Hari ini aku akan kongsikan satu lagi program buat duit yang telah aku ketahui beberapa hari yang lepas. Tapi aku masih terfikir untuk menyertainya atau tidak. Maksudnya, aku masih dalam peringkat was-was sebab terlalu gila juga untuk menyertai program ni. Nama program ini ialah Unnity’s Performance Network. Tak tahu kenapa namanya macam tu. Unnity ni, katakunci panas ni kat internet. Cuba search unnity. Macam-macam korang jumpa. Haha..
Malas aku nak cakap banyak-banyak. Di sini aku tulis terjemahan untuk keperluan website yang aku buat sendiri mengikut aku punya suka dan juga berdasarkan apa yang tertulis kat website diorang tu . Jadi, korang baca ajelah ye. Penat nak terjemah ni tau.

Cincainya, diorang bayar kita berdasarkan impression. Jadi, cikai-cikai pun, jika korang nak buat duit dengan Unnity ni, korang kena ada sekurangnya 2000 impression atau 2000 page view kat blog korang tu. Mungkin blog hiburan atau blog melayu boleh sahaja yang boleh join Unnity’s Performance Network ni. Maklumlah, website yang bergenre begitu sahaja yang banyak terima trafik dan page view ke tahap yang mengagumkan gadis dan lelaki melayu boleh. Hehe..
Selain itu, content atau isi kandungan blog atau website korang tu mesti berkualiti. Maksudnya bukan autoblog atau copy pase punye artikel. Dan mesti blog tu selalu update. Kalau korang jenis malas nak update, abaikan aje nak buat duit dengan Unnity ni.
Dan yang paling sengal sekali untuk kesemua pengguna blogspot, korang tak layak untuk buat duit dengan Unnity. Mengapa? Diorang cuma nak root domain aje. Maksudnya, diorang nak blog berbayar sahaja. Yang ada dot com atau dot net kat belakang sahaja. Blog percuma macam blogspot, awal-awal disqualified. Jadi, tak perlu nak dengki bila tak dapat buat duit dengan Unnity. Advertlets dan Nuffnang masih terbuka untuk korang.
Sejujurnya, aku tak nak join. Sebab aku tak nak guna blog ni. Blog ni khas untuk Nuffnang. Mungkin aku akan pointkan program ni kat blog-blog aku yang lain yang mempunyai sekurangnya 2k impression setiap hari. Ada, tapi program tu pun tak bagi syarikat tempatan lain duduk satu rumah. Jadi, tak leh buat apa-apa. Persaingan syarikat pengiklanan tempatan memang gila. Kita yang sengsara. Jadi, terpulang pada korang nak buat duit dengan Unnity atau tidak. Tepuk dada. tanya selera.
Ps: Jadi, nak buat duit atau tak. Terpulang. Jika korang seorang blogger Melayu yang tegar. Silalah buat pilihan dengan bijak. Buat 3 blog high traffic. Satu letak iklan Nuffnang, satu letak iklan Advertlets, satu letak iklan Unnity. Kat 3 blog tu plak, jangan lupa letak Google Adsense punye iklan. Insya-Allah, meletup tiap-tiap bulan. Ini juga salah satu adsense alternative tips yang bagus apa..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Adf.ly | KabelDuitOnline Review: A Malaysian Internet Marketer’s Two Cent »














videono. Bolehla. Sikit-sikit..
nak tahu. ada yang dah dapat duit dari program unnity nih ke??