Edisi Siasat: Buat Duit dengan Private Advertising | EarnCent.com



Buat Duit dengan Private Advertising. Mungkin bagi sesetengah orang, cara ini agak baru dalam dunia pengiklanan, tapi bagi aku, rohaizad dan 5xmom serta blogger-blogger tegar yang telah biasa dengan istilah ini. Ini kerana kami semua selalu mendapat pengiklanan jenis ini tak kiralah dari pasaran lokal atau international. Ini akui kerana aku baru sahaja menerima satu bayaran untuk satu link sebanyak 50 dollar untuk bayaran satu tahun. Murah bukan? Jika dibahagikan kepada 12 bulan, ini bermakna aku dapat $4.17 dollar setiap bulan untuk link tersebut. Tapi, ianya bayaran untuk satu perkataan yang dilinkkan ke website advertiser. Bukankah ianya satu bayaran yang lumayan? Jika lebih dari satu perkataan? Hah, bagaimana??



Benar, ini yang dinamakan sebagai buat duit dengan private advertising ataupun direct advertising yang ditawarkan oleh semua blog yang telah aku selaraskan dahulu. Dan akhirnya sekarang ianya membuahkan hasil. Si stephen tu beli satu blog post dan aku hanya perlu letakkan link yang dia mahu kat satu perkataan dalam blog post pada tahun 2008. Haa, jangan main-main dengan blog post lama-lama ni, boleh buat duit apa.

Tapi, bagaimana dia berminat nak beli blog post dan link kat blog ni? Ini kerana blog ini turut menjana income dari TLA dan dia telah follow up aku melalui email dan telah deal dengan aku. Aku tak letak harga tapi aku yakin harga tu agak berbaloi dan yang menakjubkan, tak sampai 1 jam beliau sudah transfer duit ke akaun paypal aku. Haha, dan aku sedang deal dengan dia untuk 2 lagi blog post untuk harga yang sama. Siapa beliau? Aku tak dapat bagitau. Beliau akan jadi salah satu sponsor baru untuk blog ini dan blog2 aku yang lain untuk niche tertentu. Hehe..bukan senang nak dapat sponsor macam ni. Takkan aku nak bagitau awal-awal plak. So, korang pun boleh dan cuba pelbagaikan blog post korang dan sertai program-program seperti TLA, Inlinks, TNX, PPP, Bukisa dan lain-lain lagi. Mungkin ini akan menarik ramai perhatian sponsor dan advertiser untuk membeli blog post diblog-blog korang nanti.

Ini baru bayaran dari pasaran luar. Aku juga baru menerima bayaran untuk review satu produk dan insya-Allah aku baru sahaja seleseai download dan akan buat sedikit ujikaji dan menjana trafik untuk review tersebut. Semoga usaha aku akan membantu beliau mendapat lebih banyak trafik dan sekaligus membuahkan pulangan yang lumayan. Siapa nak aku wat review atau nak beli iklan diblog ini, boleh hubungi aku diruang contact ye untuk maklumat lanjut.

Ps: Jadi, siapa kata private advertising tak boleh buat duit? Dalam ker atau luar. Aku terima semua asalkan kene dengan niche blog aku. Kalau nak iklan pasal benda bukan-bukan, memang aku tak layan. Haha!







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 18 comments. Apa plak komen korang?
cyza - 07 May 09 at 23:21:44
CAyalah titan…well done!
yazidyahaya - 08 May 09 at 04:15:49
eheheh,aku dah cakap dah,,aku bukak site ni je,mesti aku nampak titan dapat duit..taniah!
tini - 08 May 09 at 05:02:27
wahh..50 dollar. Banyak gak tu. Lebih seratus tu kan? kan? :)
titan - 08 May 09 at 07:12:00
cyza. Hehe, aku memang percaya aku mampu buat duit dengan bukisa. :)

yazid. Alhamdulillah. Rezeki pada hari jumaat dan khamis. Hari ini akan dapat lagi bayaran review berbayar dan link private. Bolehla sikit-sikit..

tini. Lebih. Leh belanja awek jerantut petang nih makan cendol. Haha..
nuaeman - 08 May 09 at 09:10:08
haha.. aku kenal sangat si stephen lee vectocrap nih.. dah byk juga aku dapat dari mereka.. sudahlah tuu hampir semua adalah dari blog PR 0.. memang berbaloi.. kalau dah dapat deal dengan diorang.. tahniah titan!
tivitune - 09 May 09 at 02:23:49
bro. Tahniah sebab dapat private ads tu. Bukan senang mamat stephen tu nak beriklan dengan apa yg dia nak. :)

Apapun, projek kita on macam biasa. hehe. nanti jumpa tempat biasa.
aman - 09 May 09 at 10:36:29
huhu…private advertising rocks..
animeboon - 09 May 09 at 12:46:22
hoho. ini kalau satu perkataan dalam 50 dollar. Mahu kaya dibuatnya. Niche apa tu bro.. :)
tini - 10 May 09 at 09:30:09
awek jerantut? sape nama? :)
videono - 10 May 09 at 12:21:25
tahniah bro. Ada aje yang ko dapat setiap bulan. mesti ada benda baru.
kiro - 10 May 09 at 15:21:42
$50 dollar. Thats a lots of money. you can buy many barbie doll and cheese cake with that. :)
NR YuMmiE - 12 May 09 at 15:27:04
hehehe…lama tak singgah kat blog edisi siasat ni hahhhh… wah $50 dollar tu! bagus..bagus…
[…] niche article yang famous untuk pasaran terkini? Ianya bagus untuk menjana income sama ada melalui private advertising ataupun menjual link dan juga menawarkan banner advertising. Mesti laku punya. Kene plak kalau […]
rohaizad - 14 May 09 at 05:45:41
Aku reject advertiser tu. Ko pun tahu dia nak beli link casinokan?

Sebab itulah aku reject. Haram.
titan - 14 May 09 at 11:22:45
rohaizad. Yang casino tu aku tolak walaupun dia offer baik punye harga. Ni mende lain. Pelik gak mamat nih apsal dia nak niche lain selain casino. Dia memang dari dulu offer casino. Yang niche lain nih aku terima sebab adsense pun aku tumpu niche tu.

nuaeman. Ko dapat blog post ke dia beli link apa? Niche yang mana dia nak?

tivitune. Okla daripada takde apa-apa.

aman. Rock ke? Bukan irama malaysia ker?? Hehe..
titan - 14 May 09 at 11:24:25
tini. biarlah rahsia. Hehe..

videono. Bolehla. Sape nak bagi kan?

kiro. Cheese cake? I like it! :)

NR Yummie. Hehe. Memang lama pun. Berabad dah rasanya..
amin - 01 Jun 09 at 03:14:21
titan, ajar la step by step buat duit dgn bukisa ni. aku nak duit jugak ni. tapi tak reti…
rina - 01 Jun 09 at 06:23:34
ehm..nampak gaya, tak ramai orang yang tahu pasal bukisa. TItan kene ajar nih. Hehe.. :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------