Yup. Google Pagerank sudah update. Jadi, hari ini kita akan cerita sikit tentang apa kejadahnya Google Pagerank dan apa manfaat yang kita boleh dapat dari pagerank yang ntah tiba-tiba masuk dalam dunia blogging aku sejak 2-3 tahun lepas. Untuk pengetahuan semua, aku serius menulis blog adalah 2-3 tahun yang lepas. Tetapi pengalaman aku buat duit dalam internet adalah 5-6 tahun. Jadi, aku tahu jugaklah serba sedikit tentang bab2 buat duit sama ada yang jenis picisan, jenis mahal, jenis sengal, jenis sakit kepala, jenis yang mudah dan macam-macam jenis lagi. Pendek cerita, aku tahulah jugak sepak terajang dalam dunia buat duit dengan internet ni. Susah. Tapi boleh juga jadi mudah.
Berbalik kepada cerita Google Pagerank. Aku tidak nampak satu penerangan yang cukup bagus untuk aku aku coretkan disini untuk korang. Secara mudahnya, korang anggap sahaja Google Pagerank ini adalah satu tanda untuk menandakan kehebatan dari segi ranking atau level dari PR0 hingga PR9. Jadi, jika korang search kat google untuk pagerank checker, korang akan jumpa macam-macam website yang boleh bantu kita semak nilai pagerank website atau blog kita. Korang gi semak dan korang akan tahu berapa Google pagerank yang blog korang ada sekarang. Contohnya, macam blog Earncent ni, nilainya adalah PR0. Kenapa PR0?
Nilai Pagerank berbeza. PR9 merupakan kedudukan ranking pagerank yang tertinggi dan biasanya korang boleh tahu yang website seperti Google, Youtube, Yahoo, Facebook dan beberapa website lain sahaja yang mampu maintain PR6-PR9. Website biasa-biasa macam kita nih pun dah kira hebat kalau ada PR1. Bukan sonang nak dapat PR1 tu tau. Blog ni pun kekal maintan PR0 sejak kene tendangan penalti pakcik Google ni. Nak wat camana, aku dah langgar dia punya undang-undang. Kenelah saman gamaknya sebab aku kekal membuat salah sehingga hari ini.
Jadi, apakah kesalahan yang telah aku buat? Blog ini menjana pendapatan daripada program Backlinks, Text LInk Ads, LinkXL, TNX, Teliad, Linkadage dan pelbagai lagi jenis program yang menjalankan urusan jual beli link. Jadi, ini memang jadi kesalahan besar kepada Google sebab Google memang tak suka program-program sedemikian. Oleh sebab diorang memang jenis bengkek dengan pencabar diorang ni, sebab tulah blog Earncent aku ni kene saman memanjang dan depa kekal bagi aku PR0. Nasib PR0, kalau kene buang dari search engine. Sakit gila blog ni. Tu pasal sampai hari ini korang wajib jumpa website aku kat search engine google dan search engine lain. Sebab blog aku memang mesra search engine dan aku tahu bagaimana untuk bermain dengan seo. Jadi, pakcik Google pun tak boleh wat apa-apa. Lihat sahaja di Feedjit, trafik dari Google dan Yahoo antara penyumbang utama pengunjung baru setiap hari diseluruh negara. Macam-macam depa cari termasuklah katakunci Melayu Boleh dan cara nak hack private friendster photos. Hehe..
Sila abaikan pasal kesalahan aku tu. Jika tak mahu kene macam aku. Jangan tiru apa yang aku buat. Jadi, macam mana plak nak dapat Google Pagerank ni? Haa, caranya mudah. Dari pemahaman aku, korang kene ada wat unik content, main link building dan rajin komen kat blog orang lain. 3 benda ni korang wat, memang blog korang leh dapat PR dengan mudah. Tak percaya? Gi wat dan tunggu 2-3 bulan. Mesti blog korang dah dapat PR tinggi punya.
Ok. Google sudah update untuk pagerank. Boleh semak dan bergembira. Banyak blog yang dah naik. Tapi sesetengah tak naik lagi. Kene tunggu lagi 2-3 bulan la gamaknya nak dapat PR3-PR5. Kene maintain promosi lagi la jawabnya. Sengal..
Ps: Camana nak buat duit dengan Google Pagerank. Tunggu artikel esok atau lusa. Boleh?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Badminton Open Case: Titan menang mengalahkan Mr. RDG! | Open Case: Hadiah Review dari Ezyshop2u dan Ang Pau Merah RM1000 »
























