Review: Kedai Online Easyshop2u | EarnCent.com



Aku rasa sudah banyak kedai online yang ditubuhkan sejak ramai orang berminat untuk menjual produk masing-masing di internet. Dan tidak salah aku katakan kedai online sebegini banyak mendapat sambutan dari pelanggan dan pembeli. Mungkin kerana ramai yang telah menggunakan internet tak kiralah sama ada dirumah ataupun di opis. Bagi aku, ini salah satu cara untuk buat duit yang agak efektif ketika ekonomi negara yang masih tak berapa stabil ni. Jadi, antara alternatif untuk buat duit adalah, dapatkan produk dan jual di kedai online anda. Kemudian, buat promosi secara berterusan dan tidak putus asa. Insya-Allah, korang takkan putus duit punya..

Kedai online yang menjadi mangsa review kali ini adalah Kedai Online Easyshop2u. Bertemakan ” Your Easiest Shopping Style” mungkin mampu menarik perhatian pembeli singgah di kedai online ini. Tidak ragu aku katakan kedai tersebut mampu menarik perhatian orang untuk singgah. Dan apabila aku window shopping kat kedai online ni, aku dapati banyak juga barang yang dijualnya termasuklah Dugro dan Wiskas pun ada! Mak aii, dah macam kedai runcit pun ada. Kalau kedai online Easyhop2u ni jual gula-gula hacks, mesti aku beli punya. Hoho!



Dengan design yang aku rasa agak unik, mungkin owner beliau boleh buat perubahan dari segi warna. Gabungan kelabu dan putih agak kelam bagi aku. Aku sendiri terpaksa memerhatikan dengan teliti sedikit, maklumlah, aku ni rabun. Kene baca betul-betul. Baru faham. Mungkin boleh tukar ke warna yang agak terang sikit. Warna garang cam merah jambu atau oren pun boleh. Biar ganas sikit Kedai Online Easyshop2u nih. Hehe..

Aku sendiri tertarik dengan One Perfume Drops. Mungkin aku akan membeli 1 set untuk seseorang. Saje nak ambil hati. Yelah, hari ibu punya pasal. Kenalah beli sesuatu. Kang balik Banting nanti, kene marah sebab tak selalu balik rumah. Dulu, aku dok rumah. Suh aku cari kerja jauh-jauh. Dah keja jauh dari rumah, kene marah sebab tak nak balik. Itu yang aku tak faham betul hati orang perempuan ni. Haii..

Dipendekkan cerita, jika korang nak cari sesuatu di internet. Sebelum korang gi window shopping kat Lelong atau E-bay. Baik korang singgah dulu kat kedai Online Easyshop2u dulu. Mana tahu barang keperluan yang korang nak tu ada. Korang nak beli Nescafe atau Minyak Sensaoil pun ada maa. Buat apa cari jauh-jauh. Order online aje sekarang. Cukup hari, ada bungkusan sampai kat rumah. Senang apa tu..

Ps: Jika korang ada benda atau business nak promote, boleh gunakan Direktori Perniagaan Easyshop2u. Percuma aje. Tak kena bayar. Mana tahu ada customer yang merayau berminat dengan produk atau business korang. Boleh buat duit sikit. Kan, kan? Beli sensaoil. Beli gak. Tapi buat duit jangan lupa plak..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
tini - 10 May 09 at 09:21:07
Wah, sampai dugro pun ada. Memang best la kedai online nih. :)
videono - 10 May 09 at 11:59:51
aku gi tengok tadi. Macam-macam dijual. Majalah pun ada. Minyak wangi, susu tepung. Leh jadi betul2 kedai online runcit ni..
kiro - 10 May 09 at 15:25:38
not bad. Macam kedai sebenar. :D
merahkatak - 11 May 09 at 11:43:32
sampai tepung susu pun ada? makanan kucing pun ada? jual gak minyak wangi? ini dah macam supermarket mini daa.. :)
riku - 11 May 09 at 16:43:02
satu lagi review. Ni mesti review yang dibayar. Apapun, kedai online memang dah jadi benda biasa sekarang. bagus gak bila kita dapat wat sesuatu masa online nih. Sekurangnya ada keuntungan..
titan - 12 May 09 at 01:23:37
tini. awak tak nak beli dugro? Hehe..

videono. Semua ada. Kecuali gula-gula hacks. Hehe..

kiro. Ada sketla.. :)

merah. memang pun. Jadi, takde benda yang tertarik nak beli..?

riku. hehe..
farahaznil - 15 May 09 at 05:29:11
ho ho ho..tggu sam jelg ni..bila la plak si sam nak tubuhkan kedai online utk jubah dia plak..hi hi hi…easyshop sam!!
debtrunner - 15 May 09 at 06:04:32
hehe. nampak macam best aje. Minyak wangi pun ada. Okla. Bukan senang nak wat kedai online camtu..
[…] diorang suka kan? kan? Mr. RDG jangan jeles aa. Hehe.. Aku juga turut menerima bayaran dari ulasan tentang Ezyshop2u dan pelbagai lagi review berbayar samada dari advertiser lokal dan juga international. Bulan ini […]


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------