Tak banyak yang hendak aku ceritakan kali ini. Mungkin ada yang tertunggu update dari aku dan juga tak kurang yang malas nak tunggu blog aku habis loading. Tapi aku nak cerita jugak kalau tak, aku rasa tak best. Yelah, ada blog sendiri. Tulis ajelah apa-apa yang aku suka bukan?
Aku sebenarnya sedikit hilang tumpuan dalam 2-3 hari ini. Seperti kisah aku sebelum ini aku tidak berapa sihat bukan? Alhamdulillah, badan aku semakin pulih dan aku boleh henjut badan ini untuk kembali sengal apabila membuat kerja-kerja online setiap malam sehingga jam 2-3 pagi. Lebih dari tu, aku yakin aku tidak dapat menumpukan pada kerja kerajaan aku itu dengan baik. Kekadang, kalau aku mengantuk masa kerja aku akan cari port baik untuk lelap sekejap. Dapat 5-10 minit pun takpe. Itu dah cukup untuk segar kembali. Janji aku tidur. Haha..
Kerja online aku jalan cam biasa. Lebih kepada update sana sini untuk sesetengah projek lama yang dah bermula sejak awal bulan satu dulu. Hasilnya insya-Allah akan berterusan sampai 2-3 tahun jika ianya menjadi seperti yang aku mahu. Macam biasa, income aku banyak tertumpu ada blogging dan juga advertising termasuklah bab-bab menulis artikel dan review produk. Semoga semuanya menjadi dan makin ramai yang berminat mencuba service review aku. Aku mendapat banyak tempahan untuk menulis review dan aku memang takkan tolak. 2 sebab aku tak tolak untuk menulis review adalah kerana untuk mengasah bakat menjadi penulis review online di Malaysia. Mana tahu ada orang sanggup bayar aku RM1000 dan ke atas untuk 1 artikel. Siapa tahu bukan? Sekarang rate paling tinggi pernah aku dapat pun RM100 dan ke atas untuk produk tempatan. Tetapi jika luar Malaysia, aku pernah dapat 150usd. Itu yang paling tinggi rasanya dan kalau kerja bundle, 300usd aku pernah dapat. GIla tak gilanya kerja menulis artikel dan review ni kalau kene caranya.
Satu lagi sebab adalah untuk buat duit. Mana ada orang tulis review secara percuma dan mesti ada sebab untuk membuatkan orang berminat untuk dapatkan review dari kita? Jadi, penuhi kriteria tersebut dan Insya-Allah, ramai orang akan meminta tolong kita untuk tulis review. Dan jika korang nak tahu, duit gaji memang aku tak kacau dan aku bersyukur dengan duit online ni la aku dapat survive sejak dibangku universiti sehinggalah sekarang. Ini antara bayaran yang aku terima hasil tulis review dan menang contest yang Yakuza buat untuk pelancaran domain baru beliau.

Jika nak dikutkan, kerja menulis review inilah yang banyak membantu aku. Aku mampu beli handpon Sony Ericsson W700i yang aku rasa functionnya lebih power berbanding handpon Sony yang lain. Mengapa? Sebab aku leh ambil gambar dengan sangat cepat. Itu yang aku suka handpon aku tu. Dan dari duit internet ini aku mampu beli laptop Fujitsu aku ni. Dan mampu cover bayar duit PTPTN, mampu bayar bulanan duit kelisa, mampu beli motor, mampu bayar booking RM500 untuk kereta baru dan juga mampu belanja awek-awek Jerantut. Haha..bukan nak riak. Tetapi, mempunyai sedikit duit lebih bukan sahaja mampu membuatkan kita dan orang lain gembira. Dalam masa yang sama, kita tak menyusahkan mak abah kita. Dulu, dah penat aku menyusahkan diorang. Sekarang, aku bangga jika dapat wat diorang senyum setiap hari. Aku tak kata duit itu mampu beli kebahagiaan dan kegembiraan. Tetapi, hidup dalam kepura-puraan itu lebih sadis bukan?
Cukuplah untuk luahan hari ini. Aku takde niat apa-apa. Cuma nak lontarkan sesuatu dalam lubuk hati ini. Kadang-kadang, tak cukup dengan kata-kata. Mungkin luahan dekat blog agak membantu. Sebabnya kita boleh refresh bila satu hari nanti kita baca semula entri ni. Aku harap blog ini tidak akan mati bila aku dah tiada nanti. Insya-Allah aku akan cari pewaris untuk blog ni. Tak salah seorang dari ahli keluarga aku, mungkin seseorang yang aku rasa sesuai aku teruskan visi dan misi blog ini. Ataupun seseorang yang dapat memahami perjalanan hidup lelaki melayu boleh ni dan blog earncent ini dengan baik. Apa aku merepek ni haa..
Ps: Kalau ada orang aku kata aku poyo sebab tulis entry ni. Aku tak kesah sebab aku pedulik hapa. Janji aku tak jadi peminta sedekah. Sebab aku masih ada tangan dan kaki untuk bekerja. Otak untuk berfikir, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan banyak lagi anggota badan aku yang boleh berfungsi. Ini blog aku, of course aku cerita pasal aku dan cara aku buat duit kan? kan? Haha..sah. Aku tengah angau dah ni..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Special Review: Panduan Rahsia Senang Hamil Terbongkar | Badminton Open Case: Titan menang mengalahkan Mr. RDG! »




















Ahhh.. pedulik apa.. ini adalah blog kita dan kita bayar untuk itu.
Hahahahahah
poyo tu po haaa??? peduli apa poyo koyo???
kak jie ko tak pandang pownn
tak bek tau…kena hormat yg lebih tuu……..bkan yg lebih “dewasa”
Moga dibukan segala pintu rezeki seluasnya….semoga lebih bermotivasi dgn entri ini ( kita kena tgok dari sudut positif je..kalau nk cari yg negatif, 1001 boleh dikorek)
p/s: aq gune google chrome..bru install td, super laju nk load blog ko ni.. ok la.. mnde da lme tp bru hri ni aq install.. haha..
moga dibukakan…..
fatah. Bila aku baca balik. ada gak intonasi poyo dalam artikel ni. Ahh, lantaklah..
Kak jie. Nak wat camana. Kalau kak jie dok sebelah rumah ni, memang hari-hari belanja maa..
rina. Ko tak jeles ker??
akazuma. Ko rempit ker jerantutla weh. aku anytime aje..
sapikk. Yeker? bagi aku tengok connection la. Kalau signal ok, memang laju aje bukak blog ni. Kalau slow, memang super slow la even bukak mana-mana browser..
Untuk pengguna dial up, aku rasa memang sakit jiwa gila nak masuk blog super berat loading nih. Haha..
Kak Jie..mudah-mudahan.
janji hati manyak happy
Tak senang tu..
aku pun nak kejo duit online gak.. blh setelkan ptptn secepat mungkin ni
betul tu samdaddycool. Kene ada banyaaak duit kalau nak pinang anak dara orang..