Tadi aku sempat jalan-jalan gi blog orang lain. Jarang sekali dah aku wat aktiviti blog hopping nih. Dulu memang sangat rajin. Tapi sekarang, kekangan masa membuatkan aku cuma buat bila aku rasa macam nak buat aje. Jika dulu, aku wajibkan diri aku buat aktiviti ini setiap hari. Tapi kini berbeda. Aku kene akui hakikat itu bahawa kita pasti berubah bila tiba masanya. Eceh. Hehe..

Hari ini, banyak betul orang bercerita pasal Hari Guru. 16 Mei adalah hari guru. Jadi, sebab esok hari Ahad. Majlis sambutan Hari Guru seMalaysia akan diadakan pada hari Isnin. Aku tahu sebab mak abah aku bagitahu tadi. Mesti diorang dapat macam-macam hadiah hari Isnin nanti. Aku pun nak gak la macam tu. Haha!

Bila cerita tentang cikgu ni. Aku tak nafikan bahawa banyak cikgu-cikgu yang meningalkan kesan dalam hidup aku. Tak jahat aku katakan bahawa cikgulah yang membuatkan aku berada ditempat aku sekarang. Seorang yang mampu berdiri dikaki sendiri walaupun dicampak dimana sahaja biarpun terlalu banyak kekurangan diri. Berkat dan kesungguhan tunjuk ajar cikgu dan pensyarah aku membuatkan aku tahu membaca, mengira, mengorat perempuan, menulis blog dan macam-macam lagi. Dengan itu, aku ucapkan terima kasih kepada semua cikgu terutamanya Cikgu Hasnah yang melempang aku. Cikgu Hamidah yang sangat garang. En. Adong Laming yang akhirnya meluluskan tesis aku sebelum sejam berangkat ke Korea. Semoga tesis PhD En. Adong berjaya dengan cemerlang dan peta Semporna itu akan banyak membantu beliau. Prof Sanudin dan pensyarah-pensyarah Geologi di UMS. Insya-Allah, bidang geologi akan tetap dihati aku sampai bila-bila. Hehe..

Pernah kene rotan tak korang? Jika pernah. Aku pun pernah. Memang tak best dan aku sendiri tahu cikgu-cikgu pun tak suka rotan aku. Tapi dah aku nakal dan jahat sangat masa sekolah dulu. Nak tak nak, kene gak rotan. Masa darjah 6. Aku jadi ketua kelas. Kelas bising, aku kene panggil GPK1, GPK2 dan akhirnya Pengetua. Cis. Sampai menangis aku dibuatnya. Sengal betul. Tapi berkat dari situ, aku jadi samseng sekolah. Haha..kat kelas memang pijak semut tak mati. Luar sekolah, habis budak-budak aku kerjakan!

Jadi, jika ada anak-anak yang korang yang kene rotan. Toksah la gi sekolah nak gi maki hamun cikgu atau nak gi saman sekolah. Anak korang memang 99% bersalah dalam hal ni. Cikgu kita takkan rotan tanpa sebab. Jadi, silap besarlah jika korang percaya dengan anak korang 100%. Anak korang takkan bagitau banyak perkara kat korang. Sebagai seorang anak, memang aku mengakui hakikat tu. Sebab tak semua benda aku bagitau abah aku melainkan nak mintak duit beli buku rujukan atau beli buku latihan serta yuran sekolah. Hal-hal lain, aku tak berani sebut. Sebut aje benda yang dia tak suka, tak pasal-pasal kene tempelang. Mak aku lagi garang. Waktu kecil. Memang garang. Tapi bila aku dah besar. Akulah anak mak paling manja. Adik aku yang bongsu pun bengang tengok aku. Haha..padan muka ko, budak!

Ps: Cukuplah. Kepada cikgu-cikgu dan juga kepada mak dan abah. Selamat Hari Guru!

Pss: Nak hadiah? Kene menang main batu seremban dulu la isnin nih. Antara dialog dalam sms aku hari ni dengan seseorang yang sedang cuba cari pasal dengan aku. Takpe. Nanti ko..








Sphere: Related Content

Popularity: 4% [?]

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
animeboon - 16 May 09 at 22:53:03
selamat hari guru! :)
farahaznil - 17 May 09 at 02:01:27
siapakah dia??hahahaha..tak paham aku..kawan ko ke??ke gf ko ni?hi hi hi..any way..Selamat hari guru..hahhaa..rindu betul kat sekolah meh…mcm dah 10thn plak tak smbut hr guru rasanya..huhhuu
merahkatak - 17 May 09 at 11:31:24
betul. rindu gak pada guru-guru dulu yang selalu merotan aku..

Budak2 sekarang memang kurang ajar. Rotan aje diorang tu. Kita dulu kene rotan, ok je sampai hari ni.. :)
Kujie - 17 May 09 at 13:08:09
Kak Jie tiap thn hntr anak utk hari pertama akan cakap dgn cikgu

” sy serah anak sy pada cikgu..kalau perlu diroton, ckgu rotan saja….didih dia sewajarnya”

itu mcm akad..hehehe
rina - 17 May 09 at 15:52:25
rotan je diorang. Rotan banyak-banyak pun takpe. Sape suruh tak nak belajar..
samdaddycool - 18 May 09 at 01:30:56
….Guru dedikasi.. anak murid bestari..
Rafhz - 18 May 09 at 05:38:17
hmm.. angau kat sape nie.. ish2… jgn la jmpe bnde2 pelik kat utan tu titan… hehe
farahaznil - 18 May 09 at 06:31:01
titan jmpa org bunian mn nih kt dlm utan…ekekekekekeke…

cikgu rotan?hahha..rotan aje..tp kena tgk kes gak la..jgn pki rotan bdk2 tak salah sudah..hi hi hi
kick - 18 May 09 at 11:27:44
ehm. tahniah bro. Lama tak jumpa. Dan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu yang penah mengajar hamba.. :D
kiro - 18 May 09 at 12:10:50
selamat hari guru dan juga kepada semua guru-guru titan.

Teringat bila cikgu belanje nasi ayam. Sedapnya.. :)
farahaznil - 18 May 09 at 15:07:36
oh yeah..td aku pg skolah..nak mintak tandatangan pengetua..hohohoh..segan plak nak jmpa cg2..huhuhuh
nadzal - 19 May 09 at 08:25:48
Selamat hari guru. Semoga cikgu anis makin cantik dan comel. Tak leh ngorat, tahun lepas dah kawin. Haha..
riku - 20 May 09 at 12:06:52
cikgu razak. penangan rotanmu membuatkan aku tak tidur malam. Sebab sakit giler..hihi :)
titan - 23 May 09 at 07:48:22
animeboon. Ye. Selamat hari guru!

farahazni. Hehe. Lantak ko lah nak cakap apa. Janji aku happy. :)

merahkatak. Mesti ko ni budak super nakal kan sampai kene rotan. Haha..

Kak jie. Betul tu. Patutnya semua ibu bapa wat camtu. Takdelah sakit kepala cikgu sekarang dibuatnya..
titan - 23 May 09 at 07:50:22
rina. Meh sini, aku rotan ko plak. Haha..

samdaddycool. Setuju.

Rafhz. Aku punya pasallah. Ko tu, bila nak datang banting atau jerantut haa???

farahaznil. Ko ni pun aku rasa mesti dah banyak kali kene rotan dengan cikgu kan? kan? :)
titan - 23 May 09 at 07:54:00
kick. Aah, lama gila tak nampak ko. Ko gi bertapa kat mana plak kali nih haa..

nadzal. Siapa plak cikgu anis ni haa??

riku. Wehh, sape cikgu razak pada ko ni? Apsal semua cite cikgu masing-masing nih haa.. :)

farahaznil. Sejak bila ko jadi penyegan dan pemalu nih. Aii..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------