Hari ini hari yang agak sibuk. Dengan jadual yang memang tersusun dengan kerja yang tidak dapat aku tolak pada hari ini menjadikan aku super sibuk berbanding rakan-rakan aku yang lain dan hari ini aku cuma nak review satu website yang baru sahaja diberi nafas baru dengan domain baru. Website atau blog tersebut adalah Website kepunyaan Yakuza666 di forum Wangcyber. Domain bagi website tersebut adalah Kabelduitonline.com. Mudah untuk diingati bukan?

Ok. Dari segi design atau nilai-nilai keseniannya, aku dapat perhatikan tidak banyak perubahan dari theme yang lama atau yang baru apabila diberi nafas baru dengan domain yang baru ini. Jika tidak silap aku, domain lama adalah kabelduit.com bukan? Tapi kali ini adalah Kabelduitonline.com. Dari segi SEO, aku rasa domain baru nampak lebih bagus dan sesuai untuk tembus pasaran antarabangsa. Dan Yakuza juga sudah bijak bermain dengan SEO disetiap artikelnya. Kenapa? Tak yah aku cerita panjang, setiap artikelnya mempunyai niche article yang famous untuk pasaran terkini? Ianya bagus untuk menjana income sama ada melalui private advertising ataupun menjual link dan juga menawarkan banner advertising. Mesti laku punya. Kene plak kalau PRnya tinggi. Sekarang memang takde nilai. Yelah, baru 5 hari pakai domain ni, takkan terus ada PR kot. Sebab tu mungkin selepas ini Yakuza akan berusaha bagai nak gila untuk dapatkan backlink, membuat link building dan komen diblog orang lain dengan giatnya..
Penyusunan banner atau iklan diblog ini juga agak sesuai bagi pandangan mata aku. Tidak serabut atau sesak mata memandang dan memang agak mudah diloading berbanding blog aku sendiri. Ini bagus untuk pelawat-pelawat yang datang. Malah, penggunaan cbox disidebar kanan juga agak bagus bagi mereka-mereka yang hendak datang bertanyakan khabar atau bertanyakan sesuatu kepada yakuza. Mungkin ini cara beliau untuk berinteraksi secara langsung dengan pengunjung.
Pemilihan warna untuk latar belakang juga kene dengan jiwa aku. Putih. Untuk pengetahuan korang, semua blog yang menggunakan background putih menjadi pilihan aku untuk melepak dalam 5-10 minit. Biasanya aku akan explore untuk mencari post-post yang best untuk dijadikan idea diblog-blog aku yang lain. Jadi, ini juga salah satu faktor aku suka datang ke blog orang lain. Kalau warna lain, aku suka gak. Tapi yang warna putih ni lagi best rasanya.
JIka kita perhatikan dari blog ini, korang akan dapat perhatikan beliau menjana pendapatan melalui program Google Adsense. Tapi aku tahu itu bukan sahaja pendapatannya. Banyak lagi dan salah satunya adalah program Bidvertiser dan juga menulis artikel upahan. Tak kesahlah apa cara beliau nak buat duit, janji tak jual dadah dan heroin. Aku pun pernah berususan dengan beliau. Takde masalah. Urusan selalu berjalan dengan lancar. Dia bukan scammer dan korang tak perlu gusar untuk deal dengan Yakuza. He is clean. Hehe..
Blog ini juga pengguna tegar Entrecard dan juga penulis Ebook RajaBidvertiser. So, jika ada yang bermain dengan Entrecard, bolehlah advertise kat blog mamat ni. Dalam 8-32 EC aje. Murah gak la. Kekadang aku sambar gak. Dan jika korang rasa nak buat duit dengan bidvertiser, apa kata dapatkan report atau ebook hasil karya Yakuza666 iaitu Ebook RajaBidvertiser. Insya-Allah, mungkin dapat memecahkan kebuntuan korang untuk buat duit dengan blog melalui bidvertiser.
Ps: Agak lambat aku buat review ni disebabkan kekangan waktu dan juga tertidur hari ini. Jadual untuk menulis review diblog ini sangat padat. Aku akan cuba buat dengan cepat selepas ini. Ok, cukup untuk hari ini. Harap korang leh melawat blog Yakuza selepas ini dan membuat penilaian korang sendiri selepas ini.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Unnity | How to choose The Best Insurance Plan? »




















dah le streamyx kat malaysia ni tahap negara2 zaman batu!
rajinn ko bikin review…
videono. Harap2 begitula.
Kujie. mana ada berejam. Paling lambat pun tak sampai 20 saat kat rumah nih..
minahleter. Haha, refresh la weh. Sabar sikit. Nanti kuarlah semua..
Kampungboy. Saje. Dah ada contest. Aku join ajela. Hehe..
Banyak sngt benda aku tertinggal..
kena berguru ngn titan nih..
ohh sifu!!