Hari ini, aku cuma nak beritahu yang aku sedang mengikuti satu cabaran SEO untuk keyword Melayu Boleh yang dianjurkan oleh saudara Inspiration diforum Jombincang dan juga diforum Wangcyber. Jika ada antara korang yang perasan, aku sudah mula menyusun langkah untuk mempromosikan blog baru aku tu. Diharap dapat banyak sokongan dan komen dari korang disetiap artikel yang aku kupas. Mungkin ada yang berkaitan dengan keyword melayu boleh, orang melayu, lelaki melayu boleh, bahasa melayu, artis melayu dan apa-apa yang sesuai untuk dibincangkan diblog baru itu.

Sebenarnya dah lama aku nak wat website penampan untuk keyword melayu boleh ni, tapi kekangan masa dan perubahan suasana menyebabkan aku tidak dapat aktif menulis blog seperti dulu. Mungkin akibat pekerjaan baru aku di Jerantut menyebabkan aktiviti menulis blog dan mencari idea untuk artikel edisi siasat semakin kurang sedikit berbanding dulu. Tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk teruskan fenomena edisi siasat, open case dan review diblog aku. Insya-Allah. Aku cuba.
Yap. Aku balik ke Banting hari Jumaat lepas. Tujuannya cuma tiga perkara sahaja. Pertama, uruskan pembelian kereta baru titan. Baru je booking. Kene bayar RM500. Pergi dengan mak abah aku. Biasalah, aku kan anak mak aku. Lagipun, kalau aku tak bagi. Mak aku tak nak masak untuk aku. Nak tak nak, kene bagi ikut juga. Ok. Perkara kedua, aku nak beli kasut sukan baru untuk menggantikan kasut sukan yang aku beli 4 bulan lepas. Dah koyak rabak dibahagian hujung dan tapak. Ini terpaksa. Terbang sudah RM69.90. Jenama Power. Perkara ketiga, jumpa Mak aku la. Apa lagi. Hehe..
Ok. Kembali kepada blog melayu boleh aku tu. Nama domain blog tersebut adalah Ohmelayu.com. Aku rasa mesti korang dah nampak komen-komen yang aku sempat tinggalkan untuk aktivti blog hopping melayu boleh aku sejak minggu lepas. Jadi, jika nampak. Terpulanglah korang nak padam atau tak. Selain untuk memenangi pertandingan tersebut, memang aku nak run website penampan ni selama yang aku mampu dan mungkin aku hired 2-3 orang penulis yang mampu menulis apa sahaja tentang melayu dan melayu boleh. Janji mesti kreatif.
Ini projek 3-4 tahun. Bukan 2 bulan punya projek. Yelah, masa untuk pertandingan 2 bulan sahaja. Sakit woo nak pintas semua site melayu boleh tu dalam masa sesingkat tu. Memang aku yakin leh pintas site-site tu. Tapi memang ambil masa dan pemilihan domain melayu boleh yang kurang sesuai menambahkan lagi cabaran aku. Yelah, ada perkataan melayu aje. Kalau tambah perkataan boleh, senang-senang aje aku leh masuk 10 site dimuka surat pertama google. Tetapi aku memilih jalan sukar untuk membuat website penampan melayu boleh. Yelah, projek jangka masa panjang. Takpe. Ambil masa sikit..
Ps: JIka korang nak support. Tinggalkan komen kat blog baru tu. Nak kutuk pun boleh. Haha. Aku takde hal punya. Janji blog penampan untuk keyword melayu boleh tu dapat menangkis website-website yang dah dok lama bersarang kat google dengan yahoo tu..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Open Case: How to Properly Insure an Engagement Ring | Personal Coach untuk Projek TNX: Komisen ke 26 dari TNX »














hidup melayu…satu plan yang bek
niche ini pun mmg boleh bagi pulangan
tapi jadi top 3 pun dah cukup baik ( kalau nak compare dgn web yg dah bertahun dgn keyword tu kat 1st page.)
menarik jugak teknik ‘melayu boleh’ ni..mmg ramai org kita suka cari melayu boleh…ye lah kan..mmg melayu BOLEH!!!
regards
akazuma. Aku cuba.
Kampungboy. Aku memang dari dulu nak masuk niche nih. Akhirnya terjerumus juaa…
farahaznil. Nanti aku letak gambarnya bila dah dapat kat tangan aku nanti. Baru booking aje dulu maa..
samdaddycool. Bolehla. Dah masuk search engine. Cuma kene pandai main seo aje sekarang..
kiro. Sama-sama.
farahaznil. Memang pun. Sebab tu aku dengan member lain try lawan site lain agar jadi site penampan untuk jangka masa panjang.
Melayubolehla. Haha..
Nadzal. Cite tuah jebat tu, kawan aku punya cerita. Kita tunggu sambungannya nanti ek..
Hanep. entah. Nanti aku cek benda tu. Aku rasa ok je kelajuan sekarang. Laju je kat tempat aku..
Yazid. Harap-harap tak la sampai jadi camtu plak. Haha..
Lithiummind. Thanks.
riku. Terima kasih dan harap leh datang setiap hari. Hehe..