bodo aje tadi. Bukan selalu ada awek melayu yang tidur kat lengan kita kan? Nak kejutkan, aku tak tahu camana nak kejutkan dan cuma berharap driver bas tu terlanggar batu atau bawa gila-gila sikit. Nasiblah pemandu bas tu gila-gila gak. So, tak sampai setengah jam, awek tu dah terbangun. Kalau 4 jam dia tangkap lentok kat lengan aku, mahu lenguh aku dibuatnya. Aku nak tidur pun tak jadi-jadi tadi. Aii..cover macho lagi. Kesudahannya, nama dan no HP pun aku tak dapat. Memang dah tak berbakat lagi nak jadi buaya darat tol la..

Haha, itulah kisah 4-5 jam yang lepas dan aku sekarang ada kat rumah dan sedang kemas bilik aku yang telah aku tinggalkan hampir 5 bulan nih. Memang tunggang langgang sebab aku dah bagitau mak aku jangan kacau bilik aku. Kang semua barang aku susun, lari susunannya sehingga membuatkan barang-barang aku sukar dicari. Penat gila dan aku rasa aku kene sambung kejap lagi. Ingat nak gi pasar malam kejap lagi. Dah 5 bulan aku tak pegi pasar malam kat banting nih. Hoho!

Kepada sesiapa yang nak jumpa aku kat Banting. Aku roger aje. Tapi dalam masa 1 minggu sahaja. Lambat, aku tak tahu dan pepandailah korang nak contact aku jika mahu personal coaching untuk Projek TNX yang mampu memberikan paling cikai pun 10usd setiap bulan dari blog-blog tak update korang tu. Tapi kalau dah pandai, buat sendiri aje. Cuma personal coaching aku tu akan aku bocorkan rahsia untuk henjut lebih dari 10usd setiap bulan dengan hanya menggunakan blog PR0. Pagerank 1 atau ke atas, memang boleh. Tapi ada risiko tersendiri dan aku malas sangat nak cerita kat sini..

lelakimelayubolehh 300x218 Gosip Panas: Titan dengan Awek Jerantut


Kadang-kala. Aku rasa sesuatu yang aku tak patut rasa. Tapi aku tahu perasaan itu wujud tanpa kita sedari. Dan kadang kala, aku rasa aku sedar tentang perkara itu cuma aku lebih suka tidak menyedarinya dan mahu ianya pergi begitu sahaja. Hidup ni memang palat dan sengal. Patutkah aku terus begitu? Haha..

Ps: Aku dah penat. Nak tdo..


Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 31 May 09 at 14:14:08
hehe..ni pun leh wat gosip ker? Haiyaa.. :)
apes - 31 May 09 at 18:17:27
Aku sekarang ade kat UiTM Jengka wat short course, boleh personal coaching tak ngan ko, titan??

Berapa bnyak pengerasnya?? :D
samdaddycool - 31 May 09 at 20:18:24
… laaa… apa daa ko amik no phone awek tu.. kalo tak boleh jadi calon-calon ke peringkat akhir : mencari jodoh bersama titan… :P
akazuma - 31 May 09 at 22:46:15
wawa..awek jerantut siott!! Bukan main dia tdo kat lengan ko. Ada snap gambar ke tak? Hehe.. :)
Fatin Pauzi - 01 Jun 09 at 03:10:49
Sian awek tu, ko harap ada bas langgar batu ke ape. haha. Nak mintak no fon, start je soal awek tu, “dari mana?”. Konfem lepas tu meleret2. hehe. :->
Kak jie - 01 Jun 09 at 05:07:26
dlm hati….tido lah…tergoleklah…tersembamlah..tak pe….bkn 4-5jam…..sepanjang hayat pun tak pe…


ngeh….
rina - 01 Jun 09 at 06:28:56
laa.. nama pun tak dapat. Apalah mamat nih. Hehe.. :)
rohaizad - 01 Jun 09 at 13:13:56
” Kalau 4 jam dia tangkap lentok kat lengan aku, mahu lenguh aku dibuatnya”

Cehhh.. pigi dahhh.. itu kata hati besar. Hati kecil berkata lain “oh bidadari, this is the shoulder to cry on..~~~ “

Dah namanya JANTAN tuh, JANTAN lah jugak…. wahahahahah!
zool - 01 Jun 09 at 16:18:21
Mesti tak cun awek tu. Kalau cun mesti ko terkenang2,,..
kick - 04 Jun 09 at 06:23:51
hehe. nakal juga ko dalam bas ye.. :)
titan - 05 Jun 09 at 09:01:50
merahkatak. Hehe, boleh aja kalau ko nak. Apapun boleh baa jadi gosip..

apes. Pengkeras? RM50 dalam sampul surat. Itu sahaja.

samdaddycool. cadangan yang sangat bernas. Masuk dala kotak cadangan ni. :D

akazuma. Nak gak aku snap. Tapi takut kene saman plak nanti..

Fatin. Dah. Tapi tak tertanya nama dan no hp pon. Dok borak aje. Hehe.. :)
ainun - 29 Aug 11 at 20:10:56
gosip agak panas…ehehehe



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011