Kadang kala, mempunyai rehat yang berkualiti juga sangat membantu untuk menjadi seorang blogger separuh masa seperti aku. Jika dulu aku mampu untuk tidak tidur malam direct selamba satu bulan, kini aku tidak lagi mampu berbuat demikian disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya mempunyai pekerjaan di Jerantut dan juga aktiviti sampingan yang tidakdapat aku ceritakan disini. Yelah, dulu aku bebas buat apa yang aku suka. Di Jerantut, ada banyak benda yang aku tak boleh buat sesuka hati. Maklumlah, pakcik aku ni ramai jugak yang kenal dan duduk dikawasan yang aku kategorikan agak kecil ini sangat susah. Kenapa? Khabar angin tersebar begitu cepat. Fuhh, nasib aku tak larikan anak dara orang. Kalau tak, habislah aku..
Hari ini seperti biasa, turun training badminton macam biasa. Istilah training ini cumalah rujukan kepada aku sahaja kerana aku main badminton ini untuk mendapatkan kembali berat badan ideal iaitu 57 kilogram dan membuatkan badan aku lebih ringan berbanding dulu. Yelah, dulu dok rumah, aku akui berat badan aku bertambah dan disini, aku berjaya menghampiri berat badan asal. Fuh, siapa kata dengan main badminton berat badan tak boleh turun? Lum cuba lum tahu! Mungkin semangat Melayu Boleh aku sangat tebal. Barangkali kot? Haha..
Dan berita terbaik untuk hari ini Titan berjaya mengalahkan Mr. RDG. Fuhh, DUA straight set. Bukan senang tu. Selalunya kalau aku menang pun. 1 set aje. 2 set berikutnya dimenangi oleh Mr. RDG ni. Aku akui beliau antara pemain yang cukup susah untuk dikalahkan. Maklumlah, aku masih belum dapat kecergasan ketika aku berumur 17-19 tahun dulu. Jika dulu, pantang bola tinggi, tak kira tanggung atau tak. Aku smash atau jumping smash. Sekarang, aku hanya mampu buat half jumping smash aje. Jadilah kan? Janji hari ini, dalam sejarah pada 25 Mei 2009, aku berjaya mengalahkan Mr. RDG buat kali pertama. Jangan marah aa..single tu tau. Bukan main bergu..
Ini yang membuatkan keyakinan aku bertambah untuk melawan Lin Dan atau Lee Chong Wei. Paling teruk pun leh bersaing dengan Mew Choo. Boleh ker? Nak ke diorang main dengan aku kalau aku nak lawan main badminton dengan diorang? Takpe, itu salah satu impian dalam negara aku setakat ini. Hehe..
Ok.Cukuplah setakat itu sahaja berita hari Isnin ni. Kerja hari ini tak banyak. Cuma banyak wat survey dan jaga kawasan aja. So, lepas ni kene wat report plak. Garu kepalalah dibuatnya malam nih. Kerja pejabat banyak lagi, kerja blog banyak lagi. Kerja nak wat personal coaching pun tak siap lagi. Kerja untuk ebook TERBARU pun baru je draft pakai pensil. Fuhh. Aku Penat.
Ps: Lihatlah mak, anak mak menang hari ini..
Pss: Lupa nak bagitau. Loan kereta baru aku dah lulus. Fuh, seminggu je ambil masa. Rabu ni dah leh sign agreement dan angkat kereta gi rempit. Kene bayar insuran lagi dekat tiga ratus lebih. Takpelah kan. Aku teringat seseorang yang bermalam dalam hujan di balai polis dikelantan. Tidur nyenyak tak? Ok. Nak layan One piece online kejap plak..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Dulu aku tak ada duit, sekarang aku ada duit.. | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Google Pagerank »


























kalau main sekarang, aku rasa mau putus nyawa beb…. maklumlah perut dah boroi-boroi manja neh….
p/s - bila mau tunjuk gambo kete??
Belum lawan dengan aku lagi tu
aah. Cam samdaddycool tanya. Bila nak tunjuk gambo kete..
Jom lawan sekali! Kekekeke…